You are on page 1of 31

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Siri Modul Pembelajaran

TOPIK : BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH ASPEK LATAR
DISEDIAKAN OLEH :

NAMA

NO MATRIK

1.SITI HASNAH BINTI ADNAN 2.NORZIHANA BINTI ISMAIL 3.SITI NORFADILAH MOHD KHUSDADI 4.NORFAZILA BINTI SIDEK 5.ZANARIAH BINTI AB. MANAF

L20112007217 L20112007225 L20112007242 L20112007224 L20112007223

PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Novel Sukar Membawa Tuah

Tema dan Persoala n

Watak dan Perwatak an a. Watak Utama b.Watak Sampinga n c.Watak Bundar d.Watak Pipih e.Watak Pipih

Teknik Plot

Unsur Keindah an a.Pengula ngan b.Sinkope

Latar

Plot

a.Imbas Kembali b.Monolog c.Dialog d.Suspen e.Imbas Muka

c.Hiperbol a d.Metafor a e.Simile f.Personifi kasi g.Asonans i h.Aliterasi i.Perlamb angan j.Diksi

a.Tempat b.Masa c.Masyarak at

Bina an Plot a.Permul aan b.Perke mbanga n c.Puncak d.Pelerai an

Jeni s Plot

a.Kro nologi b.Tak Kronol ogi

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH


SUBTOPIK PETA MINDA: LATAR (NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH)

LATA R

TEMPAT

Kg. Bukit Bakai Pekan Sungai Rumah Pak Katan Hospita l Hutan Sekola h Di dalam Gaung

MASA

Masyarakat kampung MASYARAKA Orang Asli. T Masyarakat yang kurang mementingka n pendidikan. Masyarakat yang berkerjasama . Masyarakat Orang Asli yang bergantung pada hasil hutan. Masyarakat orang asli yang percaya kepada bomoh dan pawang.

Waktu Siang

Waktu Pagi

Waktu Petang

Waktu Malam
3

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Penggunaan Ikon Modul


Mendedahkan pelajar dengan informasi tambahan.

Info Dinamik

Memberi pelajar maklumat tentang sesuatu perkara sebagai asas pengetahuan.

Tahukah anda!
Menyediakan laman web bertujuan memudahkan pelajar mencari sendiri info/maklumat berkaitan topik secara lebih terperinci menerusi internet.

Laman IT

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menguatkan pemahaman dan penguasaan pelajar bagi setiap unit kecil.

Latihan kendiri
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menguatkan pemahaman dan penguasaan pelajar bagi keseluruhan topik yang diajar serta memberikan ransangan kepada pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan lagi.

Latihan pengukuhan

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

ISI KANDUNGAN

BIL 1. 2. 3. 4. Sinopsis Hasil pembelajaran Pengenalan

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT 5 6 7

Sub topik : Aspek latar dalam Novel Sukar Membawa Tuah Latar Tempat 8 - 10 11 12-14 15 16-17 18 19-23 24 25 - 26 27 28

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 13.

Latihan Kendiri Latar masyarakat Latihan kendiri Latar masa Latihan kendiri Latihan pengukuhan Skema jawapan Glosari Bibliografi Lampiran

