You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tema Topik Sub Topik Tarikh Tahun Bilangan Murid Masa

: Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan : Sayangi Diri : Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak : Gaya Hidup Sihat : 7 Februari 2013 (Khamis) : 6 Courtesy : 21 orang : 12.05 petang 1.05 petang (1 jam)

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:

1. Mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab. 2. Mengamalkan gaya hidup sihat Ringkasan Isi Kandungan : 1. Murid mengetahui cara-cara mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab. 2. Murid menghayati kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Unsur Patriotisme 1. Bertanggungjawab 2. Menyayangi diri Pengetahuan Sedia Ada : :

1. Murid sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat dalam keluarga masing-masing. 2. Pernah belajar dalam Pendidikan Moral dan Bahasa Malaysia. Penerapan Nilai Murni Kemahiran Generik KB TPK Kaedah/ Strategi BBM : Kemahiran memerhati, menghubungkait, komunikasi, menyusun, soal jawab. : Bahasa, Interpersonal, Kinestatik, Visual, Muzik : Sumbangsaran, soal jawab : 1. Gambar 2. Kertas sebak 3. Kad tugasan : Kebersihan

Langkah/ Masa

Prosedur Pelaksanaan

Set Induksi (5 minit)

1. Guru menunjukkan video Amalan Gaya Hidup Sihat kepada murid. 2. Guru menyoal murid mengenai gambar yang telah mereka lihat. Soalan : i. Video ini mengenai apa? ii. Apakah yang dapat kamu perhatikan daripada video ini? iii. Mengapa penting untuk menjaga kesihatan?

Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari, Kemahiran Generik TPK : Visual

Catatan, Penerapan Nilai Murni, Nilai Alam Sekitar, Unsur Patriotisme dan Sumber P&P. Sumber P&P : Gambar

Langkah 1 (10 minit)

1. Murid ditanya oleh guru tentang amalan pemakanan gaya hidup sihat yang diketahui. 2. Guru memberi kad perkataan kepada beberapa orang murid. 3. Murid yang menerima kad perkataan dikehendaki menampal kad perkataan tersebut mengikut ruangan yang disediakan iaitu ruangan makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. 4. Guru menjelaskan kepentingan mengambil makanan berkhasiat serta mengurangkan mengambil makanan tidak berkhasiat dalam menjaga kesihatan diri.

TPK : Interpersonal

Sumber P&P : Kertas Nilai Murni : Bekerjasama Menghormati

Langkah 2 (20 minit)

1. Secara berkumpulan, guru meminta murid membina sebuah piramid makanan seimbang.

Kemahiran pengukuhan KB : Menghubungkait

Sumber P&P : Kertas sebak Nilai Murni : Bekerjasama

2. Setelah selesai, murid dan guru bersama-sama menyemak jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan. 3. Murid dan guru bersama-sama membincangkan tentang piramid makanan. Langkah 3 (10 minit) 1. Dalam kumpulan tadi, murid diminta mencabut satu kad daripada guru. 2. Dalam tugasan tersebut, setiap kumpulan perlu mengelaskan kumpulan piramid makanan seimbang yang betul. i. Kumpulan 1: Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi ii. Kumpulan 2: Kumpulan sayur-sayuran dan buahbuahan iii. Kumpulan 3: Kumpulan susu dan daging, ayam, telur, ikan dan kekacang iv. Kumpulan 4: Kumpulan minyak, lemak dan gula. 3. Murid dan guru sama-sama menyemak jawapan yang diberikan oleh setiap kumpulan. Langkah 4 (10 minit) 1. Setiap kumpulan diminta memberikan contoh makanan yang terdapat dalam kumpulan piramid makanan hasil tugasan tadi. 2. Murid diminta menyatakan kepentingan dan pengambilan makanan tersebut mengikut kaedah dan jumlah sepatutnya. 3. Guru membetulkan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh murid dan TPK : Linguistik Interpersonal Sumber P&P : Kertas sebak Nilai Murni : Bekerjasama Berkeyakinan Berani Kemahiran pengukuhan KB : Menghubungkait TPK : Seni Sumber P&P : Kertas sebak Nilai Murni : Bekerjasama

membuat penerangan lanjut kepada murid. 4. Murid diberikan lembaran kerja berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan. Penutup (5 minit) 1. Guru meminta murid-murid menghayati kepentingan menjaga kesihatan dan gaya hidup sihat. 2. Guru menerapkan nilai-nilai murni berdasarkan aktiviti yang dilakukan sepanjang P&P tersebut. 3. Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran dengan member dorongan kepada murid supaya sentiasa peka dan mengambil berat terhadap amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. TPK : Intrapersonal Interpersonal Teknik : Sumbangsaran Nilai Murni Berkeyakinan Bertanggungjawab

You might also like