You are on page 1of 2

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Bilik darjah merupakan tempat dimana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah
merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan
penggalak interaksi antara guru dan murid.

1.Konsep pengurusan bilik darjah

Selain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik
darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan
aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus
pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk P&P yang lebih berkesan
serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
bejalan dengan lancar.

Lemlech (1979) mendifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang
mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun
persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.

Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan


dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik
darjah,mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi
tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Mengurus Rutin Bilik


darjah
Mnegurus aktiviti
Mengurus Aktiviti murid
Penilaian

Elemen
Mengurus Keadaan pengururusan:
Mengelola Mengurus bahan-
Fizikal dan behan pelajaran
kemudahan

Mengurus Aktiviti Mengurus disiplin


Kumpulan Bilik Darjah

2.Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah berkesan

Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang di jalankan dalam bilik darjah bergantung
kepada interaksi sosial dan aktiviti antara guru dan murid-muridnya.Interaksi sosial ini bergantung
kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang bergantung kepada 3
perkara berikut:

i)Interaksi guru dengan murid


ii)Interaksi murid dengan murid
iii)Interaksi murid dengan bahan pembelajaran
Terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada corak dan suasana interaksi bilik
darjah,Ketiga-tiga elemen ini saling melengkapi antara satu sama lain.

a)Fizikal

Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif seperti mempunyai lampu, bilik
darjah yang dihias cantik serta di atur kemas dengan pelbagai alat bantu mengajar, kebersihan kelas
yang baik, saiz kelas yang luas, pengudaraaan dan pencahayaan yang baik, susunan kerusi dan meja
yang bersesuaian dan kemudahan yang mencukupi dalam bilik darjah.

Suasana bilik darjah yang kondusif mendorong kepada keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran

b)Sosial

Perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid memberi pengaruh besar terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aktiviti berkumpulan.

Biasanya murid-murid yang berada dalam kelas sosial yang sama atau hampir sama lebih mudah
bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan.

Guru haruslah mengenalpasti corak interaksi sosial murid-murid di dalam kelasnya bagi
memudahkan pemahagian aktiviti berkumpulan.Corak interaksi ini boleh di kenalpasti melalaui
kaedah kajian Sosiometri.

c)Emosi
Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka.

Gaya kepimpinan guru yang autoritarian misalnya mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman
–mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang tertekan dan tidak kondusif.

Gaya kepimpinan guru yang demokratik misalnya guru yang berkongsi tanggungjawab dengan
murid melalui galakan dan bukanya desakan akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan sekaligus menjurus kepada pencapaian murid yang tinggi.

Guru yang penyayang,lucu dan tidak pilih kasih akan mendekatkan murid-murid kepada guru
tersebut,murid-murid akan lebih mudah menumpukan perhatian,menerima arahan dan nasihat
guru,lebih mudah berdamping dan berkongsi masalah dengan guru mereka.Melalui kaedah ini emosi
murid-murid akan lebih terkawal dan matlamat sesuatu P&P itu akan lebih mudah tercapai.

Guru hendaklah secara terus menerus memberi motivasi ,memeberi teguran, galakan dan membina
suasana positif dalam bilik darjah, melibatkan secara aktifsemua pelajar dalam sesuatu
aktiviti,membina hubungan yang baik dengan pelajar serta membentuk komunikasi dua hala yang
baik antara murid-murid dan guru.

You might also like