You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tajuk Jurnal

UNIT PRAKTIKUM INSTITUT PERGURUAN KAMPUS GAYA : Ke 1 : Pertama : Minggu Pertama Di Sk Bahang

Tarikh Peristiwa / kejadian :19 23 mac 2012

Pada hari pertama saya di Sekolah Kebangsaan Bahang, saya dan guru-guru praktikum yang lain seramai 9 orang dan kesemua guru pelatih praktikum tersebut adalah dari Institut Perguruan Kampus Gaya telah melapor diri kepada Puan Hajah Zaiton Haji Usman, selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bahang. Kami telah memperkenalkan diri seorang demi seorang dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Selepas melihat dan meneliti surat tersebut, beliau telah mengucapkan selamat datang dan selamat menjalani praktikum kepada kami. Selepas beliau memperkenalkan diri kepada kami, Guru besar telah memberikan taklimat kepada kami berkaitan perjalanan praktikum fasa satu kami ini. Menurut beliau, Sekolah Kebangsaan Bahang merupakan sekolah bukan pilihan untuk menjalani praktikum kerana tidak ramai dari pelatih Institut Perguruan menjalani latihan Praktikum di Sekolah tersebut. Kami merupakan pelatih praktikum yang Ke 2 menjalani praktikum di sekolah tersebut selepas senior kami iaitu PISMP semester 6 sekarang. Taklimat yang beliau berikan berkaitan dengan : -Sejarah, peraturan dan disiplin sekolah -Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panatia, guru-ko-kurikulum, guru darjah dan Guru PK 1iaitu Puan Dorin. -Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah. Selepas kami berjumpa dengan Guru Besar, kami memperkenalkan diri kepada Puan Dorin iaitu Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Bahang. Kami telah bertanya kepada beliau apakah prosedur yang perlu kami ketahui semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bahang. Beliau memberikan kami sedikit taklimat yang berkaitan dengan prosedur praktikum kami dan beliau akan memberikan Jadual waktu yang lengkap pada keesokan harinya. Kami telah diberikan Bilik makmal sains sebagai tempat kami membuat kerja dan berehat kerana bilik guru tidak dapat menempatkan kami

disebabkan ruang bilik guru yang tidak mencukupu. Pada hari pertama kami hanya diberikan kebebasan untuk meninjau keadaan sekolah dan saya, Anneflorin Liuh serta Mohd Zahrin Salidin mengambil kesempatan tersebut untuk melihat stor Pendidikan Jasmani yang berdekatan dengan bilik koperasi sekolah. Pada hari pertama ini, kami belum diperkenalkan lagi siapa guru pembimbing kami kerana belum memperolehi Jadual waktu lagi. Pada hari kedua praktikum fasa 1 ini, kami masih belum memperolehi Jadual waktu lagi kerana Puan Dorin selaku Penolong Kanan 1tidak dapat menghadirkan diri pada ketika ini, kerana adiknya telah meninggal dunia dan atas kewajiban itu, beliau tidak dapat memberikan kami jadual tersebut. Walaupun begitu, kami cuba mencari ketenangan sebelum kami diberikan tugas yang lebih berat. Kesemua tugas mengurus prosedur guru pelatih praktikum dan PBS adalah kewajiban Penolong Kanan 1. Semua pengurusan berkaitan program ini adalah di bawah tugas beliau. Pengagihan jadual wakrtu serta pembahagian guru pembimbing juga adalah daripada penolong Kanan 1. Jadi tidak hairanlah sekiranya banyak kerja yang melibatkan urusan surat menyurat dan berkaitan sekolah masih di bawah bidang tugas penolong kanan 1. Pada hari ketiga, barulah saya dan rakan-rakan memperolahi jadual waktu daripada Puan Dorin serta Guru pembimbing sekali. Puan Dorin telah mengarahkan kami menaip semula jadual waktu yang beliau rangka supaya kelihatan kemas dan membuat salinan untuk beliau, pensyarah pembimbing kami iaitu En Hisyam dan salinan untuk Portfolio kami. Selepas memperoleh Jadual waktu, saya dan Anneflorin Liuh mengambil keputusan untuk berjumpa dengan En Awang mohammad bagi memperkenalkan diri sambil bertanya berkaitan dengan sukatan pelajaran dan setakat mana En Awang telah mengajar kelasnya supaya senang saya membuat rancangan bagi PNP saya pada hari jumaat. Pada hari keempat kami melaksanakan praktikum, kami tidak banyak melakukan aktiviti luar, namun kami diberi keutamaan untuk mengganti kelas guru yang ada kursus di luar. Pada masa yang sama juga, saya telah membuat perancangan untuk rancangan pengajaran harian saya bagi kelas tahun 5. Kelas Pendidkan Jasmani yang saya ajar bermula pada hari Jumaat selama 1 jam. Pada minggu pertama, kami dimaklumkan untuk teruskan sesi pengajaran dan

pembelajaran kerana Guru Besar kami tidak mahu sesi pengajaran dan pembelajaran tertangguh. Saya berasa sungguh gembira kerana SK. Bahang menitikberatkan pengajaran dan pembelajaran murid dan mengabaikan hal berkaitan pembelajaran murid,. Walaupun pengurusan masa agak padat namun kualiti kerja harus diutamakan. Sepanjang minggu pertama ini, banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya pelajari. Semuanya telah memberikan suntikan baru kepada saya untuk terus maju dalam bidang perguruan ini dan menjadi guru yang berdisiplin, berkewibawaan, penyabar dan yang paling utama ialah menitikberatkan nilai budi pekerti dan sopan santun. Harapan saya semoga pada minggu hadapan saya dapat membuat

penambahbaikan yang lebih baik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran saya dari aspek kawalan kelas, pengurusan masa dan kerja yang tertangguh dari Institut Perguruan Kampus Gaya.

Di semak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like