You are on page 1of 7

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Pengurusan:proses merancang,mengelola,mengarah&mengawal aktiviti manusia dgn campuran sumber lain dlm organisasi utk mcapai mtlmt yang ditetapkn. Menurut William,Charlie&Warren,ia adalah proses menggunapakai peralatan & sumber manusia utk mcapai sesuatu objektif yg ditentukn oleh organisasi. Pengurusan sukan = Sebarang gabungn kemahirn bkaitn dgn perancangn pengelolaan, pengarahan, pengawalan,pengurusan budget.kepimpinan & penilaian dalam konteks sesebuah organisasi di mana produk/perkhidmatan berkaitn dengan sukan. POSDCORB (Luther Gulick) menyatakan 7 Peranan Pengurus P(Planning) = Merancang perkara mana yang perlu diutamakan dahulu dan kaedah yang akan digunakan utk menyelesaikan mtlmt utk perusahaan. O(Organizing) = Menubuhkan struktur formal bidang kuasa melalui subkerja yang disusun,ditentukan & diselaraskan bagi mencapai objektif. S(Staffing) = Kesemua fungsi kakitangan dlm mengrekrut & melatih pekerja & mengekalkan kondisi kerja yg baik. D(Directing) = Tugas yang berterusan dalam membuat keputusan, merangkumkan mereka secara khusus, arahan umum & berkhidmat sbg ketua perusahaan. CO(Co-ordinating) = Semua tugas penting dalam hubungkait semua jenis bhgn pekerjaan. R(Reporting) = Menyampaikn semua maklumat kepada eksekutif yang bertanggungjawab utk dimaklumkan tentang apa yang sedang berlaku serta diri sendiri mengetahui &org bawahannya di beritahu juga tentang rekod, penyelidikn & pemeriksaan. B(Budgeting) = Bajet yg dikeluarkan semua dlm bentuk perancangn fiskal,akaun & kawalan

Organisasi

1 unit sosial yg mengandungi 2 atau lebih individu yg berfungsi secara saling bergantung utk mcapai matlamat bersama / unitsosial yang tolong dibentuk & diwujudkan utk mcapai mtlmt yg ditentukn. 1 sistem aktiviti yg diselaraskan bagi kumpulan manusia yg melaksanakn tugas secara bekerjasama utk mencapai matlamat bersama di bawah autoriti & kepimpinan. Contoh : hospital

Organisasi formal

Organisasi informal =

sistem norma & perlakuan yg diserapkan dalam kumpulan. tiada autoriti. Contoh : kumpulan perbincangan rakan sebaya

Teori Klasik = Berkait rapat dengan reka bentuk & struktur organisasi. Alat utamanya ialah carta organisasi. Pelopornya ialah Henri Fayol & Max Weber. Contoh soalan teori klasik: *Bagaimana kerja dibahagikan? *Bagaimana tenaga buruh dibahagikan? *Berapa peringkat autoriti dan kawalan? *Berapa ramai pekerja dalam setiap peringkat? *Apakah tugas tertentu setiap orang?.

14 Prinsip Pengurusan Fayol 1. Pembahagian kerja 2. Autoriti & tanggungjawab 3. Kesatuan arahan 4. Susunan autoriti 5. Pemusatan 6. Kesamaan halatuju 7. Kesamarataan 8. Susunan heirarki 9. Inisiatif 10. Disiplin 11. Ganjaran personel 12. Jaminan perkhidmatan 13. Kepentingn bersama 14. Semangat kekitaan.

Max Weber : Birokrasi Sistem pentadbiran formal yang dicipta untuk menentukan kecekapn & keberkesanan organisasi. 5prinsip birokrasi: *autoriti rasmi seorg pengurus *jwtn berasaskn prestasi *tugasan jawatn perlu dijelaskn *susunan heirarki *prosedur operasi piawai (SOP)

Teori Hubungan Manusia Pengurusan yang mementingkan manusia lebih berkesan berbanding pengurusan yang mementingkan pengeluaran. Dia mengemukakan soalan: *Apakah taraf hubugan yang wujud? *Apakah peranan manusia dalam organisasi? *Apakah keperluan psikologi / sosial mereka? *Apakah semangat & sikap manusia ini? *Adakah wujud kumpulan tak formal?

