You are on page 1of 41

PENGENALAN MORFOLOGI Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam

bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan juga adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah forfem yang dapat wujud bersendirian contohnya sekolah dan laut. Sebaliknya morfen terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya imbuhan ber- perlu wujud bersama-sama dalam bersekolah danan dalam lautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Asal usul orang-orang Melayu (penutur asli bahasa Melayu) amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno iaitu nenek moyang orang-orang Melayu. Penutur-penutur asal bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan terdapat dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia yang menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian datang pula golongan kedua yang dikenali sebagai Melayu Deutro yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing- masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaannya.

Bahasa Melayu sekarang menghadapi masa depan yang amat cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi penggunaan yang luas dan diperakui oleh rakyat Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan Negara juga telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu. Mereka telah menerima pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu juga berupaya dan bersaing dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain. Mungkin yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu ialah meningkatkan status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur keindahan. Demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya, mewujudkan unsurunsur yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang diperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan menyentuh cita rasa yang tinggi. Inilah cabaran yang harus diterima oleh rakyat Malaysia pada tahun-tahun akan datang.

JENIS-JENIS PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita. Ia tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baik dalam tulisan atau pun pertuturan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan seperti berikut:

i) Kata tunggal ii) Kata terbitan iii)Kata majmuk iv) Kata ganda i) Kata Tunggal Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. Ia tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama merupakan unit yang bebas dan berdiri sendiri sebagai satu ayat. Contohnya; - makan saya sihat sungguh bahaya

Jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit-unit yang tidak dapat berdiri dengan sendiri tetapi memerlukan sekurang-sekurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contohnya: - di mana? - untuk siapa? - ke Johor? Kata tunggal yang dilihat dari segi persukuaan kata, boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai konsonan (K) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya secara serentak. Ia terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih dan akronim. Jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencatuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contohnya: - cerpen bermaksud cerita pendek - jentolak bermaksud jentera tolak - tadika bermaksud taman didikan kanak-kanak - Petronas bermaksud Petroleum Nasional - Proton bermaksud Perusahaan Automobil Nasional

ii) Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan iaitu satu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan.. Sama ada imbuhan itu di awal, sisipan, akhiran atau apitan. Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar daripada morfem bebas seperti berjalan dan lukisan. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhankan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Proses pengimbuhan juga boleh berlaku pada kata dasar daripada jenis terbitan dan kata majmuk. Contoh perkataan yang mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dan kata majmuk ialah: i) imbuhan dengan kata dasar terbitan. - peN + ketua = pengetua - meN + ketepi + kan = mengetepikan

ii) imbuhan dengan kata dasar majmuk. - ber + darah panas = berdarah panas - peN + kuat kuasa + an = penguatkuasaan Kata terbitan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan seperti pelari, pendatang, pelajar, mahasiswa, juruterbang, tatacara dan sebagainya. Awalan dalam bahasa Melayu yang wujud dalam kata kerja terbitan pula contohnya seperti melawan, membawa, mendaki, berjalan, belajar, terjebak, disusun dan sebagainya. Manakala awalan yang wujud dalam kata adjektif pula contohnya seperti terbesar, terputih, terendah, secantik, secerah, setebal dan sebagainya. Kata terbitan akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh akhiran kata nama ialah pakaian, jahitan, sasterawan, seniwati, hadirin, ustazah dan sebagainya. Manakala contoh akhiran kata kerja pula ialah buatkan, gunakan, besarkan, duduki, dekati dan sebagainya.

Kata terbitan berapitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh apitan kata nama ialah pelaksanaan, pembuatan, pendapatan, penggunaan, kedukaan dan sebagainya. Contoh apitan kata kerja ialah memainkan, mentakrifkan, menggunakan, berbantalkan, digunakan, diperdengarkan dan sebagainya. Manakala contoh apitan kata adjektif pula seperti kearaban, kecinaan, keinggerisan dan sebagainya. Akhir sekali kata terbitan bersisipan wujud dalam sisipan kata nama dan sisipan kata adjektif. Contoh sisipan kata nama seperti kelengkeng, telunjuk,seruling dan sebagainya. Manakala sisipan kata adjektif pula seperti selerak, gelembung, serabut, gemilang dan sebagainya.

