dari nilai-nilai negatif. Konsep penting dalam penghasilan seni ukir Islam keranaia akan membangkitkan perasaan, damai dan merendahkan diri ke hadrat Ilahi.Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukir Islam.Namun dengan perkembangan bentuk penggunaan corak, warna dan rekabentukyang diperbuat berdasarkan ajaran al-Quran(Norashikin Mhd Bani 2002).Seni ukir Islam mestilah tertakluk kepada Syariat. Contohnya seni ukir Islam tidak boleh menyerupai unsur-unsur haiwan dan manusia ataupun makhlukbernyawa. Perkara ini berbeza dengan seni ukir Parsi yang banyakmenghasilkan ukiran yang menyerupai haiwan dan manusia. Manakala ukiranpada tembikar dan gangsa turut bercampur aduk dengan motif-motif kaligrafi danarabes(Norashikin Mhd Bani 2002).
4.0KONSEP SENI UKIR
Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi samada dalam susunan komposisicara pengisian bidang yang dihias, ataupun dalam menyelaraskan motif-motif ukiran. Pada umumnya pembahagian bidang itu diatur berdasarkan geometriyang bermotifkan seperti daun, akar, bunga, dan sebagainya. Oleh itu, dalamseni ukir Islam kelihatan paduan yang hormani antara rasa dan akal yangkelihatan pada ukiran kayu, batu, tembaga, besi dan sebagainya(Abdul GhaniSamsudin et al 2001).Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan suatukeistimewaan seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunanIslam. Oleh itu, seni ini bukan semata-mata untuk memenuhi kewujudan seniuntuk seni atau sebagai pantulan dan jelmaan rasa indah sahaja. Namun ia jugamemberi kesan lain yang lebih mendalam dan bererti iaitu kesan keindahan yangmendekatkan kepada peri manusia dan rasa ketuhanan. Justeru ukiran-ukirandari pelbagai motif itu terjalin denagn keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis
3
Leave a Comment