Kajian Hawthorne(1924-1932) *Kajian oleh Elton Mayo (Harvard) *Bertujuan mengkaji kesan kecerahan cahaya ke atas prestasi & keletihan pekerja western electric. *Dapatan : walaupun tahap kecerahn cahaya dikawal, mereka masih mampu meningkatkan pengeluaran. (Mereka seronok diberi perhatian khas)

Teori X&Y (Douglas McGregor) Teori X : Pekerja yg malas, tak suka kerja, sentiasa membuat yang paling minima, tak mempunyai cita-cita tinggi & akan mengelakkan tanggungjawab Teori Y : Pekerja adalah rajin,suka kepada kerja, kreatif, bertanggungjawab, mempunyai kerja terarah kendiri. Teori Z (William Ouchi 1980) : Kombinasi antara teori X dan Y. Pekerja diberi jaminan perkhidmatan jangka panjang,mementingkan kerja secara kumpulan, ganjaran diberi merangkumi kemahiran interpersonel, proses komunikasi & membuat keputusan (bukan setakat prestasi individu)

Sukan prestasi tinggi adatah merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang. Sukan Massa (Sukan Untuk Semua) adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Dasar Sukan Negara Kesan sukan kepada individu: *Pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk semangat pertarungan *Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal *Penggunaan masa kesenggangan yg berfaedah & bermakna *Pengurangan tekanan hidup moden *Interaksi sosial yang bermakna *Perkembangan kemahiran2 asas Kesan sukan kepada masyarakat: *Penggalakan pembinaan kualiti fizikal & moral rakyat yang sesuai dengan aspirasi nasional *Mewujudkan suasana yang memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara *Peningkatan tahap kesihatan komuniti & produktiviti *Pencegahan jenayah remaja dengan peluang2 penggunaan masa lapang yg memanfaatkan Kesan sukan kepada antarabangsa: *Pencapaian kecemerlangan kepada peringkat yang paling tinggi *Peningktan maruah bangsa *Pemupukan persahabatan Objektif DSN *untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat berdisiplin & bersatu padu melalui penyertaan yang lebih luas & peluang2 yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat *untuk menyediakan peluang2 & kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi & fisiologi bagi individu melalui sukan *untuk membangun & meningkat pengetahuan & amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial seseorang individu & kenikmatan kesenggangan di kalangan orang awam *untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan & antarabangsa & juga dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah & imej negara.

Sosialisasi sukan *Proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu masyarakat. *Penglibatan dalam sukan membuka ruang untuk bersosialisasi serta berinteraksi dengan orang lain. Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara: 1. Sosialisasi ke dalam sukan *Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen2 sosialisasi sukan. *Pengaruh agen2 sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yg diperlukan dalam sukan yang diceburi. *Agen sosialisasi sukan adalah seperti ayah, ibu, abang, kakak, guru, jurulatih, rakan sebaya / role model. *Agen institusi sosialisasi sukan pula adalah pendidikan, agama, kerajaan, media dan sukan itu sendiri. i. Keluarga adalah agensi yang penting dalam mempengaruhi sosialisasi sukan. ii. Rakan sebaya boleh mewujudkan sosialisasi yang berlaku mengikut umur tertentu. iii. Sekolah boleh wujudkan proses sosialisasi iaitu dengan melalui pendidikan jasmani dan mata pelajaran lain. iv. Komuniti boleh mewujudkan proses sosialisasi v. Media masa memainkan peranan yang penting dalam sukan. Sukan didedahkan melalui TV, radio, wayang, majalah dan internet. 2. Sosialisasi menerusi sukan *Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen2 dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut *Ia melibatkan kemahiran, tret, nilai , kepercayaan dan norma hidup. *Ia diperolehi melalui program pembelajaran dalam sukan. *Melibatkan amanah, kewarganegaraan, kerjasama dan pencapaian yang dipelajari oleh kanak2 dan remaja yang menyertai sukan.

1. (a) Bezakan sosialisasi ke dalam sukan dengan sosialisasi menerusi sukan. Sosialisasi ke dalam sukan: Individu disosialisaskan dgn sukan berdasarkan pengaruh agen sosialisasi spt keluarga/rakan sebaya/sekolah/ masyarakat/media massa/persekitaran. Sosiolisasi menerusi sukan: Individu disosialisasikan dgn sukan berdasarkan penyertaan dlm sukan yg dipilih (b) Bagaimanakah sosialisasi ke dalam sukan dapat menyumbang ke arah perpaduan negara? Membina jati diri indivdu melalui sukan Membina keyakinan diri, sahsiah dan peribadi indvd Memupuk semangat bekerjasama Menambah pengetahuan dan semangat setia kawan Menyemai semangat kecintaan kpd negara 2. kesan-kesan positif dan negatif penglibatan individu dalam sukan. Kesan positif Pembtkan watak sukan dpt membtk perwatakan individu yg positif Kualiti kepimpinan pembtkkan daya kepimpinan indvd, khususnya dlm sukan berpasukan Semangat patriotisme rasa bangga mewakili pasukan dibtk menerusi penyertaan dlm bidang sukan. Semangat setia kawan / berpasukan terbtk menerusi penyertaan, interaksi serta sosialisasi dalam sukan. Kesihatan peningkatan kesihatan indvd secara keseluruhan boleh dicapai menerusi penyertaan dlm bidang sukan. Kesan negatif Sikap terlalu mementingkan kemenangan sehingga meninggalkan semangat kesukanan dan berpasukan Penggunaan bahan terlarang utk meningkatkan prestasi Keagresifan dalam sukan Membelakangkan nilai2 kesukanan yg lain.

You might also like