You are on page 1of 44

Cabaran terhadap bahasa, budaya dan agama masyarakat Portugis: Satu analisis di Perkampungan Portugis Melaka.

Pengenalan

Kajian ini merupakan kajian situasi semasa tentang bahasa dan budaya masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis Melaka. Kristang merupakan bahasa utama yang dituturkan oleh masyarakat di sini manakala, budaya yang diamalkan oleh mereka sangat unik dan berlainan dengan budaya penduduk majoriti di sekelilingnya. Kebanyakan daripada mereka pula mengamalkan ajaran agama Kristian Katolik.

Sejak berpuluh-puluh tahun masyarakat berketurunan Portugis telah menetap di Perkampungan ini. Oleh itu, berlaku proses pengaruh mempengaruhi antara masyarakat Portugis dengan masyarakat sekitarnya dari pelbagai latar bangsa dan agama. Faktor sosial dan ekonomi telah menggalakkan mereka untuk berinteraksi dengan penduduk berketurunan Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan golongan berketurunan Cina bagi urusan jual beli dan golongan Melayu untuk tujuan perbidanan dan pendidikan.

Latar belakang Komuniti Portugis

Pendudukan awal komuniti berketurunan Portugis di Melaka bermula selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Bermula dari tarikh tersebut, sedikit demi sedikit orang-orang Portugis membentuk komuniti mereka sendiri dan mengamalkan kahwin campur dengan penduduk

tempatan. Amalan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu.

Penempatan masyarakat berketurunan Portugis secara berkelompok mula dilaksanakan. Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Melaka. Idea penubuhan perkampungan ini sebenarnya telah dibangkitkan sejak tahun 1926 lagi. Pada tahun 1933, 28 ekar tanah di daerah ini telah dibeli dengan tujuan memberi bantuan membina rumah bagi masyarakat keturunan Portugis yang miskin serta mengekalkan warisan budaya masyarakat Portugis. Tanah yang berpaya telah diterangkan dan sebanyak sepuluh rumah kayu lantai tanah dan bumbung atap telah dibina.

Pada tahun 1934, perkampungan ini berjaya dibina sepenuhnya. Dua orang paderi Katolik yang bertanggung jawab dalam usaha pembinaan perkampungan ini ialah Father Alvaro Manuel Coraodo dan Father Jules Pierre Francois. Sebab itulah perkampungan ini juga dikenali dengan nama Padre Sa Chang atau Tanah paderi. Perkampungan Portugis dahulunya dikenali dengan nama Perkampungan St. John.

Pembinaan perkampungan ini juga adalah atas kesedaran kedua-dua paderi tersebut supaya penganut agama Kristian ini tidak perlu berulang-alik terlalu jauh meredah sungai dan laut untuk sampai ke gereja St. Peter. Mereka hanya pergi ke gereja yang berdekatan dengan perkampungan ini. Kedua-dua paderi ini juga meminta bantuan daripada Governor British Melaka untuk membeli tanah.

Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penduduk Perkampungan Portugis telah dijalankan.

Dalam mesyuarat pertama tersebut, nama-nama jalan di perkampungan tersebut telah ditetapkan. Selepas mesyuarat pertama tersebut, sedikit demi sedikit keluarga telah berjaya dipindahkan dan pada tahun 1935 sebanyak 10 buah rumah telah dibina di sepanjang Jalan Texeira.

Perkampungan Portugis ini diketuai oleh seorang Regedor atau Ketua kampung dan beberapa orang anak buah yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi setiap folio yang terlibat. Tugas Regedor sama seperti tugas sebagai seorang ketua kampung yang terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Mereka dibayar elaun oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada masyarakat dan tanggungjawab yang dipikul.

Di Malaysia, jumlah keseluruhan penduduk berketurunan Portugis ialah seramai 25,000 termasuk Portuguese Eurasian. Mereka bukan sahaja tertumpu di negeri Melaka sahaja tetapi terdapat juga di negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor selain negara Singapura. Bancian pada tahun 1960 mendapati bahawa bilangan penduduk berketurunan Portugis ialah sebanyak 1500 orang. Menurut Baxter (1988: 29), terdapat lebih kurang 1300 orang yang terdapat di perkampungan ini.

Panggilan orang Portugis: Orang grago, serani, dan Eurasian

Orang Portugis dikenali sebagai orang Serani oleh penduduk setempat terutamanya orang Melayu merujuk kepada agama Nasrani yang dianuti oleh orang Portugis. Gragoh pula bermaksud geragau iaitu udang kecil yang biasa ditangkap oleh nelayan berketurunan Portugis.

