• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.
 
Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953.Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku dibeberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) dikebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
 
2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
 
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirusdi dalam keluarga Togaviridae.
3. Adakah ia berjangkit?
 
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atauAedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkanvirus penyakit demam denggi.
4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
 
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapipada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.
5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
 
•
 
Demam panas mengejut
Sakit teruk pada sendi
 
Ruam pada badan
 
Sakit kepala
 
Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari(kebiasaannya 5 hari).
 
 
Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
 
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahanatau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.
 
Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehinggabeberapa bulan atau tahun.
 
7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus.Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorangpesakit.
 
Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luarsahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.
 
8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
 
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalahdinasihatkan
 segera
mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.
 
9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempatpembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalahterbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukangotong- royong.
 
•
 
Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untukmemastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
•
 
Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranyamengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
 
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes
 
albopictus dan Aedes aegyptiyang terdapat di negara kita.
 
Chikungunya
ialah sejenis penyakit yang diakibatkan olehalfavirus  bawaan gigitan nyamuk  
. Penyelidikan terkini olehInstitut Pasteur diParismenuntut  bahawavirusini telah mengalamimutasiyang membolehkannya untuk direbak oleh nyamuk Aedes Albopictus( bahasa Inggeris:
Tiger mosquito
). Ini adalah punca wabak di Lautan Hindidan ancaman di pantaiMediterranean  pada masa ini. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953.Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakannegara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.Chikungunya juga dilaporkan melanda penduduk Bolaang Mangondow (Sulawesi Utara
 
),Jember (Jawa Timur ) dan Kabupaten Bandung (Jawa Barat). Wabak Chikungunya pernah menjangkiti 27 orang diPelabuhan Klang, Malaysia  pada tahun 1999 [1].  Nama penyakit ini berasal daripada perkataan Makondeyang bermaksud "sesuatu yang melengkung ke atas" dan merujuk kepada postur terbongkok-bongkok yang diakibatkanoleh gejala-gejala artritis.Penyakit ini diperihalkan buat pertama kali olehMarion Robinson 
pada tahun 1955, menyusul satu peletusan di Penara Makonde di sepanjang sempadan antaraTanganyikadanMozambiquepada tahun1952. Chikungunya berkait rapat dengan virus O'nyong'nyong 
.Chikungunya tidak dianggap sebagai suatu penyakit yang membawa maut.Bagaimanapun, pada tahun2005-2006,200 kematian telah dikaitkan dengan penyakit Chikungunya diPulau Reuniondan diIndia Selatan, terdapat peletusan penyakit ini yang meluas (khususnya diKarnataka danAndhra Pradesh); sila lihatPeletusan terkini di  bawah.
[sunting] Gejala
Simptom penyakit Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan  biasanya digambarkan sebagai
 petekia
atau
makulopapular 
biasanyamembabitkan kaki, tangan dan badan, danartralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitanconjunktiva, serta sedikitfotopfobia.Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupaidemam denggi.Ujianserologiuntuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya,Kuala Lumpur ,Malaysia. Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepasmengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.
[sunting] Terbitan linguistik 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...