You are on page 1of 5

KERTAS KERJA NILAM SEDAERAH DAERAH HULU LANGAT 2011 1.

PENDAHULUAN

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang bermatlamat untuk membina tabiat membaca ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran membaca yang meliputi beberapa aspek penilaian kemahiran membaca, menulis dan mencari maklumat dalam kalangan para guru. Kemahiran membaca lebih tertumpu kepada manfaat serta faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti membaca itu sendiri. Dengan mengamalkan tabiat rajin membaca, semakin luas pengetahuan yang akan diperoleh dalam hidup seseorang individu. Dalam usaha menyemai penghayatan budaya membaca dan selaras dengan kehendak serta perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan PKG Hulu Langat mewujudkan satu program bertujuan menggilap program NILAM sekolah setiap tahun. 2. RASIONAL

Memberikan pendedahan tentang kepentingan membaca . 3. MATLAMAT

Meningkatkan kesedaran agar program NILAM ditingkatkatkan dan minat membaca dapat dibudayakan. 4. OBJEKTIF 4.1. Meningkatkan minat untuk melaksanakan NILAM dengan bersungguhsungguh. 4.2. Mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan pelajar sekolah. 4.3. Memberikan kesegaran baru program NILAM. 5. SASARAN Semua sekolah Daerah Hulu Langat. 6. JAWATANKUASA 6.1. Jawatankuasa Induk: Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 : Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat Timbalan PPD Hulu Langat : Penolong PPD Akademik : Penolong PPD Pengurusan Sekolah : Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan

Naib Pengerusi 3 Setiausaha Naib Setiausaha 1 Naib Setiausaha 2 Bendahari

: Penolong PPD Pembangunan dan Bekalan : Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ampang : Penolong Penyelia Akademik PPD Hulu Langat : Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Semenyih : Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kajang

Jawatankuasa Semua Pegawai Akademik PPDHL Semua Pegawai Teknologi PKG Hulu Langat Semua Pengerusi dan Naib Pengerusi PKG Hulu Langat 6.2. Jawatankuasa Pelaksana : Peringkat Sekolah : Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi : Guru Besar Pengetua : Penolong Kanan : Penolong Kanan Petang Penolong Kanan HEM Penolobng Kanan KOKO Setiausaha : Guru Perpustakaan dan Media Penolong Setiausaha : Penyelaras NILAM Jawatankuasa : Jawatankuasa Pusat Sumber/NILAM 7. ANGGARAN PERBELANJAAN Sekolah masing-masing. PROGRAM YANG DICADANGKAN 8.1. Ucapan Guru besar /Pengetua (sekiranya ada jemputan luar) 8.2. Ucapan PPD atau wakil (Pegawai-pegawai PPD, Pegawai Teknologi Pendidikan ) 8.3. Aktiviti khas berkaitan NILAM ( murid membaca, bercerita, mengulas buku , penyampaian anugerah NILAM dan lain-lain. CADANGAN TARIKH / TEMPAT PELAKSANAAN/ MASA 9.1 9.2. 9.3. 10. PENUTUP NILAM SEDAERAH diharapkan akan berjaya dilaksanakan dengan cemerlang hasil kerjasama yang padu daripada semua pihak yang terlibat di sekolah. Program ini juga diharapkan dapat menyemai dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan murid dan guru Daerah Hulu Langat .
Nbs,PPDHL.

8.

9.

Tarikh Tempat Masa

:9 Mei 2011 :Dataran Perhimpunan atau dewan sekolah :Masa Perhimpunan Hari Isnin.

