Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagainegeri-negeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap danmencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil.Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak
British mulai membawa masuk beramai-ramaiburuh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yangmempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladanggetah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani.Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepaskehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminankeselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasimasuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimanamigrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.
c)
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun DiTanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawahkuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapurayang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Darisegi pentadbiran , satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang ,Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis ,Kedah , kelantan , dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945, dengan tujuan membalas jasa Siam.