You are on page 1of 2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012 (SMP KHAS)

KOD KURSUS

HBEF 2803

TAJUK KURSUS

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN (T1A2)


NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN : 830112115666001 : 830112115666 : 0169594886 :sitinoorzaihasramuhamad@oum.edu.my : PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH KELANTAN

RUMUSAN

Setelah maklumat diperolehi hasil dari temuramah yang telah dilaksanakan dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tujuan sambutan Tahun Baru Cina ialah untuk meraikan kedatangan tahun baru mengikut Kalendar Lunar dan merupakan perayaan utama bagi masyarakat Cina. Perayaan Tahun Baru Cina dianggap penting kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina sambil berkongsi kegembiraan dan menjalin serta mengeratkan hubungan kekeluargaan. Antara amalan-amalan yang dilaksanakan semasa sambutan Tahun baru Cina ialah majlis makan besar, pemakaian pakaian baru yang berwarna merah, pemberian angpau, mengunjungi kaum keluarga, membawa buah tangan seperti tepung bakul, limau mandarin, makanan dalam tin ketika mengunjungi sanak-saudara. Terdapat juga amalan-amalan yang semakin berkurangan seperti budaya membakar mercun yang tidak lagi sesuai kerana berlakunya pembaziran wang dan menimbulkan suasana bising yang boleh menganggu orang lain selain larangan daripada pihak berkuasa. Larangan

mencuci pakaian dan menyapu lantai juga semakin berkurangan terutamanya bagi golongan muda. Amalan-amalan tradisi yang semakin dilupakan hanyalah dari segi amalan penjagaan terhadap kebersihan kerana generasi muda lebih terbuka mindanya hasil pendidikan yang diterima. Namun begitu amalan yang mempunyai nilai-nilai murni tetap diteruskan sehingga kini. Sambutan Tahun Baru Cina pada zaman dahulu lebih singkat kerana cuti yang pendek namun pada masa kini kerajaan amat prihatin terhadap perayaan kaum lain sesuai dengan slogan Satu Malaysia yang memberi penghormatan terhadap kaum lain meraikan hari kebesaran mereka. Akhir sekali amalan-amalan tradisi yang baik dianggap mampu membina ukhwah kekeluargaan wajar diteruskan selagi tidak menyekat kemajuan di mana ia dapat mencerminkan kekayaan budaya masyarakat Cina sebagai salah satu masyarakat Malaysia.

You might also like