iii) Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Cara mengeja kata majmuk berbeza-beza antara satu bahasa dengan bahasa lain. Dalam bahasa Melayu, kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok seperti berikut: a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contoh kata majmuk yang lazim: - air mata - meja makan - sudut tepat - kata kunci - hati batu Termasuk juga bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran contohnya: - Perdana Menteri - Raja Muda - Setiausaha Politik - Profesor Madya - Ketua Setiausaha Negara b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya: - garis pusat- hak milik- segi tiga- kertas kerja- cari gali- mata pelajaran c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa, contohnya: - kaki ayam- anak emas- manis mulut- tumbuk rusuk- berat tulang- pilih kasih

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang diberi pengecualian dan dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut nyata mengandungi dua kata dasar. Contoh kata majmuk yang kecualian: - antarabangsa- bumiputera- jawatankuasa- kakitangan- tanggungjawab

iv) Kata Ganda Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak. Contoh penggandaan penuh seperti negara-negara, guru-guru, besar-besar dan sebagainya. Contoh kata ganda penuh termasuk imbuhan seperti pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih, persatuan- persatuan dan lain-lain lagi. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama. Contoh penggandaan separa adalah seperti lelaki, jejari, rerama, sesiku dan sebagainya. Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Pengandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu: i) Penggandaan berentak pengulangan vokal contohnya sayur-mayur, kuih-muih, selok-belok, lauk-pauk dan sebagainya. ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan contohnya gunung-ganang, bukitbukau, mundar-mandir, mandi-manda dan sebagainya. iii) Penggandaan berentak bebas contohnya anak-pinak, saudara-mara, lintangpukang, hiruk-pikuk dan sebagainya.

SINTAKSIS Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Sintaksis dapat melahirkan pelbagai jenis ragam dan ayat serta

pembentukannya. Kita perlu mematuhi peraturan atau rumus pembinaannya. Sebenarnya, selain kehadiran unsur seperti subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat serta urutan perkataan, terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberi perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat. Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termaksuklah penanda kasus, kala dan unsur keserasian. Penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukan kegramatisan sesuatu ayat. Perlu diingat bahawa dalam bahasa Melayu tidak terdapat penanda kasus sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia dan bahasa Turki. Satu lagi penanda tatabahasa yang terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa banyak bahasa ialah penanda kala, iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang atau sudah berlaku. Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting, sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis. Akhir sekali, satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentukan maknanya atau terdapat binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan atau kecekapan berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku. Kesimpulannya, jelaslah bahawa bidang sintaksis yang mengkaji persoalan bentuk, struktur dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan sesuatu bahasa.

RAGAM AYAT Ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsure klausa yang terdiri daripada frasa dan frasa pula terbentuk daripada bentuk-bentuk perkataan. Oleh sebab bilangan ayat yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak terhad, maka dapat diduga bahawa binaan-binaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan ragam. Bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat itu menentukan sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.

i) Ayat Aktif Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Walau bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa nama objek sebagai unsure penyambut kata kerjanya. Contohnya: - Ali menendang bola. - Anjing itu mengejar kucing. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ada dua jenis ayat aktif tak transitif iaitu: i) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. ii) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi frasa keterangan secara pilihan. Contohnya: A-i) Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu. ii) Kanak-kanak sedang mandi. B-i) Dia menangis sepanjang hari. ii) Dia menangis. C-i) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja. ii) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk

menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan. Contohnya: A-i) Dia berada di Kuala Lumpur. ii) *Dia berada. B-i) Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan. ii) *Kebanyakan penganggur tinggal. C-i) Bas itu menuju ke utara. ii) *Bas itu menuju.

ii) Ayat Pasif Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif. Ia mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: - Bola ditendang oleh Ali. - Kucing itu dikejar oleh anjing. - Buku itu saya baca. Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada: i)Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasifdi- danter- .

Tatabahasa 1. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.

2.

3. 4.

Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

Morfem 1. 2. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

3. 4. 5.

***2. Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:

Morfem Morfem bebas Morfem terikat

Morfem bebas 1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa 2. mempunyai makna sendiri

Morfem terikat/imbuhan 1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber 2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.

Morfem terikat/imbuhan pula boleh dibahagikan seperti berikut:

Morfem terikat/imbuhan Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya, membaca, menghafal. Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak). Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per..an, permainan.

