Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
309Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teori Kepimpinan Situasi

Teori Kepimpinan Situasi

Ratings:

4.83

(6)
|Views: 14,250 |Likes:
Published by ashari08

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: ashari08 on Mar 06, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

 
520742-03-5161
“Situasi berbeza memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza.”
-
Teori Kepimpinan Situasi  Hersey & Blanchard, 1969
Sebagai pemimpin pendidikan, sejauh manakah anda mengaplikasikan teori diatas untuk menjadi pemimpin yang berkesan dalam organisasi anda?Pengenalan :
Kepimpinan didefinisikan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhikegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiatdan berusaha ke arah pencapaian objektif organisasi. Pemimpin (Leader) adalah orangyang mempengaruhi individu dan kumpulan di dalam organisasi, membantu merekamenetapkan matlamat, beri panduan kearah mencapai matlamat tersebut dan sebagaihasilnya dapat menjadikan mereka menjadi lebih efektif.Mengikut Gregory P.Smith “… a leader is a person who inspires people to takea journey to a destination they wouldn’t go to by themselves…” .Matlamatkepimpinan adalah untuk meningkatkan prestasi pekerja , meningkatkan kualiti,menambah output yang juga mempertingkatkan perasaan kebanggaan di kalanganorang bawahan. Pemimpin bukan hanya sekadar mencari kegagalan tetapimenyelesaikan dan mencari punca kegagalan untuk membantu orang bawahanyamelakukan yang lebih baik. Seseorang pemimpin juga ialah seorang yang mampumenghasilkan suatu perubahan atau transformasi pada mereka yang dipimpinnya,dirinya sendiri dan organisasinya ke arah tujuan yang ditetapkan bersama.1
 
520742-03-5161Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinanmesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yangdipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantumentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melaluikesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang diantara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin mempunyaiautoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatananggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh mengarah aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk memberi arahantentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melaluiarahan yang dilaksanakan oleh pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurusmungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yangmungkin menentukan samada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialahtahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.Mengikut Kotter (1988) kepimpinan menumpu kepada isu dan proses perubahan dan pembaharuan, seperti pembinaan hubungan, pembinaan visi dan pembinaan jalinan. Pemimpin melihat organisasi dengan perspektif yang lebih luas,menilai kesannya serta berusaha untuk menggembleng pengaruh melalui kepelbagaiankemahiran, ilmu dan kepakaran supaya apa yang hendak dilakukan memperolehi persetujuan ramai.2
 
520742-03-5161Tiga pendekatan untuk memahami Kepimpinan1) Pendekatan Tret (Trait approach) adalah ditumpukan untuk mengenalpastikarakter individu seperti faktor-faktor demografi atau tret personaliti yangmembezakan di antara pemimpin dan pengikut2) Pendekatan tabiat (Behavioral approach) mengambil kira tabiat yang ada pada pemimpin untuk menjadi efektif 3) Kepimpinan Kontingensi seperti Model Kontingensi Fiedler, Model Keputusan Normatif dan ‘Path-Goal Theory – yang mencadangkan bahawa perana utama pemimpin adalah untuk memberikan laluan kepada pekerja-pekerja supayamereka dapat mencapai matlamat yanga telah ditetapkan.
Gaya Kepimpinan
Stail dan gaya kepimpinan secara umumnya boleh dilihat seperti kepimpinanautokratik, kepimpinan birokratik, kepimpinan karismatik, kepimpinan demokratik,kepimpinan Laissez-faire, kepimpinan orientasi hubungan, Servant leadership, Task-oriented leadership, kepimpinan transksional, kepimpinan transformasi dankepimpinan situasi.
Kepimpinan Situasi
- Mengandaikan gaya kepimpinan, dan model kepimpinan yang berbeza itu adalah lebih baik di situasi-situasi berbeza, dan pemimpin-pemimpin itumesti mudah berubah untuk memilih gaya yang sesuai dengan situasi yang wujud.Pemimpin mempelbagaikan stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuandan kesungguhan pengikut dalam organisasi. Ia jugaa mengambil kira kontingensi3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->