Selain daripada itu, murid juga boleh ditukarkan kelas bagi subjek tertentu contohnya bahasainggeris. Contohnya, bagi kedudukan tahun seseorang murid itu mungkin berada di kelas A,tetapi jika beliau lemah dalam bahasa inggeris, waktu bahasa inggeris beliau perlu ke kelas Catau D mengikut tahap penguasaan beliau.
Punca 4# Guru Galakkan Murid Malas Secara Tidak Langsung
Walaupun tidak semua, tetapi banyak guru bahasa inggeris mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Macamana ya? Memang bunyinya pelik, tapi pemerhatian saya dapati itulahyang berlaku.Cuba bayangkan, sudahlah ibubapa murid tidak bertutur dalam Bahasa inggeris, waktu bahasainggeris di sekolah adalah satu-satunya waktu murid akan mendengar bahasa ini. Tup-tup muriddiajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Jadinya macamana ya nak pandai?Selain daripada itu, saya lihat sekarang ni murid juga tidak lagi diwajibkan mempunyai kamus.Ada murid yang langsung tidak tahu bagaimana nak gunakan kamus. Kita semua pun tahukankepentingan kamus dalam pembelajaran bahasa.
Cara Mengatasi:
Guru perlu tegas dalam penggunaan bahasa. Memang ada masalah murid tidak faham apabila guru mengajar dalam bahasa inggeris, tetapi guru perlu gunakan alternative lainuntuk membuatkan murid tersebut faham. Contohnya, apabila guru kata sit down murid tidak faham. Jangan ubah kepada sila duduk. Sebaliknya gunakan bahasa isyarat atau buat contoh perbuatan tersebut.Ada baiknya juga sekiranya guru bahasa inggeris bercakap bahasa inggeris sepanjang masamereka berinteraksi dengan murid di sekolah, walaupun diluar waktu PnP. Secara tidak langsung,murid akan terdesak untuk berkomunikasi dalam bahasa ini.Kempen-kempen yang diadakan di sekolah sekarang cukup baik, cuma saya rasa penguatkuasaantidak dilakukan dengan sempurna. Sewaktu minggu bahasa inggeris, pastikan semua guru danmurid bertutur dalam bahasa inggeris dan kenakan denda ke atas mereka yang melanggarnya -termasuklah guru. Kepimpinan melalui tauladan kan?
Punca 5# Buku Teks/ Buku Kerja Tidak Sesuai Dengan Tahap Murid
Sebenarnya saya tidak pernah melihat buku teks bahasa inggeris, tetapi saya telah banyak kalimelihat buku teks bahasa melayu. Pada pandangan saya, buku teks yang ada itu lebih sesuaiuntuk kegunaan murid-murid sedia bijak. Kalau buku teks bahasa melayu sebegitu, buku teks bahasa inggeris pun pastinya sama saja.
Cara Mengatasi:
Kalau tidak silap saya, buku teks dipilih mengikut negeri/ zon. Pada pendapatsaya, daripada mengadakan buku teks mengikut negeri atau zon, adalah lebih baik sekiranya buku teks dibuat mengikut tahap - murid bijak, murid sederhana dan murid lemah. Pemilihan pula dibuat sendiri oleh sekolah dan bukan pihak negeri.