You are on page 1of 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012 (SMP KHAS)

KOD KURSUS HBEF 2803

TAJUK KURSUS PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN (T1A2)

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: 830112115666001 : 830112115666 : 0169594886 :sitinoorzaihasramuhamad@oum.edu.my : PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH KELANTAN

TRANSKRIPSI TEMUBUAL

TEKS TEMUBUAL KUMPULAN 1

Saya En. Chew Saya

: : :

Salam sejahtera, En. Chew. Salam sejahtera kembali. En. Chew, saya adalah pelajar OUM dan ingin menemubual En. Chew berkaitan perayaan Tahun Baru Cina bagi memenuhi keperluan kursus peringkat ijazah, boleh,kan?

En. Chew Saya En. Chew Saya En. Chew

: : : : :

Boleh, apa salahnya. Berapakah umur En. Chew sekarang? Saya lahir tahun 1956, bermakna sekarang sudah mencecah umur 56 tahun. Pada pandangan En. Chew, apakah tujuan sambutan Tahun Baru Cina? Tahun Baru Cina disambut pada bulan Januari atau Februari. Tujuan sambutan Tahun Baru Cina adalah untuk meraikan kedatangan tahun baru mengikut Kalendar Lunar. Perayaan ini penting kerana ia menjadi platform untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Ahli keluarga yang bekerja/tinggal berjauhan akan menggunakan kesempatan Cuti Tahun Baru Cina untuk balik ke kampung.

Saya En. Chew

: :

Pada pendapat En. Chew, adakah perayaan ini penting? Saya berpendapat, meskipun zaman berubah, perayaan ini amat penting. Melalui Tahun Baru Cina ini ahli-ahli keluarga akan dapat berkongsi kegembiraan, menjalin hubungan persaudaraan dan memupuk pelbagai nilai murni. Anak-anak yang belum berkahwin diberi angpau. Demikian juga warga emas tidak dilupakan. Jika berkunjung ke rumah saudara mara, buah tangan berupa tepung bakul, limau mandarin, makanan dalam tin dan sebagainya akan dibawa dan diberikan kepada saudara mara. Melalui amalan ziarah-menziarahi ini, hubungan persaudaraan diperkukuhkan. Hubungan kekeluargaan juga dapat dipereratkan dalam keluarga melalui aktiviti yang dilakukan seperti menghias rumah sebelum Tahun Baru Cina, membuat juadah dan ketika majlis makan besar (reunion).

Saya

Bagaimanakah sambutan Tahun Baru Cina pada zaman En. Chew kanak-kanak berbanding dengan masa kini?

En. Chew

Pada masa saya kanak-kanak, memang rasa gembira menyambut Tahun Baru Cina. Pada hari itu saya dapat memakai baju baru. Lepas tu dapat angpau dan berpeluang menziarahi rumah saudara mara. Tetapi pada zaman sekarang, Kanak-kanak lebih suka menghabiskan masa menonton pelbagai rancangan yang yang disajikan di televisyen. Kanak-kanak sekarang berpeluang merayakan Tahun Baru Cina beberapa hari kerana sekolah biasanya cuti seminggu. Sedangkan zaman saya dahulu, cuti 2 hari sahaja. Pada zaman saya dahulu, suasana agak meriah kerana berpeluang bermain bunga api dan mercun. Sedangkan sekarang ada larangan pihak berkuasa.

Saya En. Chew

: :

Adakah berlaku kemerosotan amalan-amalan tradisi semasa Tahun Baru Cina? Saya dapati amalan tradisi tetap diteruskan walaupun ada kemerosotan kerana generasi moden lebih termuka mindanya hasil pendidikan yang diterima. Amalan seperti memberi angpau, memakai baju merah, menghias rumah dengan hiasan tanglung, tidak menyapu lantai (membuang rezeki) pada Tahun Baru Cina dan memberi buah tangan kepada saudara-mara tetap diamalkan sehingga sekarang. Juadah tradisi tetap diutamakan seperti kuih bakul, tau pao (sejenis kuih berinti kacang) dan limau mandarin menjadi kemestian untuk dihidangkan kepada tetamu pada Tahun Baru Cina.

Saya En. Chew

: :

Perlukah amalan-amalan di atas dikekalkan? Pada pendapat saya, amalan-amalan seperti memberi angpau kepada kanakkanak dan warga emas wajar diteruskan. Sebab amalan ini mencerminkan kasih saying dan keprihatinan pemberi kepada penerima. Warga emas akan berasa dihargai dan tidak dilupakan. Tetapi saya rasa budaya membakar mercun tidak lagi sesuai. Lagipun ia membazir wang dan menimbulkan suasana bising. Tahun Baru Cina tetap boleh dirayakan dengan meriah walaupun tanpa bunyi mercun.

