You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tema Topik Sub Topik Tarikh Tahun Bilangan Murid Masa

: Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan : Sayangi Diri : Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak : Gaya Hidup Sihat : 31 Januari 2013 (Khamis) : 6 Courtesy : 21 orang : 12.05 petang 1.05 petang (1 jam)

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:

1. Mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab. 2. Mengamalkan gaya hidup sihat Ringkasan Isi Kandungan : 1. Murid mengetahui cara-cara mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab. 2. Murid menghayati kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Unsur Patriotisme 1. Bertanggungjawab 2. Menyayangi diri Pengetahuan Sedia Ada : :

1. Murid sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat dalam keluarga masing-masing. 2. Pernah belajar dalam Pendidikan Moral dan Bahasa Malaysia. Penerapan nilai-nilai murni : Kebersihan Patriotisme Kemahiran Generik KB TPK Kaedah/ Strategi BBM : Kemahiran memerhati, menghubungkait, komunikasi, menyusun, soal jawab. : Bahasa, Interpersonal, Kinestatik, Visual, Muzik : Sumbangsaran, soal jawab : 1. Gambar 2. Kertas sebak 3. Sampul tugasan : Bertanggungjawab

Langkah/ Masa

Prosedur Pelaksanaan

Set Induksi (5 minit)

1. Guru menunjukkan gambar Amalan Gaya Hidup Sihat kepada murid. 2. Guru menyoal murid mengenai gambar yang telah mereka lihat. Soalan : i. Gambar ini mengenai apa? ii. Apakah yang dapat kamu perhatikan daripada gambar ini? iii. Mengapa penting untuk menjaga kesihatan?

Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari, Kemahiran Generik TPK : Visual

Catatan, Penerapan Nilai Murni, Nilai Alam Sekitar, Unsur Patriotisme dan Sumber P&P. Sumber P&P : Gambar

Langkah 1 (10 minit)

1. Murid ditanya oleh guru tentang amalan gaya hidup sihat yang diketahui. 2. Secara individu,murid diminta menyatakan bagaimana amalan gaya hidup sihat yang diamalkan di rumah bersama keluarga mahupun rakanrakan. 3. Guru menjelaskan aktiviti berfaedah yang perlu dilakukan bagi menjaga kesihatan diri dan mengaitkan dengan contoh-contoh aktiviti murid tadi.

TPK : Interpersonal

Sumber P&P : Kertas Nilai Murni : Bekerjasama Menghormati

Langkah 2 (15 minit)

1. Secara berkumpulan (4 kumpulan), guru meminta murid menyelesaikan sebuah piramid makanan seimbang yang diberikan oleh guru. 2. Setelah selesai, murid dan guru bersama-sama

Kemahiran pengukuhan KB : Menghubungkait

Sumber P&P : Kertas sebak Nilai Murni : Bekerjasama

menyemak jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan. 3. Murid dan guru bersama-sama membincangkan tentang piramid makanan. Langkah 3 (15 minit) 1. Dalam kumpulan tadi, murid diminta mencabut satu sampul daripada guru. 2. Dalam tugasan tersebut, setiap kumpulan perlu mengelaskan kumpulan piramid makanan seimbang yang betul. i. Kumpulan 1: Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi ii. Kumpulan 2: Kumpulan sayur-sayuran dan buahbuahan iii. Kumpulan 3: Kumpulan susu dan daging, ayam, telur, ikan dan kekacang iv. Kumpulan 4: Kumpulan minyak, lemak dan gula. 3. Murid dan guru sama-sama menyemak jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan. Langkah 4 (10 minit) 1. Setiap kumpulan diminta menyatakan jenis makanan berdasarkan kumpulan piramid makanan hasil tugasan tadi. 2. Murid diminta menyatakan kepentingan dan pengambilan makanan tersebut mengikut kaedah dan jumlah sepatutnya. 3. Guru membetulkan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh murid dan membuat penerangan lanjut kepada murid. TPK : Linguistik Interpersonal Sumber P&P : Kertas sebak Nilai Murni : Bekerjasama Berkeyakinan Berani Kemahiran pengukuhan KB : Menghubungkait TPK : Seni Sumber P&P : Kertas sebak Nilai Murni : Bekerjasama

Penutup (5 minit)

1. Guru meminta murid-murid menghayati kepentingan menjaga kesihatan dan gaya hidup sihat. 2. Guru menerapkan nilai-nilai murni berdasarkan aktiviti yang dilakukan sepanjang P&P tersebut. 3. Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran dengan member dorongan kepada murid supaya sentiasa peka dan mengambil berat terhadap amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

TPK : Intrapersonal Interpersonal Teknik : Sumbangsaran

Nilai Murni Berkeyakinan Bertanggungjawab

You might also like