Konsep Perkataan

Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna Kata boleh dibahagikan kepada berikut:

Bentuk-bentuk Kata Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:

Kata tunggal

i. Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. ii. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanakkanak), pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya. iii. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengan singkatan. iv. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan seperti IT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PM untuk Perdana Menteri. v. Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim. i. Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.

Kata terbitan

Kata majmuk

i. Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. ii. Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa. iii. Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadi budak itu berlari, atau budak yang

berlari itu. iv. Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1) i. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gilagila, gula-gula, suka-suka, labahlabah, rama-rama dan sebagainya. ii. Contoh penggandaan separa ialah pepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.

Kata ganda

Proses Pembentukan Kata Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata. Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:

Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Contoh imbuhan pada awalan ayat contoh penggunaan Kerabat diraja itu kerabat, ketladak, keke makan di warung kekasih sahaja. maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau abstrak Orang ramai pewangi, peragut, membelasah peNpepesalah peragut rantai itu sehingga pengsan. pemfatwa, Mesin pemproses pempemproses, sawit itu mahal pemberontak harganya. Pensyarah itu pensyarah, keletihan kerana penpenswastaan, menyampaikan lima penagih, pendapat kuliah sehari pengkritik, pengamal, Pengacau itu pengkhianat, menggangu pengpengacau, pengasuh kanakpengaudit, kanak setiap hari. penghantar, pengasuh pengepengecualian, Pengebom berani Awalan Varian Contoh perkataan

pengeluar, pengesan, pengebom

pel-

peR-

per

juru-

juru-

dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar) eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)

dwi-

eka-

pasca-(dirujuk kepada `selepas')

pasca-

pra-(menunjukkan makna `sebelum')

pra-

swa-menunjukkan maksud `sendiri')

swa-

mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri Pelabur diingatkan pelabur, pelajar, supaya menyemak pelayar, pelampau, nombor kad pelakon pengenalan sebelum mengisi borang. Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama pertapa untuk menghabiskan zikirnya. Semua tugas diserahkan kepada jurutaip, jurutaip, sehingga jururunding, akhirnya dia jurubahasa meletakkan jawatan. Majalah itu dwibahasa, diterbitkan dalam dwifungsi, dwibahasa iaitu dwiedaran Tamil dan Inggeris. Pengunaan ekabahasa, ekabahasa belum ekakaum, ekafungsi tentu menjamin perpaduan negara Pengajian pascasiswazah merujuk kepada pascasiswazah bidang-bidang sarjana dan kedoktoran. Ahli arekologi itu prasejarah, menggali tulangprakemerdekaan temulang manusia prasejarah. Pelanggan swalayan, mengambil sendiri swamodal, makanan di swakarya restoran swalayan itu.

Contoh imbuhan pada akhiran ayat Akhiran -man (menunjukkan sifat perkara samada orang atau benda- yang dirujuk) -wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya) -wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) -an contoh perkataan seniman, budiman olahragawan, usahawan pragawati, olahragawati pakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat Apitan ke....an pe...an peN...an contoh perkataan kezaliman, kesenangan peranan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan penyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat sisipan -el-er-emcontoh perkataan telunjuk, kelengkeng, kelabut keruping, seruling, serabut kemuning, kemuncup, kemelut

Imbuhan kata kerja Menerima tiga jenis imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut: gemerlap -------> bergemerlap selereak----------> berselerak; menyelerakkan Contoh imbuhan pada awalan Akhiran beRbebelbermeN mememmengmengedimempeRdipeRteRdimemperdipertetervarian contoh perkataan bekerja belajar berkawal, berhasrat, berziarah melawat, merasa memberi, memproses mengelak, menggali, menghabiskan mengebom, mengetin, mengelupur, mengesahkan dipukul, dibaca memperbaharu, memperhamba, memperluas, memperdalam diperbaharui terasa, terasuk, terombak terminum, terpisah, tercarut

Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya. akhiran -kan -i contoh perkataan buatkan, amalkan, ramaikan, selesaikan jauhi, turuti, masuki

contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya Imbuhan beR...an beR...kan meN...-kan varian ber...an be...an be-...-kan ber-...-kan me-...-kan mem-...-kan men-...-kan meng...-kan menge...-kan menN...i me...i mem-...i men--...-i meng-...-1 mempeR-...kan ke...an di....i di...kan dipeR...kan memper...-kan ke-...-an di-...-i di-...-kan diper-....-kan contoh perkataan beranggapan, berdampingan beratapan, berebutan berumahkan, berantaikan bertajukkan, berbantalkan memasukkan, merundingkan, meyakinkan memberikan, mempastikan, memfatwakan mendirikan, menjadikan, menzahirkan mengambilkan,menggantikan, mengkanunkan mengeposkan, mengetinkan, mengesahkan meracuni, melindungi, meyakini membeloti, mempelopori menjalani, mensyukuri mengairi, mengekori, menghadiri, menggarami memperhambakan, mempersendakan kecurian, kemalangan, kesiangan diragui, dikasihi, dirindui dipulangkan, dibenarkan diperkenankan, dipersembahkan, diperlihatkan

Imbuhan Kata Adjektif Kata adjektif menerima tiga jenis imbuhan - awalan, apitan, dan sisipan. Kata adjektif tidak menerima akhiran Amati contoh-contoh berikut: imbuhan varian contoh perkataan Awalan teramai, teruncing, terendah Pesta jualan itu mencatat kedatangan pelanggan teramai pada tahun ini. ``Kaulah yang terbaik bagi diriku,'' katanya. Persembahan pentas kumpulan rock itu sehebat artis-arti rock dari luar negara. Walaupun cara beliau berpakaian agak kebaratan, tetapi pemikirannya padat dengan aspirasi kemelayuan. contoh penggunaan

teR-

te-

ter-

terbaik, tersohor, terindah

se-

se-

seindah, seganas, sebesar, sehebat Apitan

ke...an

ke-...-an

kemelayuan, kebaratan, ketimuran

Sisipan -el-elMinum bergas itu gelembung, selerak mempunyai gelembung udara sejak beristeri dua, gerigi, serabut fikirannya amat serabut. Minyak wangi palsu gemilang, itu semerbak semerbak, gemerlap baunya. usaha beliau dalam perniagaan sinambung merupakan kesinambungan bakat neneknya.

-er-

-er-

-em-

-em-

-in-

-in-

Pemajmukan

1.

Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya: i. ii. iii. Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai

2.

Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu: i. ii. iii. Umum Istilah Kiasan/peribahasa

Kata Majmuk Umum Kata majmuk umum terbahagi kepada: i. Kata majmuk biasa

Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari ii. Kata Majmuk Gelaran

Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar Kata Majmuk Istilah Khusus i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus. Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja

Kata Majmuk Kiasan i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya, misalnya: Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin Pengimbuhan Kata Majmuk Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap. Lampiran 1 Kata dasar 1 air ambil meja ketua tanggung antara Lampiran 2 Kata dasar 1 antara apa apa apa bagai barang beri bumi dari dari duka hulu jawatan kaki ke kerja mana Mata olah pada Pesuruh Kata dasar 2 bangsa bila kala lagi mana kali tahu putera hal pada cita balang kuasa tangan pada sama kala hari raga hal jaya Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan antarabangsa apabila apakala apalagi bagaimana Barangkali Beritahu Bumiputera darihal Daripada dukacita Hulubalang jawatankuasa Kakitangan kepada Kerjasama Manakala Matahari olahraga Padahal Pesuruhjaya Kata dasar 2 mata alih tulis menteri jawab bangsa Kata majmuk air mata ambil alih meja tulis ketua menteri tanggungjawab antarabangsa

setia suka suruhan tanda tanggung warga

usaha rela jaya tangan jawab negara

setiausaha sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab warganegara

Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapiia dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah: Kata Majmuk kuat kuasa kemas kini anak tiri ibu bapa kuat kuasa campur aduk Apitan peN....an meN...kan meN...kan ke...an di...kan peR...an Ejaan penguatkuasaan mengemaskinikan menganaktirikan keibubapaan dikuatkuasakan percampuradukan

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah. Imbuhan berRmeNpeN-an -kan Kata Majmuk garis pusat ambil alih cari gali daya serap urus niaga Kata Majmuk Terbitan bergaris pusat mengambil alih pencari gali daya serapan urus niagakan

Penggandaan 1. Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja. 2. Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu i. Gandaan penuh ii. Gandaan separa iii Gandaan berentak iv Gandaan makna

3. Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu i. penggandaan penuh ii. penggandaan berentak iii. pengandaan separa.