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Sinopsis
Adit, remaja masyarakat orang Asli yang berpandangan jauh. Dia berhasrat untuk mengubah nasib keluarganya dengan mendapatkan pendidikan secara formal di sekolah. Walaupun pada mulanya Pak katan, ayah Adit seolah-olah membantah, namun Pak Katan tetap berusaha untuk mendaftarkan nama Adit di sekolah. Malangnya, Adit terpaksa menangguhkan hasratnya untuk bersekolah kerana asrama sekolah sudah sesak dengan penghuni. Tetapi, Ah Tong menawarkan bantuan yang membolehkan Adit berulang-alik dari rumah rumah ke sekolah setiap hari. Oleh sebab azamnya cukup kuat untuk berjaya dalam pelajaran, Adit sanggup meredah perjalanan yang mencabar untuk pergi dan balik dari sekolah setiap hari. Adit terpaksa bangun seawall 4 pagi dan menempuh perjalanan selama dua jam dengan menaiki jip Ah Tong. Petangnya pula, Adit pulang ke rumah dengan menumpang lori balak Pak Atan. Pak Katan pula sanggup berkorban dengan bekerja sendirian untuk menyara keluarganya ( sebelum ini, Adit selalu membantunya). Pada suatu hari, adi tidak pulang seperti biasa walaupun hari sudah malam. Pak Katan terpaksa meminta bantuan penduduk kampong melalui Tok Batin untuk mencari Adit. Akhirnya Adit dijumpai dalam keadaan cedera parah akibat jip Ah Tong yang ditumpanginya terbabas ke dalam gaung. Kaki adit patah dan dia kehilangan banyak darah. Kemalangan itu turut meragut nyawa Ah Tong. Adit terlantar di hospital selama 2 bulan. Sepanjang tempoh itu, ibu dan bapanya dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Adikadiknya pula dijaga oleh Mak Ca, isteri Tok Batin. Adit sembuh akhirnya, tetapi kakinya tempang. Namun, Adit terus bersekolah seperti biasa. Kesungguhan Adit ke sekolah dalam serba kepayahan itu menarik perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Adit ditawarkan tempat di asrama dengan menumpang katil Akeh. Adit lebih fokus terhadap pelajaran hingga Berjaya mendapat pertama di dalam kelas. Enam tahun kemudian, Adit melangkah ke sekolah menengah. Dia Berjaya memperoleh 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan tempat di sekolah berasrama penuh, Adit menolak tawaran tersebut kerana memikirkan keadaan ibu bapanya. Bagi Adit, bersekolah di mana-mana pun sama sahaja asalkan ada keinginan untuk Berjaya. Pada masa yang sama, ramai anak orang Asli di kampong Adit yang mengikut jejak langkahnya iaitu rajin ke sekolah.

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Topik Latar Dalam Novel Sukar Membawa Tuah Sub topik : Latar

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat : 1. Memberikan definisi latar : -Latar tempat -Latar masyarakat -Latar masa 2. Menghuraikan contoh-contoh yang terdapat dalam latar tempat : -Kampung Bakai -Rumah Pak Katan -Rumah Tok Batin -Sungai -Pekan -Gaung 3.Menyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam latar masyarakat : -Masyarakat kampung -Masyarakat yang bergantung pada hasil hutan -Masyarakat yang percaya dan berpegang kuat kepada bomoh dan pawang. -Masyarakat yang kurang pendidikan. -Masyarakat yang bekerjasama. 4. Menerangkan perkara-perkara yang terjadi dan contoh yang berkaitan dengan latar masa -Waktu siang -Waktu pagi -Waktu petang -Waktu malam

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

PENGENALAN
Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat Sekolah Menengah dengan tujuan untuk mendorong para pelajar membaca bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera. Mata pelajaran sastera yang diajar di sekolah khususnya untuk Tingkatan 1, melalui Komponen Sastera (KOMSAS), pelajar diajar pelbagai genre sastera dan aspek sastera secara berperingkat-peringkat dan terancang. Teks yang merangkumi pelbagai genre sastera sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi Tingkatan 1 adalah seperti novel, sajak, cerpen, drama, puisi tradisional dan prosa tradisional. Modul pembelajaran dan pengajaran ini akan mengkhususkan kepada novel Tingkatan 1, iaitu Sukar Membawa Tuah dan memberi fokus kepada subtopiknya iaitu aspek latar yang merangkumi latar tempat, latar masa dan latar masyarakat yang terdapat dalam novel.

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH


Sub topik : Aspek latar dalam Novel Sukar Membawa Tuah

Definisi Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan watak, ruang, masa, tempat dan suasana terjadinya cerita dalam sesuatu karya. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu Latar tempat Latar masyarakat Latar masa Tahukah Anda... Novel ialah cerita dalam bentuk prosa biasanya panjang dan kompleks.

Latar tempat. Latar tempat ialah tempat berlakunya peristiwa dalam cerita. Latar tempat yang terlibat dalam novel adalah: a. Kampung Bakai b. Rumah Pak Katan c. Sungai d. Pekan e. Sekolah f. Rumah Tok Batin g. Gaung h. Hospital

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH


i. Latar Tempat
a.Kampung Bakai

Kampung Bakai Petempatan orang asli berketurunan Jahut. Terletak di sungai Bukit Lokan. Tiada sebarang kemajuan dan kemodenan di kampung tersebut. Pak katan dan keluarganya tinggal di kampung ini. Rumah Tok Batin Tempat penduduk Orang Asli berkumpul untuk membincangkan sesuatu masalah. Tok Batin mengarahkan orang kampung untuk mencari Adit yang hilang ketika pulang dari sekolah.

b. Rumah tok batin

c. Rumah Pak Katan

Rumah Pak Katan Tempat tingal bagi Pak Katan, Mak Tawi dan tujuh orang anaknya, termasuklah Adit. Di bawah rumah ini juga Pak Katan menemukan seekor rusa dara yang patah kakinya.

