You are on page 1of 2

NOTA BERKAITAN KK LAPORAN ANALISIS 2 Disiplin ilmu/mata pelajaran yang dimaksudkan ialah disiplin ilmu/mata pelajaran yang ada

di sekolah rendah sama ada KLSR, KBSR atau KSSR yang boleh dibuat perbandingan. Cth mata pelajaran Matematik terdapat dlm KLSR, KBSR dan KSSR. Jadi bolehlah dibuat perbandingan untuk ketiga-tiga zaman itu. Begitu juga Bahasa Inggeris dan lain-lain. Pembentukan dan penyusunan kurikulum dalam KLSR, KBSR atau KSSR melibatkan dimensi vertikal (menegak) dan dimensi horizontal (mendatar).

Dimensi Vertikal Meliputi aspek : (i) SEKUEN iaitu elemen atau isi kandungan dalam sesuatu mata pelajaran disusun bagi memastikan terdapat urutan dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut, agar mata pelajaran tersebut dapat menggalakkan pembelajaran berterusan contohnya isi kandungan disusun mengikut urutan daripada senang kepada susah, mudah kepada kompleks, daripada konkrit kepada abstrak atau penyusunan mengikut kronologi (urutan waktu atau peringkat-peringkat). Contohnya Matematik di Tahap 1 memfokus kepada kemahiran asas seperti + - x di Tahap 2 pula fokus adalah kepada penggunaan kemahiran asas tersebut untuk menyelesaikan masalah dan memperoleh ilmu yang baru.

(ii) KONTINUITI - komponen dalam kurikulum dimanipulasi bagi memastikan terdapat terdapat kesinambungan antara satu peringkat pembelajaran dengan peringkat pembelajaran yang berikutnya. Contohnya dalam mata pelajaran Sains, isi kandungan kurikulum Sains di tahun 6 adalah kesinambungan isi kandungan kurikulum Sains di tahun 5, isi kandungan kurikulum Sains di 5 adalah kesinambungan isi kandungan kurikulum Sains di tahun 4 dst.

Dimensi Horizontal. Meliputi aspek: (i) SKOP - keluasan isi kandungan sesuatu mata pelajaran. Keluasan juga boleh dimaksudkan sebagai meliputi iaitu persoalan sebanyak mana liputannya. Contohnya pembelajaran Sains Tahun 5 adalah meliputi tema Alam Kehidupan; Alam Fizikal; Alam Bahan; Bumi dan Alam Semesta; dan Dunia Teknologi.

(ii) KESEPADUAN - hubung kait antara pengetahuan, kemahiran atau pengalaman dalam mata pelajaran. Contohnnya hubung kait antara mata pelajaran Sains dengan

mata pelajaran Matematik, Kajian Tempatan dan lain-lain. Contoh lain dalam pembelajaran Bahasa Malaysia disisipkan pengetahuan Sains dan Kajian Tempatan. Sebelum ini kemahiran bahasa Inggeris disepadukan dalam pembelajaran Sains dan Matematik.

(iii) IMBANGAN - keseimbangan dalam setiap aspek yang terdapat dalam mata pelajaran. Contohnya dalam mata pelajaran Sains pelajar bukan saja mendapat ilmu sains tetapi mereka juga perlu memperoleh nilai dan pembentukan sikap (spt sedar kepentingan menjaga alam sekitar) dan kemahiran (tahu bagaimana menjaga alam sekitar). Sains sekolah rendah adalah ke arah penguasaan pengetahuan sains, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni secara seimbang. Harap dapat membantu. Terima kasih. Dr.IO

You might also like