You are on page 1of 1

Refleksi

Alhamdulillah, saya Mohd Anwar Bin Mohd Nor memanjatkan setinggi- tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan sempurna. Saya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Dengan terhasilnya tugasan ini, pelbagai perkara baru dapat saya pelajari. Antara perkara serta pengalaman baru yang saya dapati sepanjang saya melaksanakan tugasan ini adalah saya dapat mengetahui dan memahami latar belakang Kadet Remaja Sekolah ini. Jika sebelum ini, saya hanya mengetahui namanya sahaja, tetapi kini saya sudah dapat mengecam dan menyebutkan serba sedikit mengenai elemen- elemen yang diterapkan di dalam kadet ini. Saya juga dapat meningkatkan kemahiran serta nilai profesionalisme saya dalam unit beruniform. Saya kini semakin mahir untuk memimpin sesuatu pasukan unit beruniform. Tambahan lagi, sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya didedahkan dengan segala perangcangan dalam pengurusan unit beruniform. Jadinya, hasil daripaa pendedahan ini, saya sudah semakin mahir dalam bab pengurusan unit beruniform ini. Satu perkara penting yang sangat menarik bagi saya adalah bagaimana pentingnya dari sudut kepimpinan dalam sesuatu unit beruniform bagi memastikan segala matlamat, visi serta misi sesuatu unit beruniform itu tercapai dengan jayanya. Selain daripada itu, dalam menyelesaikan tugasan ini, saya dikehendaki untuk mengkaji terlebih dahulu segala pengajaran yang perlu disampaikan berkenaan unit kadet remaja sekolah ini. Jadinya, pelbagai perkara baru dapat saya bina dalam diri saya. Sesungguhnya, tugasan kerja kursus ini benar- benar memberi kesan yang sangat positif kepada diri saya terutamanya dalam penjagaan masa serta disiplin diri saya. Dalam latihan kawad, saya dilatih untuk membina disiplin diri yang sangat tinggi dan sehinggakan latihan sedemikian dapat saya terapkan di dalam kehidupan seharian saya. Kini saya lebih yakin dan bersemangat untuk menjalani kehidupan yang mendatang kerana saya telah berjaya mendidik serta membina peraturan dalam diri saya. Yang terakhir, tugasan kerja kursus ini telah memberi pelbagai kesedaran betapa pentingnya keserasian di dalam satu unit itu. Ini dapat melatih saya untuk membina hubungan yang baik dalam kalangan masyarakat sekeliling. Secara tidak langsung, ianya dapat membina peribadi serta sikap saya sebagai persediaan awal untuk menjadi seorang bakal pendidik.

You might also like