You are on page 1of 9

KERTAS KERJA HARI KARNIVAL KELAB DAN PERSATUAN AKADEMIK TARIKH : 24 JUN 2010 HARI : KHAMIS TEMPAT : SK ( LKTP)

SELANCAR 3 1. PENGENALAN Hari Karnival Kelab dan Persatuan Akademik SK (LKTP) Selancar 3 merupakan acara sekolah yang diadakan buat julung kalinya. Hari Karnival ini merupakan salah satu aktiviti yang sihat bagi mengumpul dana sekolah bagi aktiviti Kelab dan Persatuan Akademik sekolah. Selain itu, Hari Karnival juga dapat mengeratkan silaturrahim dan menzahirkan semangat kekitaan antara semua golongan di SK (LKTP) Selancar 3 bersama ahli kelab dan persatuan akademik masing-masing. Ini kerana melalui Kelab dan Persatuan adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah sekolah yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Karnival ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pentadbiran, golongan akademik, kakitangan sokongan, murid-murid serta ibu bapa/penjaga. Aktivitiaktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Karnival ini adalah bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara warga SK (LKTP) Selancar 3.

Antara pengisian dalam Hari Karnival ini meliputi aspek keusahawanan, disiplin dan kemasyarakatan . Adalah menjadi harapan setiap warga SK (LKTP) Selancar 3 agar sambutan Hari Karnival kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya. 2. RASIONAL Hari Karnival adalah kesinambungan aktiviti kokurikulum secara terancang dan sistematik demi kecemerlangan pelapis generasi akan datang. 3. OBJEKTIF 1. Objektif utama diadakan Hari Karnival adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasi pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas. Melalui usaha ini pelajar dapat merancang bagaimana hendak menjalankan perniagaan dan membuat perkiraan untung rugi. 2. Mengalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan menjana nilai kepimpinan yang cemerlang di dalam diri pelajar 2 sebagai insan kamil yang mampu menyumbangkan kepada rakan sebaya, keluarga, masyarakat, negara dan agama. 3. Membentuk sahsiah, bakat, minat, kemahiran dan disiplin pelajar dalam semua lapangan yang disertai. 4. Memupuk minat mendalam didalam bidang Keusahawan dan Kelab/Persatuan Akademik. 5. Melahirkan semangat kerjasama yang erat di antara sekolah, ibu bapa dan pihak

luar demi memantapkan generasi yang akan datang. 4. ANJURAN Unit Kokurikulam SK (LKTP) Selancar 3 Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya 5. TEMA Cadangan tema Hari Karnival ialah SEDEKAH SAMBIL BERBELANJA 6. PERINCIAN PROGRAM 6.1 Tarikh :24 JUN 2010 (KHAMIS) 6.2 Tempat : Tapak Perhimpunan SK (LKTP) Selancar 3 6.3 Anggaran Bil Peserta : 400 orang (Berdasarkan bil. Murid dan penjaga) 7. PESERTA Semua kakitangan SK (LKTP) Selancar 3 dan ibu bapa/penjaga. 8. AHLI JAWATANKUASA Sila lihat LAMPIRAN 1 dan 4 9. ANGGARAN PERBELANJAAN Sila lihat LAMPIRAN 2 10. TENTATIF PROGRAM Sila lihat LAMPIRAN 3 11. PENGISIAN PROGRAM 11.1 Aktiviti untuk Murid dan Pengunjung - Gerai Jualan - Teka Berat Buku - Pameran Agensi Kerajaan - Teka Biji Betik - Cabutan Bertuah - Karaoke Terbuka - Pertandingan Mewarna Tahap 1 - Rumah Hantu - Mini Cinema Show - Mini Fun Fair 3 12. PENUTUP Dengan terlaksananya Hari Karnival SK (LKTP) Selancar 3 diharapkan dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah dalam kalangan warga SK (LKTP) Selancar 3 dan ibu bapa, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif. Disediakan oleh: PN NOR HIDAYATI BINTI ABDUL LATIF Penyelaras Kelab dan Persatuan Akademik 2010 SK (LKTP) Selancar 3, Wakil Pos Selancar 3, 26700 MUADZAM SHAH. Disemak oleh; PN ZALEHA BINTI SAKIRAN Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK (LKTP) Selancar 3, Wakil Pos Selancar 3, 26700 MUADZAM SHAH. 4 LAMPIRAN 1 AHLI JAWATANKUASA INDUK HARI KANTIN TAHUN 2010 Penasihat : EncikDaud bin Atan (Guru Besar) Pengerusi : PuanZaleha binti Sakiran (GPK Ko-Kurikulum) Naib Pengerusi : i) Encik Salehuddin bin Jonid ( GPK 1) ii) CikNoraine bt. Abdul Rahman ( GPK HEM) Penyelaras

