/  4
 
1.
Syarat-Syarat Asas
 
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
 
Warganegara Malaysia
 
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
 
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
 
Telah disahkan dalam jawatan
 
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakantatatertib2.Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Pembelian Harta Kedua
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHANPERBENDAHARAAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA
 
Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2006, semua Anggota Kerajaanyang telah selesai hutang pinjaman pertama adalah dibenarkan membuat permohonan pinjaman perumahan untuk membeli hartakedua bagi semua jenis Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II, III, IV dan V ) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :(i)Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-
 
(a)Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen
 
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen yang akanditerima
 
Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-1 _ X Gaji pokok semasa X 300 bulan.600
 
(b) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP.
 
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.(ii)
Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiapribu ringgit yang hampir ( RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 )
 (iii)
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang berpencen. Bagi peminjam yangmencarum kepada KWSP pula tempoh bayaran balik adalah terhad kepada umur persaraan wajib.
 (iv)Bagi pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya ) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun(v)Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yangdisediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman.(vi)Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah 4% setahun.(vii)Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencensahaja.(viii)Borang setuju terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempuh (3) bulan dari tarikhsurat kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik / dibatalkan secara automatik.
 
(ix)Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasake semasa.
3.Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah
 
SYARAT-SYARAT PINJAMAN PEMBIAYAANBAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH 
(i) Permohonan membuat pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan bagi harta yang telahdibeli melalui pinjaman / pembiayaan perumahan perbendaharaan sahaja.(ii)Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis 1 dan JenisV ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% dikeluarkan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis II dan JenisIII.(iii)Pemohon atau ‘spouse‘ ( bagi pinjaman / pembiayaan bersama ) yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik  pinjaman / pembiayaan tidak layak dipertimbangkan.(iv)Permohonan pinjaman / pembiayaan bagi kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.(v)Amaun pinjaman / pembiayaan adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yangtelah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.(vi)Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan berpencen, tempoh maksima bayaran beliau adalah tidak lebih dari25 tahun.(vii)Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan mencarum KWSP, tempoh maksima bayaran balik adalah bakitempoh berkhidmat sebelum tarikh umur persaraan wajib.(viii)Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan sepertiFormat Borang 4A/2000 ( Kes Assignment) atau 4B/2000 ( Kes Gadaian ).(ix)Pemohon hendaklah mengemukakan Laporan Penilaian kepada Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, KementerianKewangan di mana harta berada mengikut Format Borang 1/2000.(x)Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagaiPemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebihdahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai PemegangGadaian Kedua dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.(xi)Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerjaubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam / penerima biaya dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia.(xii)Bagi kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan perumahan yang sedia ada yang belum lagi diselesaikan sepenuhnya, skim pinjaman / pembiayaan sama ada SPPP atau SPPPI hendaklah mengikut skim pinjaman / pembiayaan yang sedia ada.(xiii)Kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman / pembiayaan dikeluarkanoleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.
 
(xiv)Permohonan ubahsuai rumah bagi pembiayaan bersama (SPPI), hendaklah dipohon secara bersama oleh suami isteri.(xv)Permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pinjaman Perbendaharaan ( BPP) tidak lewat dari enam (6) bulan sebelumtarikh bersara bagi pemohon yang memiliki skim jawatan tetap dan berpencen.(xvi)Tawaran pinjaman / pembiayaan hanya berkuatkuasa selepas peminjam / penerima biaya menyempurnakan Borang SetujuTerima Pinjaman / Pembiayaan (Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPP(xvii)Pinjaman kerja-kerja ubahsuai tidak dibenarkan untuk pembelian ataupun pembinaan aksesori rumah.
4.Syarat Pinjaman Harta Yang Belum Mempunyai Hakmilik StrataSYARAT - SYARAT TAMBAHAN BAGI PEMBELIAN HARTA YANG BELUM MEMPUNYAIHAKMILIK STRATA DI PASARAN SEKUNDER DARIPADA INDIVIDU (PENJUAL KEDUA)
 
(i)Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau dikecualikan lesen oleh Kementerian Perumahandan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
(ii)Rumah telah siap 100%
 
(iii)Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 3 bulan kehadapan (sekiranya berkaitan)
 
(iv)Perjanjian jualbeli antara pemaju (penjual pertama) dengan pembeli pertama
 
(v)Perjanjian jualbeli antara penjual kedua dengan pembeli
 
(vi)Hakmilik bebas dari sebarang kaveat persendirian(vii)Akujanji Pemaju, Tuan Tanah dan Pemegang Pertaruhan (Borang 5A)
 
(viii)Akujanji Pemegang Pertaruhan (Borang 3A)
 
(ix)Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yangbukan pemilik berdaftar (harta belum mempunyai Hakmilik Strata (Borang 6A) )
 
(x)Salinan surat permohonan pemaju untuk pecah bahagi bangunan kepada Pejabat Tanah danGalian
 
Nota :
 
Syarat-syarat dan dokumen lain yang perlu dikemukakan bersama Borang Permohonan Pinjamanadalah mengikut Pinjaman Jenis I.
 
5.Syarat Asas Permohonan Lanjut Tempoh Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
(i)Tiada tunggakan bayaran balik.(ii)Pembelian tanah adalah berdasarkan Pekeliling yang sedia ada.(iii)Salinan borang opsyen untuk lanjut tempoh perkhidmatan daripada 56 tahun ke 58 tahun.(iv)Salinan borang opsyen bagi yang memilih pertukaran skim KWSP ke skim Pencen.(v)Sekiranya permohonan lanjut tempoh pinjaman melibatkan amaun tambahan melebihi RM 5,000(seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran baru), peminjam perlu melantik peguam untukAkujanji urusan Gadaian/Assignment. Segala kos yang berkaitan bagi urusan tersebut ditanggungsepenuhnya oleh peminjam.(vi)Sekiranya pembatalan dibuat setelah peminjam bersetuju menerima tawaran lanjut tempoh,segala bayaran yang telah dikeluarkan hendaklah dikembalikan kepada Bahagian PinjamanPerumahan.(vii)Salinan surat pengesahan pertukaran ke skim berpencen daripada SPA, SPP, Ibu Pejabat Polis

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...