Penggandaan penuh 1. Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya. 2. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk. 3. Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang. Biji Barang Penggandaan separa 1. Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan. 2. Kata tunggal (a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a / Biji-bijian barang-barangan

Contoh: Kata dasar laki langit suatu budak siku Kata terbitan (a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara. I. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang. Penggandaan penuh Laki-laki Langit-langit Satu-satu Budak-budak Siku-siku Penggandaan separa Lelaki Lelangit Sesuatu Bebudak sesiku

II.

4. Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang) Kata dasar bual cari gila borak akan Kata terbitan Ber + bual Ter + cari Ter + gila Ber + borak Se + akan Kata ganda Berbual-bual Tercari-cari Tergila-gila Berborak=borak Seakan-akan

5. Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan)

Kata dasar anak kejar

Kata terbitan Ber + anak Men + kejar

Kata ganda Anak-beranak Kejar-mengejar

6. kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Penggandaan Makna 1. Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh: Ipar Ipar Saudara Makna Penggandaan Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu: a. menunjukkan banyak buku ketua jabatan gunung bukit buku-buku ketua-ketua jabatan-jabatan gunung-ganang bukit-bukau ipar duai ipar lamai saudara mara

b. membentuk nama haiwan biri-biri kupu-kupu kunang-kunang c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai langit siku orang d. Menunjukkan pelbagai jenis sayur kuih saudara Golongan kata Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu: I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang) sayur-mayur kuih-muih saudara-mara langit-langit (menyerupai langit) siku-siku (menyerupai siku) orang-orang (menyerupai orang)

II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya. Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu: I. Kata nama II. kata kerja III. kata adjektif IV. kata tugas

Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbuka

Golongan kata nama Subgolongan Nama khas Hidup

ciri

jenis Manusia

Bukan manusia Tak hidup

contoh Ali, Fatimah, Tun Abdul Razak, Hang Jebat, Aziz Osman Bujang senang, Si Tompok, Pak Belang Gunung Kinabalu, Gua Musang, Sabak Bernam, Proton Saga, Waja, Wira. Kepala, meja, pelajar, ketua, kapal terbang Harapan, kemahuan, kecuaian,keberanian, kesenangan, dengki. Ini, itu

Nama am

Konkrit

Ganti nama

Abstrak Penunjuk

Tanya

Siapa, apa, mana

Diri

Orang pertama

Saya, beta, aku, patik, kami, kita Awak, kamu, engkau anda, saudara, saudari, tuan hamba. Ia, dia, beliau, mereka, baginda, nya

Orang kedua

Orang ketiga

Golongan Kata Kerja (KK) Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.

subgolongan Tak transitif -Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya. -Tetapi ada yang memerlukan pelengkap.

Ciri Tak berpelengkap - Tidak memerlukan pelengkap Berpelengkap - memerlukan pelengkap Aktif Pasif

jenis Tak Transitif Tak Berpelengkap

Contoh - Rumah itu sudah roboh - Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yang berkibar

Tak transitif Berpelengkap

- keadaan Halim bertambah parah - Air sungai beransur surut

Transitif - memerlukan objek atau penyambut.

Transitif Aktif Transitif Pasif

Menulis, menampar, memakan Ditulis oleh/dengan, ditampat. Dimakan oleh/dengan

Golongan kata adjektif Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan. Jenis Sifat warna ukuran bentuk waktu Contoh Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. Lama, lambat, lewat, segera, suntuk,

jarak cara

Pancaindera rasa

lampau, lalu, silam. Dekat, hampir, jauh Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau Buruk, hodoh, jelita, cantik pandang Bising, senyap dengar Busuk, wangi, hangit, hapak bau Kesat, kasar, lembab, halus, licin

sentuh Adjektif perasaan

Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.

Tip Kata adjektif dikenali jika Kata adjektif menerangkan Adjektif perasaan harus kata berkenaan didahului keadaan atau sifat sesuatu diikuti oleh kata sendi atau diikuti oleh kata nama atau frasa nama. nama seperti akan, penguat seperti amat, dengan, terhadap dan sebagainya. sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar Contoh: Saya sangat dengan awak segan

Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.

