Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahanatau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehinggabeberapa bulan atau tahun.
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus.Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorangpesakit.
Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luarsahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalahdinasihatkan
segera
mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
•
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempatpembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalahterbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukangotong- royong.
•
Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untukmemastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
•
Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranyamengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes
albopictus dan Aedes aegyptiyang terdapat di negara kita.
Leave a Comment