You are on page 1of 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang dihormati, Encik Jaat Bin Musa, Naib Yang Dipertua PIBG SMK. Taman Pelangi Indah, Yang berusaha, 1. Cik Wang Chin Fong, pengetua smk taman pelangi indah 2. Puan Hazizah Binti Harun, Penolong Kanan Pentadbiran 3. Encik Mad Fauzi bin Mad Hamzah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4. Puan Norhayati Binti Ramli, Penolong Kanan Ko-Kurikulum 5. Encik Lai Swee Sin, Penolong Kanan Petang Guru-guru Kanan Matapelajaran Barisan guru-guru yang dedikasi Seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Bunga raya bunga kebangsaan Bunga Mawar harum mewangi Selamat datang kami ucapkan Ke Kejohanan Larian Seri Pelangi.

Alhamdulillahbersyukur kita kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnianya dapat kita sekali lagi bertemu, berkumpul seterusnya menjayakan Kejohanan Lari Seri Pelangi untuk tahun ini. Bagi mendapat limpahan rahmat dari yang Esa, majlis menjemput

. Untuk membacakan doa. Dipersilakan. (doa tamat)

Majlis seterusnya menjemput yang berbahagia Encik Jaat Bin Musa, Naib Yang diPertua PIBG, untuk memberikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan majlis kita pada pagi ini. Majlis mempersila.

Sekalung perhargaan diberikan kepada Encik Jaat atas ucapan perasmian itu tadi. Majlis sukacitanya menjemput Cik Wang Chih Fong untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada Encik Jaat atas kesudian beliau untuk hadir merasmikan majlis kita hari ini.

Majlis sekali lagi menjemput pengetua smk.taman Pelangi Indah untuk memberi sepatah dua kata. Dipersilakan.

terima kasih diucapkan kepada pengetua atas ucapan itu tadi.

Guru mengajar tak harap balasan Ilmu dicurah tanpa bosan Pelajar dididik menjadi insan Cemerlang akademik, cemerlang sukan.

Jeritan guru tanda amaran Marah bukan benci pun bukan Kini tiba acara yang dinanti-nantikan Aktiviti larian bakal dimulakan.

Diminta semua pegawai mengambil tempat masing-masing kerana pelepasan pelajar akan bermula sebentar lagi. Seterusnya majlis menjemput S/U sukan untuk memberrikan sedikit taklimat ringkas kepada semua peserta. Dipersilakan.

You might also like