You are on page 1of 8

Sem 2 2012/13

PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)


KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA

DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK Jabatan Matematik

PENGENALAN Kursus KRM3043 memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Asas Pengurusan Data yang merangkumi pembelajaran Matematik di sekolah. Tidak ketinggalan juga, kursus ini menyediakan modul yang akan membantu pelajar meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Anda juga diberikan latihan formatif dan latihan sumatif untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah. Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.

2.0

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS i. ii. iii. iv. v. Menganalisis konsep bidang statistik. (C4) Membincangkan kesukaran dan miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang statistik. (C3) Merancang penggunaan bahan konkrit, media dan teknologi dalam tajuk-tajuk tertentu bagi bidang statistik. (C5, P3) Menunjukkan nilai-nilai etika dalam menginterpretasi data. (A3, EM1) Membuat penilaian dan keputusan secara effektif. (A4, TS2).

3.0

PENILAIAN KURSUS 3.1. Pemberatan


Kategori Kerja kursus Peperiksaan Akhir JUMLAH Pemberatan 60% 40% 100%

3.2.

Agihan Pemberatan Kerja Kursus


Bentuk Kerja Kursus Individu JUMLAH Jenis Tugasan Tugasan 1 dan Tugasan 2 E-Forum Agihan Markah (Peratus) 40% 20% 60%

4.0

BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU i. ii. iii. Kursus KRM 3043 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2 dan E-Forum. Jawab SEMUA tugasan tersebut. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam myGuru3. Untuk E-Forum, sila baca arahan yang telah disediakan di bawah. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

iv.

Tugasan

Arahan

Tugasan 1 Untuk setiap topik berikut, nyatakan lima kepentingan anda mempelajarinya. i. Sejarah dan Kegunaan Statistik ii. Pengumpulan dan Pegurusan Data iii. Perwakilan Data iv. Sukatan Kecenderungan Memusat v. Sukatan Serakan Tugasan 2

Tarikh Akhir 17 Mac 2013 (Minggu 4)

% 10

a. Bagi setiap tajuk di bawah, rancangkan satu aktiviti 21 April pengajaran yang melibatkan penggunaan satu daripada 2013 bahan berikut: bahan konkrit, media atau teknologi. (Minggu 8) Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan bantu mengajar yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Di samping itu, kenal pasti miskonsepsi-miskonsepsi yang biasa dihadapi dan bincangkan cara untuk mengatasinya. Tajuk-tajuknya ialah: i. Membina jadual kekerapan relatif bagi data terkumpul. ii. Melukis carta pai iii. Mencari mod bagi data terkumpul menggunakan histogram. b. Pilih salah satu tajuk di atas (a) dan buat satu rakaman video mengenai pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Sila layari pautan di bawah sebagai contoh. www.khanacademy.org/math/statistics

15

15

E-Forum

1. Pensyarah E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik (upload) 4 soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum). 2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 150 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah. 3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya satu (1) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan. 4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan. 5. Tajuk-tajuk adalah seperti berikut: a) Bincangkan kegunaan konsep-konsep statistik berikut: i. pengumpulan dan pengurusan data ii. perwakilan data iii. sukatan kecenderungan memusat iv. sukatan serakan b) Bincangkan beberapa contoh penyalahgunaan statistik dalam kehidupan seharian. c) Bincangkan kepentingan nilai-nilai etika dalam mengintepretasi data. d) Bincangkan mengapa kita tidak boleh hanya bergantung kepada sukatan kecenderungan memusat sahaja dalam memperihalkan taburan data. JUMLAH 4 Mac 2013 5

18 Mac 2013 1 April 2013 15 April 2013

60

5.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS


TUGASAN 1 DAN TUGASAN 2 (40%) A Menepati format penulisan, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan). Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan). Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara. Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara. Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap. E-Forum (20%) Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik. Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik. Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi. Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.

A-

B+

B-

Ada perbahasan secara ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

C+

Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas. Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

Gagal melengkapkan tugasan & Tidak menjawab soalan.

6.

PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!! Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Pensyarah E-Learning anda. Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB. Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan akhir. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line. Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

PEMARKAHAN

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS


PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013


KRM3043 ASAS PENGURUSAN DATA TUGASAN 1 / 2

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

KUMPULAN: ____________________

NAMA PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: ________________

You might also like