d. Sungai Sungai Merupakan sumber bekalan air utama bagi penduduk Orang Asli di Kampung Bakai. Sungai ini merupakan tempat Adit memasang belatnya untuk mendapatkan pelbagai jenis ikan. Di sungai ini juga, Adit meluahkan perasaan kecewanya kepada Tijah kerana tidak dapat bersekolah kerana ketiadaan tempat kosong di asrama di sekolah tersebut.

e.Pekan 10

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

e. Pekan Tempat Pak Katan membeli barangbarang keperluan Adit untuk ke sekolah. Di pekan ini juga letaknya sekolah tempat Adit belajar.

f.Sekolah

ff
f. Sekolah Di sekolah inilah tempat Adit dan Akeh belajar. Di sekolah ini juga, Adit berkenalan dengan Pak Kassim, pengawal sekolah.

g. Gaung g. Gaung Tempat Adit dan Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Di tempat itulah Adit cedera parah dan Ah Tong meninggal dunia.

11

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Latihan Kendiri 1. Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai beserta dengan contoh yang berkaitan dengan latar tempat yang terdapat dalam novel.

Tahukah Anda Gaung ialah jurang yang dalam.

2. Huraikan peristiwa-peristiwa yang melibatkan latar tempat di bawah.

12

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

ii. Latar Masyarakat


Info Dinamik Masyarak at ialah kumpulan yang hidup di sesuatu tempat.

Latar masyarakat Latar masyarakat ialah keadaan dan citra masyarakat di tempat cerita berkenaan berlaku. Gambaran tentang keadaan itu antara lainnya merangkum agama, kepercayaan dan pekerjaan. Latar masyarakat yang mendasari novel ini : a. Masyarakat kampung b. Masyarakat yang bergantung pada hasil hutan. c. Masyarakat yang percaya dan berpegang kuat pada bomoh dan pawang. d. Masyarakat yang bekerjasama. e. Masyarakat yang kurang pendidikan

a. Masyarakat kampung

a. Masyarakat kampung Penduduk Kampung Bakai yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli berketurunan Jahut. Kampung mereka amat terpencil. tidak menerima sebarang kemajuan dan 13 kemodenan.

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

b. Masyarakat yang bergantung pada hasil hutan

b. Masyarakat yang bergantung pada hasil hutan Masyarakat ini menggunakan hasil hutan untuk meneruskan kehidupan. Pak Katan dan anaknya Adit serta penduduk orang Asli yang lain mencari rezeki di hutan untuk menyara keluarga masing-masing.

c. Masyarakat yang percaya dan berpegang kuat kepada bomoh dan pawang. c. Masyarakat yang percaya dan berpegang kuat kepada bomoh dan pawang Gerakan mencari Adit yang hilang ketika pulang dari sekolah turut disertai olah seorang bomoh Orang asli, iaitu Pawang Putat. Sepanjang pencarian itu, mulut Pawang Putat kumat kamit membaca jampi serapah. Hal ini demikian kerana masyarakat Orang Asli percaya jika berlaku sesuatu musibah, bermakna bahawa roh jahat sedang mengamuk. 14

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

d. Masyarakat yang bekerjasama d. Masyarakat yang bekerjasama Semasa kehilangan Adit, penduduk Orang asli telah bersama-sama berusaha untuk mencari Adit dan Ah Tong yang telah hilang. Gerakan mencari Adit dilakukan sehingalah mereka ditemui. Jip Ah Tong telah terbabas ke dalam gaung. Adit telah cedera parah dan Ah Tong telah meninggal dunia.

e.Masyarakat yang kurang pendidikan e. Masyarakat yang kurangkan pendidikan Masyarakat orang asli yang tidak menyedari kepentingan pendidikan untuk masa depan. Contohnya Adit yang terlalu ingin bersekolah tidak dibenarkan oleh bapanya, dengan alasan biarlah Adit menjadi penyambung kepada pekerjaan bapanya, iaitu mencari hasil hutan untuk menyara keluarga.

Laman IT
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp ? 15 y=2011&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia& sec=Pahang&pg=wp_01.htm

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Latihan Kendiri 1. Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai. Anda dikehendaki memberikan contoh-contoh yang sesuai.

