You are on page 1of 16

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

TAFSIRAN
o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. Evidens : Murid Instrumen Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali STANDARD

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

TAFSIRAN BAND
BAND 1 PERNYATAAN BAND TAHU TAFSIRAN Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. 6

TAHU DAN FAHAM

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1, murid dapat: 1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif, gimnastik irama dan pendidikan pergerakan dengan betul dan selamat Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan Melibatkan diri dalam pengurusan alatan sukan dan permainan serta mengetahui isu-isu dalam sukan dan permainan Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan

2. 3.

4. 5. 6.

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan I, murid dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Memahami kesan malnutrisi Memahami institusi kekeluargaan dan isu berkaitan Memahami peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga Memahami masalah remaja dan cara menghadapinya Memahami keperluan makanan berdasarkan piramid makanan Mengklasifikasikan ubat dan dadah Mengaplikasi prinsip dan prosedur Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation ( D.R.A.B.C.)

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

BAND
1

PERNYATAAN STANDARD
Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman. Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi dan empati dengan orang lain serta berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat. Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan dan menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera serta berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

BAND 1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD B1

DESKRIPTOR B1 DJ1 Mengetahui komponen kecergasan fizikal. B1 DJ2 Mengetahui kemahiran asas permainan dan olahraga.

EVIDENS B1 DJ1 E1 Menyatakan definisi komponen-komponen kecergasan fizikal. B1 DJ2 E1 Menyatakan kemahiran asas dalam permainan bola sepak, bola jaring dan pingpong. B1 DJ2 E2 Menyatakan fasa-fasa lakuan dalam larian pecut dan lontar peluru.

Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B1 DK1 Mengetahui maksud malnutrisi dan institusi kekeluargaan.

B1 DK1 E1 Menyatakan maksud malnutrisi. B1 DK1 E2 Menyatakan makna perkahwinan dan kerukunan rumah tangga.

B1 DK2 Mengetahui maksud konflik, stres dan penyalahgunaan bahan.

B1 DK2 E1 Menyatakan maksud konflik dan stres. B1 DK2 E2 Menyatakan maksud penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat.

B1 DK3 Mengetahui hak dan tanggungjawab pengguna.

B1 DK3 E1 Menyenaraikan hak dan tanggungjawab pengguna.

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

10

BAND 2 Tahu dan Faham

PERNYATAAN STANDARD B2 B2 DJ1

DESKRIPTOR

EVIDENS B2 DJ1 E1 Menyatakan organ-organ yang terlibat dalam aktiviti daya tahan kardiovaskular. B2 DJ1 E2 Menyatakan otot utama yang terlibat semasa menjalankan aktiviti daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan kuasa.

Menyatakan organ dan otot dalam Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal. komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran. B2 DJ2 Menyatakan otot utama dalam kemahiran sukan dan fasa-fasa lakuan dalam olahraga.

B2 DJ2 E1 Menyatakan otot utama yang terlibat dalam kemahiran permainan bola sepak, bola jaring dan pingpong. B2 DJ2 E2 Menyatakan otot utama yang terlibat dalam kemahiran lari pecut dan lontar peluru. B2 DJ2 E3 Mengenal pasti fasa-fasa lakuan dalam acara lari pecut dan lontar peluru.

B2 DJ3 Menyatakan pergerakan asas gimnastik.

B2 DJ3 E1 Menyatakan teknik-teknik lakuan dalam kemahiran pendaratan dan kemahiran statik.

B2 DJ4 Mengetahui dan memahami asas perkhemahan. DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

B2 DJ4 E1 Menyatakan ciri-ciri pemilihan tempat perkhemahan, mendiri dan mengemas khemah .

11

B2 DJ5 Memahami pengurusan sukan dan isu-isu dalam sukan.

B2 DJ5 E1 Mengenal pasti alatan sukan dan permainan mengikut saiz, bentuk dan berat objek. B2 DJ5 E2 Menyenaraikan isu-isu dalam sukan dan permainan.

B2 DK1 Mempunyai kefahaman tentang malnutrisi dan institusi kekeluargaan.

B2 DK1 E1 Menjelaskan tanda, simptom dan kesan malnutrisi. B2 DK1 E2 Menyatakan cara menghormati orang yang lebih tua, ahli keluarga yang sakit dan orang berkeperluan khas.

B2 DK2 Mempunyai kefahaman tentang kumpulan makanan, pengurusan konflik dan stres.