Golongan Kata Tugas Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas. Contoh Dan, atau, tetapi, serta Kerana, ketika, kalau subgolongan Gabungan hubungan Tugas Menghubungkan atau klausa.

ayat

Aduh, amboi, wah Kata seru syabas, oh, cis Mengapa bila, berapa, Kata tanya bagaimana Jangan, usah, Kata perintah sila, jemput tolong, minta, harap

Menunjukkan seruan Menyoal atau bertanya Menimbulkan Tindakan balas

Larangan Silaan permintaan

Ya, benar, betul Kata pembenar Maka, hatta, adapun, Kata pangkal ayat syahdan Telah, sudah, pernah, Kata bantu masih, sedang, tengah, akan belum. Hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat. Amat, sangat, sekali, Kata penguat terlalu, paling, sungguh, benar, nian. -kah, -tah, -lah, juga, Kata penegas pun, hanya, memang, lagi Bukan Kata nafi tidak

Membenarkan sesuatu Menandakan kesinambungan ayat Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama.

Menguatkanmaksud suatu adjektif Menegaskan bahagianbahagian tertentu dalam ayat Menafikan sesuatu

Ialah

Kata pemeri

Memerikan

hal

atau

adalah

Di, ke, daripada, antara, Kata sendi nama untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama, bagai. Atas, bawah, sisi, Kata arah depan, belakang, hadapan, , dalam luar, samping, timur, barat. Satu, dua, Kata bilangan sepuluh, seratus, sejuta Banyak, sedikit, beberapa, semua, para Sekalian, segala, seluruh Sesetengah, separuh, dua pertiga, sepertiga Kedua-dua, bertahun, berbakul-bakul, beratus-ratus. -nya Kata penekan

merangkaikan subjek dengan predikat. Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama

Menunjukkan arah atau hala

Menerangkan atau jumlah

bilangan

-nya

Kata pembeda

Memberi penegasan bagi kata yang digandingi Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama

Kata hubung Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.

Kata hubung gabungan 1. Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya 2. Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya. 3. Contoh ayat:

i.

Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah. ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya. Dia mengelak, lantas menikam.

ii.

Kata hubung pancangan Pancangan relatif Pancangan Pancangan komplemen keterangan -menghubungkan -Menghubungkan -Kata hubung satu klausa sebagai klausa utama pancangan keterangan komplemen pada dengan klausa menghubungkan klausa satu klausa utama. klausa pancangan keterangan kepada (Kompelen klausa utama. (kecil). Hubungan ini bermaksud menggunakan kata pelengkap). -Kata hubung itu ialah: hubung yang. kerana, agar, meskipun, sekiranya, -Jadi, klausa klausa semoga, supaya, pancangan Contoh: kalau, andaikata, komplemen itu kendatipun, i. Pelajar yang melengkapkan hingga, klausa utama. berjaya itu diberi jika, jikalau, hadiah. semasa, sementara, ii. Budak yang -Kata hubung yang setelah, sewaktu, sedang membaca itu berperanan begitu sekiranya, adik perempuan ialah bahawa dan ketika, tatkala, untuk. saya. walaupun, dan sesungguhnya. iii. Buku yang dikarang oleh i. Guru tahun enam Ahmad itu buku itu menyatakan sejarah. bahawa semua i. Mereka tidak muridnya dibenarkan masuk ke mendapat enam A. stadium kerana tidak ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar. iii. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai. memiliki tiket yang sah.

iii.

Kata Kata Seru Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya. Contoh:

Wah, cantiknya kereta baru kamu! Aduh, sakitnya hatiku! Syabas, anda baru sahaja menerima RM1 juta!

Penting: Kata seru diguna sebelum klausa, dan kata seruan pada penghujung ayat, sebagai penutup ayat seruan itu. Kata Tanya Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Jika predikat didepankan, maka kata tanya hendaklah disertai oleh partikal kah. Lihat contoh-contoh berikut: Harga rumah baru kamu berapa? Berapakah harga rumah baru kamu?

Kemalangan itu berlaku bagaimana? Bagaimanakah kemalangan berlaku?

Ayat Perintah Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut: Jenis perintah Larangan Kata perintah Jangan, usah Contoh penggunaan Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis.

Silaan

Sila, jemput

Usah pergi ke sungai yang dalam airnya. Sila menjamu selera.

Permintaan

Tolong, minta

Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawin Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri. Minta bersihkan meja awak.

Kata Bantu Kata bantu hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam ayat. Kata jenis ini membantu menerangkan aspek waktu dan ragam perasaan. Kata Bantu Kata bantu aspek Memperihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan. Contohnya: telah, sudah, sedang, masih, akan, belum. Kata bantu ragam Memperihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan. Contohnya: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat.