: PnNor hidayati binti Abdul Latif Setiausaha : En Mohd Rozi bin Mohd Amin Bendahari : Pn Tuan Faziah bt Tuan Aziz Urusetia : Semua Guru Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengurus Gerai : Guru Pembimbing Kelab/Persatuan Akademik Tapak Gerai : Semua Guru Siaraya & Peralatan : En Mohd Helmi bin Md. Hanapiah Makan & Minum : Pn Jamiah bt Jamaludin Keselamatan/ Kecemasan : En Ahwar a/l Tey Kwee Lim Dokumentasi / Buku Program : CikZuriyati bt MohdZain Hadiah & Cenderamata : Cik SitiNor Hazida bt Ab Hamid Kupon : Pn Tuan Fauziah Binti Tuan Aziz Banner & Khemah : En Mohd Rozi Bin Mohd Amin Jemputan Agensi Luar & Promosi : En Engku Abdullah bin Engku Rahim

5 LAMPIRAN 2 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH 1 Sarapan pagi & Makan Tengahari Jamuan VIP Agensi Jemputan RM 3.00 x 25 = RM 75.00 RM 5.00 x 25 = RM 125.00 RM 200.00 2 Hadiah Cabutan Bertuah/ Teka Biji Betik a. Barangan Elektrik b. Barangan plastik c. Air Mineral d. Pertandingan Mewarna Tahap 1 Cenderahati agensi jemputan (Hemper) Mini Fun Fair a. Barangan b. Gula-gula RM60.00 x 4 = RM240.00 RM2.00 x 23 = RM 46.00 RM 10.00 x 8 = RM 80.00 RM 2.00 x 12 = RM 24.00 RM 8 x 8 = RM 64.00

RM 2.00 x 16 = RM 32.00 RM 17.00 x 2 = RM34.00 ` RM520.00 3 Peralatan y Khemah y Banner y Pamplet y Kupon RM 50 x 4 = RM200.00 RM 50 x 1 = RM 50.00 RM 0.10 x 300 = RM 30.00 RM 0.15 x 1000 = RM150 RM430.00 4 ModalUnit Gerai Jualan RM50 x 7 = RM 350.00 RM350.00 JUMLAH BESAR RM1500.00

6 LAMPIRAN 3 TENTATIF PROGRAM HARI KANTIN TAHUN 2010 7.30 pagi Perhimpunan pelajar

8.00 pagi Persiapan Jualan Gerai 8.10 pagi Ucapan Guru Basar 8.30 pagi Ucapan Perasmian oleh Yang Berusaha Guru Besar 8.45 pagi Penyampaian Cenderahati 8.50 pagi Jamuan VIP 8.30 pagi Pameran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Demonstrasi Memadam Kebakaran ( Wakil JB&P) 9.00 pagi Lawatan Yang Berusaha Guru Besar 9.10 pagi 11.30 Jualan Gerai Acara untuk Pengunjung/ Murid Tahap 1 12.00 tgh Pengemasan 2.00ptg Bersurai

You might also like