Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Bab 1Pendahuluan
Akhir tahun 2002, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawamata pelajaran sains dan matematik akan mula diajar dalam bahasa Inggeris bagitahun satu di semua sekolah rendah serta tingkatan satu dan enam rendah bagisekolah menengah mulai tahun depan (2003) sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada semua peringkat sekolah menjelang 2008. Matlamat utama pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ialah untuk membolehkan pelajar menguasainya sebagai bahasa ilmu dua bidang pengetahuan berkenaansejak di peringkat awal. Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, KementerianPendidikan Malaysia (www.Berita Harian, 2003 ), tujuan utama langkah pembaharuan itu bukanlah untuk mempertingkatkan kemahiran berbahasaInggeris di kalangan pelajar, sebaliknya bagi mempersiapkan mereka ke arahmenguasai ilmu Sains dan Matematik dengan lebih berkesan dan mudah. Inikerana bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dalam bidang Sains dan Matematik,sama ada dari segi buku atau bahan berkaitan seperti komputer serta teknologikomunikasi dan maklumat (ICT).Pendedahan awal sebegini memang penting untuk memperkukuhkan persediaan asas pelajar kerana apabila memasuki institusi pengajian tinggi (IPT)kelak, sebahagian besar bahan rujukan dan pembelajaran kedua-dua bidang berkenaan ialah dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, bahasa Inggeris juga1
 
adalah bahasa komunikasi antarabangsa. Justeru, masyarakat di negara ini tidak  boleh membataskan pandangan mereka kepada perkembangan tempatan sajatetapi juga perlu memikirkan proses globalisasi.Guru-guru sains di sekolah-sekolah digalakkan mengajar mata pelajaranini dalam bahasa Inggeris dalam pengajaran tajuk-tajuk tertentu. Pelaksanaansecara separa ini bergantung kepada kemampuan guru dan kebolehan murid-murid di sekolah masing-masing. Manakala pelaksanaan dasar ini di KolejMatrikulasi akan bermula pada tahun 2004 dan seterusnya di Politeknik, pelaksanaan dasar ini akan bermula pada 2008, iaitu selepas pelajar kumpulan pertama menduduki SPM sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada 2007.Peperiksaan sepenuhnya mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris bagi UPSR ialah pada 2008, PMR (2005), SPM (2007) serta STPM dan Matrikulasi (2004).Bagaimanapun, mulai 2003 semua peperiksaan awam akan dilaksanakan dalamdwibahasa.
 
Bagi memantapkan dan membolehkan pengajaran ini dibuat dengan lebih berkesan pihak kementerian telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk membekalkan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat (ICT). Sehubunganitu, keutamaan akan diberi kepada pembekalan infrastruktur ICT seperti komputer notebook, Projektor LCD dan skrin serta bahan-bahan interaktif kepada sekolah-sekolah. Bekalan elektrik dan telefon akan dibekalkan secepat mungkin kepadasekolah-sekolah yang masih tidak mempunyainya. Sekolah-sekolah juga akandibekalkan bahan-bahan rujukan bercorak sains termasuk buku teks dalam bahasa2
 
Inggeris, glosari dan skrip pelajaran serta rancangan TV pendidikan dalam bahasaInggeris . Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris,Kementerian Pendidikan akan menyediakan kursus-kursus intensif jangka pendek dan jangka panjang. Ini termasuklah program “face-to-face full immersion”,kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan pembelajaran “on-line” berasaskan web.
Sains Dalam Bahasa Inggeris
Pengajaran sains dalam bahasa Inggeris melibatkan perubahan komponenorganisasi pengajaran dalam kurikulum sains. Perubahan tersebut ialah pertukaran bahasa pengantar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan penggunaan alatanICT seperti komputer bimbit dan bahan-bahan interaktif multimedia sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Kedua-dua perubahan ini dalam komponenorganisasi pengajaran sains menuntut perubahan besar dan drastik daripada guru-guru selaku agen pelaksana perubahan kurikulum di sekolah. Guru-guru perlu berubah daripada segi tingkahlaku, kebiasaan, dan amalan pengajaran dalammelaksanakan perubahan kurikulum (Ornstein, 1998; Fullan, 1991).Pelajaran sains memang dianggap rumit oleh kebanyakan pelajar.Kerumitan ini bukan sahaja disebabkan oleh penggunaan simbol bagi mewakilikonsep, tetapi juga dari bahasa yang perlu dikuasai, terutama istilah teknikal dan bukan teknikal (Cassels & Johstone, 1985). Kajian-kajian oleh Cassels dan3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more