Lama kelamaan nama gragoh ini sesuai dengan merujuk kepada penduduk berketurunan

Portugis.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa kesinambungan bahasa, agama dan budaya golongan berketurunan Portugis ini berterusan semasa pemerintahan Belanda dan Inggeris. Semasa pendudukan Inggeris, golongan ini mula dikenali sebagai Eurasian.

During the British rule, the Malay Portuguese community started being called Eurasians. The two expressions are going to be used as synonyms because the Portuguese community had assimilated the Dutch descendants who had accepted the Portuguese customs, the Catholic religion and the Portuguese language. (Muzzi, 2002:43-44)

Daus (1989:19) juga mempunyai pendapat yang sama tentang istilah Eurasian dan istilah ini lebih kerap digunakan berbanding dengan istilah Portugis.

It is not by accident that the name Portuguese is used less frequently in official statements nowadays than the term Eurasians of Portuguese origin. The new term suggests not only a racial mixture of Europe and Asia but also a special mixed culture which is the sum total of cultures inherited from both continents.

Walaupun mereka mempunyai nama berbeza tetapi istilah tersebut merujuk kepada masyarakat yang sama, iaitu keturunan Portugis yang mendapat taraf bumiputera di negara ini.

Objektif Kajian

1. Melihat pengaruh bahasa dan budaya Portugis dalam masyarakat Melayu

2. Mengupas pengaruh bahasa dan budaya Melayu terhadap bahasa dan budaya masyarakat Portugis di sini

3. Mengenal pasti pengaruh bahasa dan budaya masyarakat lain dalam masyarakat berketurunan Portugis

Soalan Kajian

1. Apakah unsur-unsur bahasa dan budaya Kristang yang terdapat dalam masyarakat Melayu?

2. Apakah unsur-unsur bahasa dan budaya Melayu yang terdapat dalam masyarakat berketurunan Portugis?

3. Adakah bahasa Kristang akan bertahan sebagai bahasa minoriti di negara ini

Sorotan Kajian

Kewujudan golongan minoriti berketurunan Portugis di Melaka telah menyebabkan Melaka merupakan negeri yang unik berbanding dengan negeri-negeri yang lain di negara ini. Keunikan ini terbukti kerana golongan minoriti ini masih masih bebas mengamalkan bahasa, agama dan budaya mereka tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Kajian tentang bahasa Kristang secara serius telah dikaji oleh Baxter (1984) melalui tesis Phd beliau dan kemudian diterbitkan pada tahun 1988 dengan tajuk A grammar of Kristang. Kajian menyeluruh mengenai aspek tatabahasa Kristang termasuk sistem vokal dan konsonan bahasa ini telah dapat

dikenal pasti. Berdasarkan kajian beliau sebanyak 6 vokal dan 19 konsonan dalam bahasa Kristang.

Kajian tentang budaya masyarakat Portugis atau Kristang pula telah dikaji oleh Sarkissian (1995) dan Nunes (2001) terutamanya berkaitan dengan lagu tradisi dan tarian tradisional. Sarkissian (1995) menumpukan kepada identiti dan ciri-ciri etnik Portugis di

Perkampungan Portugis. Kajian beliau telah menunjukkan bahawa etnik minoriti ini masih mengekalkan ciri-ciri budaya mereka yang tersendiri terutamanya melalui lagu yang popular iaitu Jingkli Nona dan juga tarian. Tarian joget Melayu juga dikatakan mempunyai persamaan dengan tarian branyo yang popular di kalangan orang Portugis di sini.

Metodologi kajian

Data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada kajian lapangan yang telah dijalankan di Perkampungan Portugis. Kajian lapangan dilakukan untuk mendapat data bahasa Kristang yang berupa penyenaraian kata berdasarkan golongan kata tertentu.

Beberapa teknik telah digunakan dalam kajian ini, iaitu teknik pemerhatian, temu bual dan rakaman. Berdasarkan teknik pemerhatian, rakaman berdasarkan perbualan di kalangan penduduk setempat. Rakaman perbualan aktiviti-aktiviti seharian adalah seperti di pasar, di restoran dan di muzium.

Teknik temu bual pula dilakukan dengan memilih informan di kalangan penduduk di sini. Kemudian sebutan perkataan demi perkataan bagi setiap kata bahasa Kristang.

