You are on page 1of 5

MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

1. Akhbar
Saya telah merujuk beberapa surat khabar pada tahun 2011 untuk mendapatkan maklumat mengenai Majlis Perbandaran Nilai. Akhbar tersebut telah memberi pelbagai maklumat penting mengikut tajuk kerja kursus saya.

2. Internet
Selain itu, saya juga telah melayari laman web rasmi Majlis Perbandaran Nilai iaitu www.mpn.gov.my/ (daripada http://www.google.com.my/) .daripada laman web ini, saya telah banyak memperoleh maklumat yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Nilai.

3. Melawat Tempat Kajian


Bagi lebih mengetahui kawasan tempat kajian saya, Majlis Perbandaran Nilai saya telah bersama keluarga saya untuk meninjau lokasi Majlis Perbandaran Nilai. Di samping itu, saya juga telah mengambil beberapa gambar sebagai sumber atau lampiran dalam kerja kursus saya.

4. Orang Sumber
Saya telah menemu ramah Encik Mohd Huzaimi bin Jaafar yang merupakan salah seorang kakitangan Maljis Perbandaran Nilai untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut lagi.

Temu ramah
Saya telah menemu ramah Encik Mohd Huzaimi bin Jaafar yang merupakan salah seorang kakitangan Maljis Perbandaran Nilai. Berikut adalah temu bual dengan Encik Huzaimi. Saya En.Huzaimi Saya En.Huzaimi : Selamat sejahtera, encik. : Selamat sejahtera. : Di manakah terletaknya Maljis Perbandaran Nilai? : MPN beralamat di No.1 Kompleks Pentadbiran Kerajaan, Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Saya : Bolehkah encik menceritakan sedikit tentang latar belakang Maljis Perbandaran Nilai? En.Huzaimi : Boleh. Maljis Perbandaran Nilai ini dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Seremban. Pada tahun 2002, Majlis Daerah Seremban telah mengadakan majlis pengisytiharan kenaikan taraf secara rasmi. Selain itu, Maljis Perbandaran Nilai dipertanggungjawabkan untuk mentadbir 8 buah mukim di dalam daerah Seremban. Kawasan Nilai ini adalah sekitar kawasan Mukim Labu. Saya En.Huzaimi : Berapakah mukim atau kawasan dibawah pentadbiran MPN? : Terdapat 8 mukim iaitu Mukim Setul, Labu, Rantau, Lenggeng, Pantai, Sebahagian Rasah, Sebahagian Ampangan dan Sebahagian Seremban. Saya : Bilakah Maljis Perbandaran Nilai mula beroperasi?

En.Huzaimi

: Maljis Perbandaran Nilai mula dinaik taraf daripada Majlis Daerah Seremban pada 2 Februari 2002.

Saya En.Huzaimi

: Apakah yang dimaksudkan dengan naik taraf? : Melalui penyusunan semula ke atas enam Penguasa Tempatan Negeri Sembilan.

Saya En.Huzaimi

: Encik, siapakah yang mengetuai Maljis Perbandaran Nilai ini? : Oh! Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Latif yang merupakan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai.

Saya

: Oh, begitu rupanya. Bagaimanakah pula tentang misi, visi serta objektif Maljis Perbandaran Nilai?

En.Huzaimi

: Misi dan visi Maljis Perbandaran Nilai adalah berkaitan untuk menjadikan Maljis Perbandaran Nilai suatu maljis yang mampan dan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk orang ramai. Manakala Maljis Perbandaran Nilai terdapat 5 objektif. Antaranya adalah untuk memperkasakan tadbir urus Majlis dan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti.

Saya

: Berapakah jabatan yang terdapat dalam Maljis Perbandaran Nilai dan berapa orangkah pegawai kanan yang bekerja di sini?

En.Huzaimi

: Maljis Perbandaran Nilai terdapat kira-kira 11 buah jabatan dan 19 orang pegawai kanan.

Saya

: Apakah peranan MPN dalam bidang pendidikan?

En.Huzaimi

: Antara peranan MPN dalam pendidikan adalah dari segi mengadakan kursuskursus, menyediakan tapak untuk institusi pendidikan awam dan swasta dan banyak lagi.

Saya En.Huzaimi

: Akhir sekali, apakah harapan dan saranan pihak MPN? : MPN berharap untuk dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan disamping meningkatkan lagi mutu dan tahap perkhidmatan sedia ada ke peringkat dan standard yang lebih tinggi.

Saya

: Sekian sahajalah untuk temu ramah kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada encik kerana sudi ditemu ramah bagi membantu saya melengkapkan kerja kursus saya ini.

En.Huzaimi

: Sama-sama.

You might also like