B2 DK2 E1 Menyatakan kumpulan makanan dan fungsinya dalam setiap aras piramid makanan. B2 DK2 E2 Menyatakan sebab-sebab dan kesan berlaku konflik dan stres.

B2 DK3 Mempunyai kefahaman tentang Hak Kepenggunaan.

B2 DK3 E1 Menyatakan peranan agensi yang terlibat dalam hal ehwal pengguna

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

12

BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD B3

DESKRIPTOR B3 DJ1 Melakukan aktiviti komponen kecergasan fizikal.

EVIDENS B3 DJ1 E1 Melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan, kuasa dan kelajuan.

Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

B3 DJ2 Melakukan kemahiran asas permainan.

B3 DJ2 E1 Melakukan kemahiran asas dalam permainan bola sepak, bola jaring dan pingpong.

B3 DJ3 Melakukan aktiviti pergerakan asas pendidikan pergerakan.

B3 DJ3 E1 Melakukan aktiviti kemahiran pendaratan dan kemahiran statik. B3 DJ3 E2 Mengenal pasti komponen kecergasan yang diaplikasikan dalam aktiviti pergerakan kreatif dan gimnastik pendidikan.

B3 DK1 Menerangkan cara menguruskan konflik dan stres

B3 DK1 E1 Menerangkan prosedur menguruskan konflik dan stres.

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

13

BAND 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

PERNYATAAN STANDARD B4

DESKRIPTOR B4 DJ1 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti kecergasan fizikal.

EVIDENS B4 DJ1 E1 Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti dalam komponen daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan, kuasa dan kelajuan dengan betul dan selamat. B4 DJ2 E1 Melakukan kemahiran lari pecut dan lontar peluru dengan betul dan selamat.

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

B4 DJ2 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran olahraga. B4 DJ3 Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran pendidikan pergerakan. B4 DJ4 Mengaplikasikan aspek keselamatan dalam aktiviti perkhemahan.

B4 DJ3 E1 Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan kemahiran gimnastik, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif. B4 DJ4 E1 Mengaplikasikan aspek keselamatan sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti perkhemahan.

B4 DK1 Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli keluarga. B4 DK2 Mengklasifikasikan dadah dan ubat.

B4 DK1 E1 Menerangkan cara penjagaan warga tua, ahli keluarga yang sakit dan orang istimewa.

B4 DK2 E1 Membanding beza antara dadah dan ubat.

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

14

BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

PERNYATAAN STANDARD B5

DESKRIPTOR B5 DJ1 Menguasai tatacara melaksanakan latihan kecergasan fizikal.

EVIDENS B5 DJ1 E1 Menjelaskan kaedah dan faedah melakukan latihan kecergasan fizikal.

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat, berkemahiran merancang, berkomunikasi dan empati dengan orang lain serta berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

B5 DJ2 Menguasai kemahiran, undangundang dan peraturan dalam situasi permainan dan olahraga.

B5 DJ2 E1 Mempamerkan dan mengaplikasi kemahiran, undang-undang dan peraturan dalam situasi permainan dan olahraga.

B5 DK1 Menjalankan tugas dan peranan sebagai ahli keluarga yang bertanggungjawab. B5 DK2 Menilai kesan penyalahgunaan dadah. B5 DK3 Mengetahui peranan agensi yang berkaitan dengan pengguna.

B5 DK1 E1 Membincangkan peranan ahli keluarga untuk mencapai ciri-ciri keluarga bahagia.

B5 DK2 E1 Membincangkan bahaya dadah kepada individu dan negara. B5 DK3 E1 Membincangkan bagaimana pengguna boleh menggunakan perkhidmatan agensi yang terlibat. B5 DK4 E1 Menunjuk cara prosedur pertolongan cemas D.R.A.B.C.

B5 DK4 Mengaplikasi pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

15

BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

PERNYATAAN STANDARD B6

DESKRIPTOR B6 DJ1 Menghayati nilai-nilai dan ciri-ciri kecergasan fizikal yang berkualiti.

EVIDENS B6 DJ1 E1 Melibatkan diri secara tekal dalam aktiviti kecergasan fizikal

Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan dan menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera serta berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.

B6 DJ2 Menguruskan sukan secara efisyen.

B6 DJ2 E1 Merancang, memimpin, mengurus, mengawal dan menilai susun atur peralatan sukan.

B6 DK1 Mengamalkan gaya hidup sihat melalui pengambilan makanan seimbang.

B6 DK1 E1 Merancang hidangan makanan seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

DSPPendidikanJasmanidanKesihatanTingkatan1 15Mac2012

16

You might also like