2. Isikan tempat kosong di bawah dan disertakan dengan contoh.

16

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

3. Setelah menyemak maklumat berkaitan latar masa dalam Novel Sukar Membawa Tuah, huraikan satu rumusan tentang kehidupan masyarakat orang Asli. Berikan sekurangkurangnya 3 contoh dalam jawapan anda. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

iii. Masa Latar Latar

Masa

Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesuatu cerita. Ia berkaitan dengan masa sama ada dinyatakan dengan tepat atau secara umum. Latar masa yang tepat dinyatakan dalam bentuk hari, tarikh, dan tahun. Manakala secara umum pula seperti pagi, petang, tengah hari, siang, malam, dan sebagainya. Latar masa yang mendasari novel ini ialah: Waktu siang Waktu pagi Waktu petang Waktu malam 17 Info Dinamik Sehingga pada 1 Jun 2011, mengikut perangkaan, terdapat kirakira 180,000 penduduk Orang Asli di Malaysia.

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

A)

Contoh: Pada waktu siang

Setiap hari, Pak Katan dan Adit ke hutan untuk mencari rotan dan damar.

B)

C) Pada waktu pagi

Contoh:

Adit bangun seawal pukul Contoh: 4 pagi untuk ke sekolah dengan menumpang jip Ah Pada setiap petang, Mak Tong yang mahu ke pekan Tawi akan menunggu untuk mengambil minyak. Pada waktu petang Adit pulang dari sekolah dan Pak Katan pulang dari kerjanya sebagai pembantu pembalak.

D) Contoh:

Pada waktu malam

Selepas makan malam, Pak Katan berbual-bual dengan Adit, pak Katan menasihati Adit supaya pandai menjaga diri apabila berada di sekolah nanti.

18

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Laman IT
http://adatbudayapermata.blogspot.co m/2009/03/adat-dan-budaya-orangasli-siri-5.html

Latihan Kendiri

1. Terdapat empat latar masa yang terdapat dalam novel ini iaitu:

Info Dinamik (A) (B) Masyarakat orang Asli umumnya terbahagi kepada 3 suku kaum terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

(C)

(D) 19

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

2. Huraikan sekurang-kurangnya 2 peristiwa penting yang berlaku pada waktu pagi, waktu petang dan waktu malam.

Latihan Pengukuhan

Soalan 1 :

2. Berikut merupakan latar tempat bagi Novel Sukar Membawa Tuah, kecuali

A. Gaung

B. Gunung

20

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

C. Sungai

D. Hospital

3. Apakah latar masyarakat yang paling tepat bagi menggambarkan peristiwa dalam gambar di atas ?

A. Masyarakat kampung. B. Masyarakat yang kurang pendidikan. C. Masyarakat yang berkerjasama. D. Masyarakat yang bergantung pada hasil hutan. 21

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH


Adit orang pertama sampai di Sekolah. Dia terpaksa menunggu di depan pintu pagar sekolah hingga tertidur.

4. Apakah latar yang menggambarkan peristiwa di atas ?

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5.Huraikan latar masyarakat yang terdapat di dalam gambar di atas? A. Masyarakat yang berpendidikan. B. Masyarakat yang patuh pada undang-undang. C. Masyarakat yang berkerjasama.

22

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH


D. Masyarakat kampung.

6. Apakah kesan utama yang bakal timbul sekiranya hasrat Adit untuk bersekolah dihalang oleh bapanya? A. Adit redha menerima tindakan bapanya itu. B. Adit akan ketinggalan dari aspek pendidikan C. Adit terpaksa melupakan hasratnya itu dan membantu bapanya mencari rezeki D. Adit memaksa bapanya sehingga hasratnya itu dipersetujui.

7. Dalam masyarakat orang Asli, mereka masih lagi mengamalkan cara hidup tradisional. Apakah yang membezakan mereka dengan masyarakat moden pada hari ini ?

A. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan. B. Masyarakat yang menerima kemajuan. C. Masyarakat berpendidikan. D. Masyarakat yang menerima kemajuan.

23

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

8. Bandingkan kehidupan masyarakat orang Asli dalam novel Sukar Membawa Tuah sebelum Adit berpeluang bersekolah dengan selepas dia berjaya dalam pelajarannya.