Saya

Saya rasa setakat ini sahaja temubual saya. Terima kasih saya ucapkan kepada En. Chew kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual.

En. Chew

Sama-sama.

KUMPULAN 2

Saya Cik Chua Saya

: : :

Selamat sejahtera, Cik Chua. Selamat sejahtera. Cik Chua, saya sebenarnya hendak temu ramah Cik Chua tentang perayaan Tahun Baru Cina. Boleh tak?

Cik Chua Saya Cik Chua Saya

: : : :

Boleh. Berapakah umur Cik Chua sekarang? Sekarang umur saya 27 tahun. Pada pendapat Cik Chua, adakah perayaan Tahun Baru Cina penting dan kenapa?

Cik Chua

Pada Pendapat saya, perayaan Tahun Baru Cina amat penting dan merupakan perayaan utama masyarakat cina. Bagi saya Tahun Baru Cina merupakan saat penting untuk saya pulang beraya ke rumah ibu bapa. Ini kerana saya tidak mahu ketinggalan untuk makan besar bersama keluarga. Pada Tahun Baru Cina jugalah saya dapat menziarahi sanak saudara kerana dapat cuti yang lebih lama. Pada perayaan ini jugalah kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Saya

Bagaimana pula sambutan Tahun Baru Cina pada masa Cik Chua masih kanakkanak berbanding masa kini?

Cik Chua

Memang pada masa kanak-kanak saya sangat gembira semasa Tahun Baru Cina kerana dapat pakaian baru, dapat angpau dan bermain bunga api pada waktu malam. Sebelum tidur saya mengira jumlah angpau yang diterima dan membandingkan dengan adik-beradik yang lain. Sekarang saya masih dapat angpau kerana saya belum berkahwin, tetapi bilangannya sudah berkurangan berbanding zaman kanak-kanak, ini kerana saya sudah besar dan sudah berkerja.

Saya

Pada pendapat dan pemerhatian Cik Chua, apakah berlaku kemerosotan nilai atau amalan semasa Tahun Baru Cina?

Cik Chua

Ada amalan yang diteruskan dan ada juga pantang larang yang tidak lagi dikuti. Antara amalan yang diteruskan seperti mengutamakan pakaian yang berwarna merah, pemberian angpau, menghias rumah dengan tanglung, majlis makan besar, ziarah-mengziarahi dan sebagainya. Patang larang yang tidak lagi diikuti oleh generasi muda ialah tetap mencuci pakaian pada Tahun Baru Cina, menyapu lantai.

Saya

Pada pandangan Cik Chua, wajarkah amalan-amalan tradisi ini dikekalkan dan diteruskan?

Cik Chua

Secara peribadi, saya rasa amalan-amalan tradisi ini wajar diteruskan selagi tidak menyekat kemajuan. Amalan ini menjadi warisan nenek moyang dan mencerminkan kekayaan budaya masyarakat Cina.

Saya Cik Chua

: :

Setakat ini sajalah temubual saya. Terima kasih Cik Chua. Sama-sama.

KUMPULAN 3

Saya Ling Saya Ling Saya Ling Saya Ling

: : : : : : : :

Apakhabar, adik Ling. Khabar baik. Berapakah umur adik sekarang? 16 tahun. Boleh saya temubual adik tentang sambutan Tahun Baru Cina? Boleh. Adakah Tahun Baru Cina penting bagi adik? Saya rasa penting. Sebab pada Tahun Baru Cina lah, kita berpeluang untuk berkumpul dan bertemu dengan ahli kelurga dan sanak saudara yang jauh. Lagipun, kita akan berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan. Dan yang paling best sekali, kita dapat pakai baju baru, kasut baru dan angpau. Pada pandangan adik, perlukah majlis makan besar malam sebelum Tahun Baru Cina? Bagi saya, majlis makan besar patut diteruskan. Sebab majlis ini memberi kesempatan untuk ahli-ahli keluarga makan bersama tanpa mengira tua atau muda. Pelbagai juadah juga kita dapat nikmati sempena makan besar ini.

Saya

Ling

Saya Ling

: :

Setakat ini sajalah temubual saya. Terima kasih adik. Sama-sama.

BIODATA ORANG YANG DITEMURAMAH

KUMPULAN PERTAMA

NAMA UMUR PEKERJAAN

: : :

ENCIK CHEW PO SU 56 TAHUN PENIAGA KG PERINGAT

TEMPAT TINGGAL :

KUMPULAN KEDUA

NAMA UMUR PEKERJAAN

: : :

CIK CHUA AIE CHIN 27 TAHUN KERANI BANK KG PERINGAT

TEMPAT TINGGAL :

KUMPULAN KETIGA

NAMA UMUR PEKERJAAN

: : :

CHUA SIEW LING 16 TAHUN PELAJAR KG PERINGAT

TEMPAT TINGGAL :

You might also like