Bahasa, budaya dan agama masyarakat Portugis mempengaruhi masyarakat majoriti

Tiga bahasa utama yang digunakan oleh penduduk di sini ketika berkomunikasi, iaitu Kristang atau Kreol Portugis Melaka (KPM), bahasa Inggeris (BI) dan bahasa Melayu (BM). Berdasarkan pemerhatian pengkaji, bahasa Kristang digunakan dalam urusan seharian seperti dalam domain jual beli, perkerjaan, keluarga, kejiranan, persahabatan, hiburan dan keagamaan.

Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa asing terpenting menjadi lebih dominan dan merupakan saingan bahasa Kristang. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara digunakan semasa berkomunikasi dengan tetamu/pelawat, sahabat dan jiran tetangga.

Semenjak penjajahan Portugis pada abad ke-16 lagi, bahasa Kristang terus bertahan dan mengalami beberapa persaingan daripada bahasa-bahasa lain. Terdapat tiga peringkat yang telah dilalui oleh bahasa Kristang, iaitu peringkat pemeliharaan bahasa (language maintanence) di mana penduduk di sini sejak pemerintahan Belanda dan British menggunakan bahasa ini ketika

berkomunikasi satu sama lain. Peringkat kedua ialah peringkat anjakan bahasa (language shift)

iaitu bahasa ini mengalami persaingan dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris sangat dominan terutamanya semasa pemerintahan British dan ramai daripada mereka yang berpendidikan Inggeris.

Bahasa Kristang juga mengalami persaingan dari bahasa Melayu terutamanya selepas merdeka. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi. Penduduk Tanah Melayu selepas merdeka memerlukan satu bahasa yang dapat menyatukan pelbagai etik, budaya dan bahasa. Jadi bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan bagi memupuk identiti dan perpaduan kebangsaan di kalangan rakyat (Asmah Haji

Omar, 1979: 13). Penubuhan sekolah menengah aliran Melayu pada 1958 telah mengangkat

martabat bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah bermula pada

1960. Seterusnya, bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pengantar, penyediaan kurikulum dan peperiksaan awam di sekolah-sekolah (Gill, 2003:146). Peristiwa-peristiwa tersebut telah menyebabkan ramai penduduk keturunan Portugis yang mempunyai pendidikan aliran Inggeris dan Melayu dan dengan itu penggunaan bahasa Kristang mula berkurangan.

Peringkat ketiga ialah peringkat anjakan bahasa patah balik (riversing language shift) di mana bahasa ini mengalami pemeliharaan semula (Asmah Haji Omar, 2006:17) Pemeliharaan ini adalah atas kesedaran komuniti Portugis sendiri. Terdapat program-program pemeliharaan bahasa Kristang yang dijalankan oleh mereka yang mahir dengan bahasa tersebut. Salah seorang daripada mereka ialah Joan Margaret Marbeck yang cuba menghidupkan kembali penggunaan bahasa ini di kalangan orang muda terutamanya pelajar. Beberapa sekolah telah dipilih ialah SMK Convent Canossa, SMK St. Francis, Sekolah Menengah Padang Temu dan SMK Convent Infant Jesus. Antara contoh aktiviti yang beliau lakukan ialah kelas bahasa, pertandingan membaca puisi, drama, tarian dan sebagainya dengan kerjasama syarikat swasta. (New Straits Time: Julai 2007).

Sesetengah nama tempat di Melaka mendapat merupakan pengaruh bahasa Kristang. Contohnya ialah Tengkera, Banda Kaba, Bukit Senjuang dan Praya Lane. Tengkera dalam bahasa Portugis Standard bermaksud kawasan yang selamat. Kawasan Tengkera yang ada sekarang ini dahulunya merupakan pintu masuk bagi orang luar.

Pengaruh budaya Portugis

Masyarakat Portugis sentiasa ceria dan gembira dalam menjalani kehidupan seharian. Kegembiraan mereka dapat diluahkan melalui tarian, muzik dan juga lagu-lagu yang dinyanyikan. Berhubung dengan tarian Portugis, ia ada kaitan dengan sejarah pemerintahan Portugis di sini. Pengaruh kuat tarian Portugis ini telah meresap ke dalam tarian Melayu seperti

yang dapat kita lihat dalam tarian Joget.

Pengaruh bahasa dan budaya Melayu ke atas masyarakat Portugis

Pengaruh bahasa

Pengaruh perkataan Melayu dalam bahasa Kristang dapat dikategorikan kepada beberapa jenis kata seperti kata nama, kata sifat dan kata kerja dan kata supraayat (Lihat lampiran 1: Senarai kata bahasa Melayu dalam bahasa Kristang).