24

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

SKEMA JAWAPAN No. 1 : Latar masa, latar tempat Soalan 1 merupakan aras pengetahuan kerana soalan ini meminta pelajar mengulang kembali isi pelajaran yang telah diajar oleh guru. Ini kerana dalam nota ringkas guru telah menyatakan maksud, kegunaan dan jenis-jenis latar. No. 2 : Jawapan: A Soalan 2 juga merupakan aras pengetahuan kerana soalan ini meminta pelajar mengulang kembali isi pelajaran yang telah diajar oleh guru. Guru telah menyenaraikan jenis-jenis latar yang terdapat dalam Novel Sukar Membawa Tuah. No. 3 : Jawapan: D Soalan 3 adalah soalan aras kefahaman kerana aras ini menguji kefahaman pelajar tentang jenis-jenis, kegunaan dan situasi yang berlaku di satu-satu latar. No. 4 : Jawapan: C

25

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH


Soalan 4 adalah soalan aras kefahaman kerana aras ini menguji kefahaman pelajar tentang jenis-jenis, kegunaan dan situasi yang berlaku di satu-satu latar. No. 5 : Jawapan: C Soalan 5 merupakan soalan aras aplikasi. Ini kerana dalam soalan ini, guru telah memberikan situasi yang berlainan dengan isi pembelajaran supaya pelajar dapat mengaplikasikannya dengan isi pelajaran. No. 6 : Jawapan : C No. 7 : Jawapan: A Soalan 7 merupakan soalan aras analisis kerana soalan ini memerlukan pelajar membandingbezakan latar masyarakat pada zaman ini dengan latar masyarakat yang terdapat di dalam novel Sukar Membawa Tuah. No. 8 : Jawapan: B Soalan ini merupakan soalan aras analisis kerana soalan ini memerlukan pelajar mencerakin dan membandingbezakan kehidupan masyarakat orang Asli dalam novel Sukar Membawa Tuah sebelum Adit berpeluang bersekolah dengan selepas dia berjaya dalam pelajaranya. No. 9 : Jawapan: B Soalan 9 merupakan soalan aras aplikasi. Ini kerana dalam soalan ini, guru telah memberikan situasi yang berlainan dengan isi pembelajaran supaya pelajar dapat mengaplikasikannya dengan isi pelajaran. No. 10 : Jawapan: B Soalan 10 ini merupakan soalan aras penilaian. Ini kerana soalan ini dapat menilai sejauh mana pelajar dapat memahami teks novel Sukar Membawa Tuah yang sekaligus dapat pelajar menilai dan memahami konsep latar itu sendiri.

GLOSARI A Aliterasi Asonansi Analisis Pengulangan bunyi atau huruf pertama pada perkataan yang berturutan ( dalam sesuatu baris, terutamanya dalam sajak). Pengulangan bunyi vocal dalam deretan kata spt secupak dan sesukat, atau pokok dan tokoh. Penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam.

D Diksi Pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea ( peristiwa dan lain-lain) secara bertulis atau lisan. 26

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH


Dialog Kata-kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam drama atau fiksyen.

H Hiperbola Ungkapan ( pernyataan dsb )kiasan yang berlebih-lebihan atau dibesarkan-besarkan untuk memperoleh kesan tertentu dan tidak bertujuan ditafsirkan secara harfiah.

K Kronologi Kritis Susunan peristiwa atau kejadian menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. Tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu ( menimbang buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik ( tidak menerima sesuatu bulat-bulat). Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Kreatif L Latar M Monolog

Bidang, permukaan

Percakapan yang agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dalam sesebuah drama filem. Pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan ( sebagai perbandingan atau kiasan).

Metafora

P Personifikasi Pemberian ( penyerapan ) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dll untuk mendapatkan kesan sastera atau seni. Jalan cerita ( dalam novel, filem, drama dsb). Berdasarkan kepada sesuatu yang praktik, boleh dan mudah melakasanakannya ( menjalankannya dan menggunakannya dll).

Plot Praktis

S 27

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH


Simile Perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu (orang, benda dsb).

T Tema Subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita dsb (tajuk, pokok).

BIBLIOGRAFI

Ahmad Rafaai Ayudin (1994), Kaedah Pengajaran Berkesan, Kuala Lumpur : Penerbitan AlKausar. Abdul Rahim Hj. Hassan (1994), Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan, Selangor : Penerbitan Meltimedia Sdn. Bhd. Fadzri Aris, Sharif Sharry & Zakaria Jap (2010), Kupasan dan Kajian 2010 Komsas Tingkatan 1, Selangor : Sasbadi Sdn Bhd. Mok Soon Sang (2009), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Soon Sang (2008), Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 28

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH


Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), Buku Panduan Am (KBSR), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur (2008), Psikologi Pendidikan, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php? option=com_content&view=article&id=160%3Amasyarakat-orang-asli&catid=66%3Aadatresam&Itemid=105&lang=bm http://www.kakinakl.com/2011/08/menyelami-kehidupan-orang-asli-di-taman.html

Lampiran 1-Peta Minda Sukar Membawa Tuah

29

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

30

NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

31

You might also like