You are on page 1of 15

Definisi Psikologi

Berasal daripada tamadun Greek Purba,psyche dan logos. Psyche bermaksud jiwa dan logos bermaksud kajian mengenai sesuatu. Boleh juga diertikan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.

Definisi Psikologi
Kamus Dewan- Kajian tentang proses dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.


Kajian mengenai sesuatu yang dimaksud oleh perkataan logos ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.

Sejarah Perkembangan Psikologi


Aliran Interaksionisme- Manusia terdiri daripada gabungan pemikiran dan badan Aliran Empirisme-John Locke(1632-1704) dan George Berkeley (1685-1753)-konsep tabula rasa Aliran Strukturalisme-Wilhelm Wundt (1832-1920)menumpukan kajian kepada pengalaman sedar. Wundt telah mengkaji perasaan,sikap,persepsi dan tanggapan individu terhadap sesuatu keadaan. Wundt membina makmal psikologi pertama di Leipzig dan digelar Bapa Psikologi.

Pengalaman Sedar
3 Komponen Utama 1) Sensasi -penglihatan,bunyi,bau,rasa dan pemerasan. 2)Imej -pengalaman yang tidak wujud seperti ingatan mengenai seseorang atau peristiwa. 3)Afeksi -reaksi emosional seperti cinta,kasih sayang,bahagia dan cemburu


Aliran Fungsionalisme-diasaskan John Dewey(18591952) & WilliaM James(1842-1910) Menekankan pengalaman sedar dah tingkah laku. Willian James dianggap ahli psikologi Amerika yang pertama. Aliran Behaviourisme- diasaskan oleh J.B. Watson(1878-1958),Teori Pelaziman Klasik(kajian ke atas seorang kanak-kanak, Albert dan tikus putih. Ahli psikologi aliran ini menjalankan kajian ke atas haiwan seperti tikus,kucing dan anjing.


Konsep kritikal yang dikemukakan oleh aliran ini ialah definisi operasional(operational definition). Definisi operasional ialah konsep saintifik yang merujuk kepada proses pengukuran kepada sesuatu yang dikaji. Aliran Psikologi Gestalt-berpendapat manusia mempersepsi dunia di dalam bentuk satu keseluruhan(unitary whole)


Aliran Humanistik-diasaskan oleh Abraham Maslow (1908-1970) dan Carl Rogers(1902-1987) -menekankan cara fikiran pengamatan serta interpretasi seseorang individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadiaan. -menurut pendekatan ini,kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungannya untuk berkembang serta mencapai pemenuhan kendiri(self-actualisation)


Aliran Konstruktivisme -Konstruktivisme atau faham binaan. Diasaskan oleh tokoh-tokoh seperti Von Glaserfeld,Piaget,Vygotsky,Confrey dan Seymour Peppert. Menekankan peranan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Aliran Kognitivisme -dipelopori tokoh-tokoh seperti Gestalt,Piaget,Vygotsky,Gagne, Bruner dan Ausubel. -mengkaji pemikiran manusia,persepsi dan penanggapan,kognisi,metakognisi,kemahiran berfikir kritis dan kreatif,kemahiran belajar,motivasi dan lain-lain.

Pendekatan Behaviourism e

Pendekatan
Psikologi

Pendekatan Psikoanalitik

Pendekatan Kognitivisme Pendekatan Biologi

Pendekatan Humanistik

Tujuan Psikologi Pendidikan

Matlamat psikologi pendidikan ialah untuk memahami(memerihal dan menerangkan) tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingah laku tersebut

Memahami mengapa pelajar bertingkah laku begitu atau begini

Meramalkan tingkah laku pelajar

Kepentingan Psikologi Pendidikan Kepada Guru

Menjalankan penyelidikan berkaitan isu pendidikan

Mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal,kognitif,sosial dan emosi

Mereka cipta soal selidik yang mudah di dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajar

You might also like