1) Kata nama

Kata nama boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kata nama kumpulan

(hiponim), kata nama ukuran dan kata nama gandaan.

a) Kata nama kumpulan seperti kumpulan binatang, buah, sayur-sayuran dan kenderaan

Kata nama binatang: blakas (belangkas), ampeh (ampai-ampai), caci (cacing), cica

(cicak),

Kata nama sayuran : botor (kacang botor), kaladi (keladi), lkuas (lengkuas), kaca

(kacang)

Kata nama buah: jambu (jambu), maga (mangga), rambutan (rambutan)

Kata nama badan: tngkoh (tengkuk), siku (siku), dagu (dagu), ktiyah (ketiak)

Kata nama kenderaan: toka (tongkang), praw (perahu)

b) Kata nama ukuran ialah seperti ganta (gantang), inci (inci), kati (kati)

c) Kata nama gandaan

Kata nama gandaan boleh merupakan kata gandaan seluruh kata, kata gandaan suku kata pertama dan juga kata gandaan berima (Asmah Haji Omar, 2008:56). Walau bagaimanapun, kata nama gandaan dalam bahasa Kristang lebih merujuk kepada makna jamak dari segi jumlah dan jenisnya seperti albi-albi (pokok-pokok), macu-macu (budak-budak) dan gali a-gali a (ayam-

ayam). Kata guru-guru pula merujuk kepada bunyi guruh sabung menyabung. Selain itu, terdapat kata gandaan yang sama seperti bahasa Melayu yang merujuk kepada binatang, iaitu laba-laba (labah-labah).

2) Kata sifat

Kata sifat adalah subgolongan dari golongan kata karyaan dan mempunyai fungsi dalam

ayat yang sama denga kata kerja tak transitif, iaitu kedua-duanya tidak mengambil objek (Asmah Haji Omar, 1993: 130). Kata sifat juga dikenali sebagai kata yang menerangkan kata nama (Asmah Haji Omar, 2008: 112).

Antara contoh kata sifat yang berasal dari bahasa Melayu ialah kata sifat indera bau seperti amis (hamis), kata sifat indera pandang seperti kacah (kacak), kata sifat indera sentuh seperti tompol (tumpul), kata sifat kognisi seperti jinadu (jinak), kata sifat kuasa tenaga seperti brani (berani) dan a utu (hanyut).

3) Kata kerja

Kata kerja ialah kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat Subjek-Predikat-(Objek)(Ajung) (Asmah Haji Omar, 1993: 81). Kata kerja dalam bahasa Melayu mempunyai kemungkinan untuk menjadi kata kerja berlapis dan kata kerja majmuk (Asmah Haji Omar, 2008:89).

10

Antara contoh kata kerja dapat dikenal pasti berasal dari bahasa Melayu ialah seperti

aluh

(halau, menghalau), cubah (cuba, mencuba) dan ktoh (ketuk, mengetuk).

4) Kata supraayat

Kata supraayat ialah kata yang penggunaannya hanya jelas dalam hubungan antara ayat (Asmah Haji Omar, 1993: 148). Antara contoh kata supraayat bahasa Kristang yang berasal dari bahasa Melayu yang dapat dikenal pasti ialah seperti pon (pun) dan seja (sahaja).

Pengaruh pantun Melayu

Pantun. Jika kita perhatikan struktur lagu dalam bahasa Kristang, lagu tersebut menyamai pantun yang mempunyai rima akhir a,b,a,b. Ini menunjukkan bahawa penduduk keturunan Portugis di sini sudah terdedah dengan irama pantun Melayu sejak dahulu lagi. Contohnya ialah seperti lagu Jingkli Nona seperti di bawah (Lampiran 2 untuk lirik penuh):

Jingkli-nona, Jingklinona yo kereh kazah (2x)

Kaza nteh porta

nteh kai logu pasah. (2x)

Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

Jingkli-nona, Jingkli-nona yo kereh andah, (2x) Raskundeh o mia nona

pra mandah kung yo santah. (2x)

Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

11

Walau bagaimanapun, orang-orang Portugis terutamanya orang tua-tua bijak berpantun sama ada semasa menyanyi, pantun dondang sayang atau pantun dalam upacara merisik. Pantun biasa digunakan semasa upacara merisik di mana pihak rombongan lelaki datang ke rumah pihak perempuan untuk menyampaikan hajat meminang anak gadis. Pihak lelaki dan perempuan akan berbalas-balas pantun. Jika tidak berpantun, mereka akan cuba berkias-kias.

