Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

Ratings: (0)|Views: 27 |Likes:
Published by Nazri Musa

More info:

Published by: Nazri Musa on Mar 17, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/08/2013

pdf

text

original

 
TAJUK 1(SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK)SinopsisTajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermulapada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistikbermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan,zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitikperbandingan dan zaman linguistik moden.HASIL PEMBELAJARAN1. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke 20 Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarahilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihiyang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistikdipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuankegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telahdiwartakan pada abad ke-17.Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalambentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman RomDalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajianbahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawalyang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspekseperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasabermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan merekadibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi olehpemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teraskepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakatketika ituUntuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunaniialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato.Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidikbahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog,iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya,iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah,
 
nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaanbahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakahketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaituberdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yangmembezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi katanama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepadaperbuatan.Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihidengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung.Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yangdiasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentangadanya sistem kala atau tensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkanoleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi.Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapatdiperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai caramenunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebihtertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercoraklogik dan bukannya saintifik.Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zamanYunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula padaabad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadipusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuanbahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkajisistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dankata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yangmerupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yangmempunyai makna.Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom.Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajiandalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepadaperubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Merekakurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walaubagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadirujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman IndiaSekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zamanpertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasamula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman inimenggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatubahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasiltulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekalkepada fungsi kesusasateraan.
 
 Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalambahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahanini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesanhubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman inibahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal inidisebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir padazaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpinmereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembanganilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamuslengkap untuk dijadikan bahan rujukan.Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada eraini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepadailmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitabRig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dansintaksis.Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaanmereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secarasaintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasayang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memilikiperkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik ModenUntuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistikmoden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnyabidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkanbukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa denganbahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melaluipeminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasadaripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasaberfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarahperkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasapada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian.Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis.Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satufenomena sosial.Tugasan:Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejaksebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukkan andafaham apa yang dibincangkan.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->