PERUTUSAN SAMBUTAN HARI NILAM SeDAERAH SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2011 OLEH TUAN HAJI ISMAIL BIN MUSA PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah yang tidak terhingga kepada seluruh warga sekolah yang telah berjaya melaksanakan Program Sambutan Hari NILAM SeDaerah pada hari ini. Kejayaan ini melambangkan komitmen yang tinggi yang telah diberikan oleh pihak pentadbir sekolah, warga guru dan staf sekolah serta muridmurid di seluruh sekolah rendah dan menengah dalam Daerah Hulu Langat . Pada hari ini, 9 Mei 2011, sekali lagi untuk 3 tahun berturutturut, kita telah mengorak kejayaan dalam menjayakan Program Sambutan Hari NILAM SeDaerah bagi Daerah Hulu Langat. Saya ucapkan jutaan terima kasih atas komitmen ini dan diharapkan agar pada tahun-tahun akan datang, program seperti ini akan terus dijayakan di peringkat sekolah dan menjadi pemangkin bagi pembugaran Program NILAM di sekolah. Perkataan NILAM merupakan singkatan daripada maksud, Nadi Ilmu Amalan Membaca. NILAM memberikan erti yang sangat besar dan bermakna bagi memartabatkan budaya membaca dalam kalangan murid-murid dan semua warga sekolah. Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada komitmen daripada pihak sekolah dan masyarakat, kerana masih ada sekolah yang tidak melaksanakan sepenuhnya program ini dan terdapat juga kalangan ahli masyarakat yang masih belum faham dengan program ini.

Pihak sekolah berkemungkinan mempunyai langkah-langkah yang dapat diambil untuk menambahbaik keperluan yang berbeza ; pelbagai lagi. Selain itu, semua pihak yang terlibat perlu diberikan pemahaman yang jelas tentang Program NILAM supaya program ini tidak disalah tafsir dan diketepikan. NILAM perlu diintegrasikan dengan budaya dan amalan harian di sekolah dan tidak dianggap sebagai satu aktiviti tambahan yang membebankan. Dalam suasana yang mementingkan pencapaian akademik, adalah perlu ditegaskan dan dibuktikan bahawa kemahiran membaca boleh membawa kepada kemahiran belajar dan kemahiran mencari maklumat. Hal ini memudahkan pemupukan budaya membaca dan pencapaian objektif NILAM. Saya ingin menegaskan bahawa kejayaan sesuatu program bacaan juga banyak bergantung kepada pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang cekap. Selain pihak pentadbir, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) mempunyai peranan yang amat penting bagi menerajui pengurusan Pusat Sumber Sekolah sebagai nadi penggerak aktiviti membaca. GPM yang dilantik khusus di setiap sekolah merupakan key player untuk membantu mengembangkan dan meningkatkan kemahiran maklumat dan galakan tabiat membaca. Seluruh Warga Sekolah yang dihormati lagi dikasihi, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat amat berharap agar pihak sekolah dapat membentuk satu mekanisme pengurusan program pelaksanaannya. Hal ini adalah kerana Program NILAM di sekolah masing-masing mungkin mempunyai ada yang memerlukan tambahan bahan bacaan dan ada yang memerlukan latihan untuk melaksanakannya serta

membaca yang berkesan dan sistematik di peringkat sekolah , dan di anggotai oleh seluruh warga sekolah tanpa ada pengecualian kepada sesiapa pun. Masa pelaksanaan ditetapkan mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah masing-masing. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan rekod bacaan murid disahkan dan jumlah pembacaan murid bagi setiap tahun dikumpul dan dikemaskini secara bulanan. Akhir kata, diharap agar semua kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah digunakan secara optimum dan jadikanlah PSS sebagai tempat utama bagi pemupukan tabiat dan kemahiran membaca dalam kalangan staf sekolah dan murid-murid. Amalan membaca yang aktif dalam kalangan mereka akan memberi kelebihan ketika mengharungi cabaran era globalisasi dan di gitalisasi. Akhirnya saya sudahi ucapan dengan ucapan tahniah buat seluruh sekolah rendah dan menengah dalan Daerah Hulu Langat dan harapan saya agar majlis ini akan menjadi pencetus semangat kepada murid-murid dan guru-guru sekolah ini agar dapat mencipta kecemerlangan pada tahun 2011 kasih atas sokongan program semua NILAM pihak di bagi ini pelaksanaan daerah ini . Terima memantapkan khususnya.

Sesungguhnya HIDUP LEBIH BERMAKNA DENGAN MEMBACA Sekian. Wassalam.

**************************************************************************
(Teks akan dibaca oleh perasmi NILAM SEDAERAH di sekolah sekiranya sekolah menjemput perasmi. Walau bagaimanapun, jika tiada jemputan luar, Pengetua/guru Besar sendiri akan membaca perutusan yang dibekalkan)

You might also like