Kata penguat Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Berdasarkan pada kedudukan ini, kata penguat terbahagi kepada tiga jenid iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Kaji contoh-contoh di bawah dengan teliti: Jenis kata penguat Hadapan kata penguat paling, terlalu, agak contoh penggunaan Awak yang paling pintar dalam kelas ini. Teknik yang awak gunakan untuk menyelesaikan rumus Matematik itu terlalu rumit.

Belakang

sekali, benar, nian

Permata yang termahal sekali diletakkan di ruangan khas itu. Tanpa kebenaran ketua, awak telah bercuti lama benar.

Bebas

amat, sangat, sungguh

Hujan lebat amat Hujan amat lebat Badang kuat sangat Badang sangat kuat Ibu letih sangat semalam. Semalam ibu letih sangat.

Kata Penegas Kata Penegeas atau partikel bertugas menekankan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Menurut fungsinya sebagai penegas, kata tugas ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau frasa apredikat. Rajah di bawah merumuskan jenis kata penegas dan penggunaannya. Jenis Kata Penegas Kata Penegas Contoh Penggunaan Siapakah yang memakai baju merah itu? Frasa predikat atau bahagian dalam predikat -kah, -tah, - lah Yang itulah murid baru sekolah ini. Apatah usaha kita menghidupkan semula pekan teater ini. Pegawai juga mesti hadir (subjek) Pegawai mesti hadir juga (predikat) Adiknya pun jurutera. (subjek) Adiknya jurutera juga (predikat)

Frasa subjek atau frasa predikat

juga, pun, hanya, lagi, memang, sahaja

Kata Nafi Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak. Kata Nafi bukan Contoh Universiti swasta itu hanya menawarkan kursus-kursus sains, bukan seperti universiti awam yang menawarkan berbilang kursus. Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell Meritokrasi tidak membebankan manamana pihak Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar langsung.

tidak

Kata Pemeri Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. ialah adalah Digunakan sebelum predikat untuk Digunakan sebelum predikat sebagai menandakan persamaan antara frasa huraian bagi frasa subjek. subjek dean frasa utama dalam predikat. Frasa predikat biasanya menjawab soalan contoh: Tindakan kerajaan menetapkan ``apakah'' mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar. Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis.

Kata Sendi Nama Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.Kata tugas lain tidak membentuk frasa Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas. Lihat contoh-contoh di bawah Sendi Nama di Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci) Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia) ke Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam) Tugas/contoh Menunjukkan tempat (di pejabat)

Menunjukkan tempat atu arah datang dari Menunjukkan waktu atau masa

Menunjukkan sasaran/ditujukan kepada Menunjukkan bahagian sesuatu Menunjukkan perubahan keadaan Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri) daripada Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga) Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen) pada Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya) Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu) untuk Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)

bagi

Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid) Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. menunjukkan tujuan

demi

menunjukkan urutan Untuk menegaskan sesuatu Menunjukkan rujukan Menunjukkan turut serta Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan

tentang

dengan Menunjukkan benda yang digunakan Menunjukkan persamaan sejak, semenjak terhadap oleh akan hingga, Menunjukkan had masa atau peringkat sampai seperti, bagai, Menunjukkan perbandingan umpama, laksana, bak Menunjukkan sebab Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif Menjadi penanda waktu atau masa Menunjukkan rujukan yang tentu Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif

Kata Bilangan Kata bilangan menerangkan bilangan atau jumlah sesuatu,. Lihat penjenisan kata bilangan seperti rajah di bawah: Jenis bilangan bilangan bilangan bilangan bilangan tentu tak tentu himpunan pecahan pisahan kata bilangan satu, dua, tiga empat... banyak semua segala kedua-dua, beratus-ratus setengah, dua pertiga tiap-tiap, masing-masing, setap

Kata bilangan biasanya berpasangan dengan penjodoh bilangan sebagai penerang kepada kata nama. contoh: Datukku berjalan dengan sebatang tongkat. Kata penekan -nya Kata penekan -nya berfungsi menegaskan kata yang digabungkan dengannya. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata Pembenda Kata -Nya adalah juga kata pembenda, yakni berfungsi menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama. Ia boleh menjadi kata adjektif dan kata kerja sebagai kata nama, misalnya: Sedihnya perasaan saya tidak dapat digambarkan. (Kata sedih ialah kata adjketif; pembeda -nya menjadikannya kata nama.

You might also like