You are on page 1of 3

LARI BERPAGAR

KEMAHIRAN LARI BERPAGAR Bagi acara ini, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan semasa berada di antara pagar-pgar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini, dia dapat melenturkan badannya secara automatik semasa membuat lompatan. Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar ini di peringkat awalan, para guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini akan membantu para pelajar mempelajari asasasas lari berpagar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai pula dengan kemampuan mereka. Di samping itu, cara pengajaran ansur maju juga dapat menyemaikan sifat-sifat keyakinan diri di kalangan pelajar. LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR Teknik (a) Menuju pagar pertama Bilangan langkah larian hendaklah tetap. Berlari dengan pantas (lari pecut) Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar. (b) Melepasi pagar Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan. Bongkokkan badan ke hadapan. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat). (c) Berlari di antara pagar Bilangan langkah hendaklah sama. Berdiri lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan. (d) Mengakhiri larian Gaya yang sama dengan gaya untuk lari pecut jarak dekat.

i. ii. iii.

i. ii. iii. iv. v.

i. ii. i.

Kesalahan Teknik

(a) (b) (c) (d) (e)

Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalam acara lompat tinggi. Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama. Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar. Melepasi pagar dengan badan tegak. Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar. Peraturan Asas bagi Perlumbaan Lari Berpagar

(a) (b) (c)

Peserta hendaklah mengikut lorong masing-masing. Blok mulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan. Peserta dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya.

Jarak dan Ukuran Pagar untuk Pertandingan Olahraga

Acara

Tinggi pagar

Bilangan pagar 10 10 10 10 10

Jarak pagar 1 dari garis mula 13 meter 45 meter 13.72 meter 18.29 meter 45 meter

Jarak antara pagar 8.5 meter 35 meter 9.14 meter 18.29 meter 35 meter

Jarak pagar ke garis tamat 10.5 meter 40 meter 14.02 meter 17.10 meter 40 meter

100 meter (W) 400 meter (W) 110 meter (L) 200 meter (L) 400 meter (L)

0.840 meter 0.762 meter 1.067 meter 0.762 meter 0.914 meter

Aktiviti ansurmaju untuk larian berpagar.


Lompat ketingting melepasi 8 batang rotan yang disusun pada jarak 2 meter. Lompat dengan dua belah kaki melepasi 5 pagar yang disusun pada jarak 1 meter. Berlari dan melangkah gelong rotan yang tersusun di jarak yang tertentu Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan Berlari dan melangkah 5 pagar yang ditebalikkan.( Jarak antara pagar ialah 8.5 meter)

http://sukan-olahraga.blogspot.com/2011/06/lari-pagar-3.html LATIHAN LARI BERPAGAR

LATIHAN LARI BERPAGAR Permulaan Permulaan dilakukan seperti dalam acara lari pecut. Masa selang (intervals) Terdapat pelbagai variasi yang boleh dilakukan. Atlet boleh berlari pantas dengan jarak 20 hingga 30 meter. Mereka juga boleh lari berpagar dengan ketinggian sederhana untuk melatih kekuatan dan daya tahan. Dalam masa selang yang lebih pendek atlet boleh berlari lurus atau mengelilingi lengkungan. Mana-mana situasi yang mungkin dihadapi oleh atlet perlu dipraktikkan berulang kali dalam latihan. Penilaian kemajuan Perjumpaan, percubaan masa dan asktiviti simulasi boleh melibatkan pelbagai jarak dan keadaan. Untuk atlet larian berpagar, jarak ujian yang paling biasa ialah 55 meter (indoor) manakala semasa percubaan jarak yang biasa ialah 40 meter sehingga jarak penuh (outdoor). Latihan penamat Latihan ini menguatkan kemahiran dan ketahanan semasa penamat. Terdapat 10 pagar digunakan. Larian pada 5 pagar yang pertama dilakukan dengan larian yang tenang manakala larian pada 5 pagar yang akhir dilakukan dengan sepenuh tenaga. Latihan X Atlet akan berlari merentasi pagar pada ketinggian yang berbeza, contohnya bermula dengan pagar yang rendah, sederhana tinggi kemudian barulah pagar yang tinggi.

You might also like