• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
1001 Kisah Teladan
 
PAHLAWAN NERAKASuatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik.Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu samalain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang kemarkas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telahberkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yangbaru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu,mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman.Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulutketika itu."Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," katasalah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab,"Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairanmendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuangdengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabatberpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu.Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantasBaginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perangbersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh.Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya keatas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terusmembenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.""Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitanakibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan denganmusuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramaiorang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinyasebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzmanada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapihanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan olehkaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalautidak kerana itu, aku tidak akan berperang."Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH
 
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangiskerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalamsebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seoranghamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telahdiperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telahbersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t.mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amattakut kepada-Mu."Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api nerakadengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelairambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada harikiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suaranyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut keranakesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "
Kamu lihat 
(padahari itu)
setiap umat berlutut 
(yakni merangkak pada lututnya).
Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya
. (Dikatakan kepadanya)
Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan
." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api nerakadengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaanapi neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akanberkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlahdiriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku,umatku."Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlahapi neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusahamenghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demihak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hakorang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibrilberkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w."Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. BerkataJibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Bagindas.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah ituRasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" MakaJibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangiskerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannyakepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izinAllah s.w.t.Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah matayang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
 
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIADalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk kedalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yangtidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelahmendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itulalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaikihimar itu, sungguh kurang adab anak itu."Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itudua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh keranatidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkanhimar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang kerumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatahmereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapanmanusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkankepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadipertimbangannya dalam tiap-tiap satu."Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku,tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalahorang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya(iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) danhilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkaraitu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGISDalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullahitu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yangpertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanyadisebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima,namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langitketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujudkepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku,sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "
 Aku membuat apa yang aku kehendaki.
" Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinyapenuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dansombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yangberlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblislaknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujudlagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

seronok baca kisah2 teladan ni... harap2 ada banyak lagi kisah yg dapt dikongsi... salam~~

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...