Pengaruh budaya Melayu

Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, jururawat dari hospital akan datang untuk memeriksa kesihatan bayi mungkin untuk beberapa minggu. Jika tidak ada apa-apa masalah, selepas pantang pihak keluarga akan mencari bidan kampung yang dipanggil daya untuk mengurut ibu-ibu, memakaikan bengkung, bedak dan sebagainya.

Bidan Melayu yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai jururawat biasanya akan dipanggil dengan bayaran lebih kurang RM 120.00 seminggu. Ibu-ibu selepas bersalin perlu berpantang. Oleh kerana bidan yang merawat ialah orang Melayu maka cara berpantang juga adalah seperti adat orang Melayu. Cara mereka berpantang adalah sama seperti orang Melayu

seperti memakai bengkung, berpupuk, makan makanan yang berebus dan biasa meletakkan halia

dalam makanan untuk membuang angin dalam badan. Mereka pantang terkena air sejuk. Jadi, hal-hal penjagaan anak seperti mandi akan diuruskan oleh orang lain seperti daya. Ibu, adik beradik dan saudara terdekat hanya membantu urusan-urusan lain.

12

Kesimpulan

Secara amnya komuniti Portugis di Perkampungan Portugis yang telah dibincangkan di atas dapat dijelaskan berdasarkan pengaruh bahasa dan budaya. Perbincangan tentang perkaraperkara tersebut dapat memberikan kita pengetahuan tentang etnik Portugis di sini. Pengetahuan ini penting dalam usaha untuk memahami penggunaan bahasa dan ciri-ciri kebahasaan di perkampungan ini. Berdasarkan kajian pengaruh bahasa Melayu dalam bahasa Kristang, sebanyak 107 patah perkataan telah dapat dikenal pasti.

Penerapan budaya dari luar seperti Melayu dan Cina telah mengakibatkan berlakunya evolusi dalam budaya Portugis seperti yang tergambar dalam kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adanya organisasi dan hubungan sosial serta kesenian membolehkan tradisi, dan identiti budaya Portugis dapat dikekalkan dan dipelihara. Penerimaan budaya Portugis Melaka dalam budaya Melayu pula dapat kita lihat seperti yang tergambar dalam tarian Joget. Hubungan budaya komuniti Portugis dengan budaya Melayu dan Cina menyebabkan berlakunya asimilasi budaya.

Dalam upacara-upacara keagamaan, kepercayaan, adat, pantang larang, perayaan dan pesta yang dijalankan di sini telah dapat memperlihatkan pengukuhan lambang etnik Portugis sebagai penganut agama Kristian Katolik.

Dapat kita katakan bahawa penduduk di sini masih mengekalkan ciri-ciri semiotik iaitu bahasa Portugis, budaya Portugis dan agama Kristian Katolik. Sistem semiotik seperti yang

13

dijelaskan oleh Asmah Hj. Omar (2006: 6) ialah Sistem yang menggunakan lambang-lambang

dalam menggambarkan fikiran, kepercayaan, cita-cita dan cara hidup manusia.

14

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1979. Language planning for unity and efficiency: a study of the language status and corpus planning of Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________, 2006. Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________, 2008. Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa Yang Baik Dan Betul, Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Baxter, Alan. N, 1984. Kristang (Malacca Creole Portuguese). Tesis kedoktoran,

Australian National University.

_____________, 1988. A Grammar of Kristang (Malacca Creole Portuguese). Department of

Linguistics, Research School of Pacific Studies, Australian National University.

Daus, Ronald. 1989. Portuguese Eurasian Communities in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Gill, Saran Kaur. 2003. Medium-of-Instruction Policy in Higher Education in Malaysia: Nationalism Versus Internationalization, dalam Medium of Instruction Policies: Which Agenda? Whose Agenda, TOLLEFSON, James, W., e TSUI, Amy, Lawrence Erlbaum Associates Publishers, Mahwah, New Jersey, London, pp. 135-152.

Muzzi, Geraldo Alfonso. 2002. The Portuguese in the Malay land: a glossary of Portuguese words in the Malay language. Malaysia: Geraldo Alfonso Muzzi Publisher.

Sarkissian, Margaret. 1995. Press"Sinhalese Girl" Meets "Aunty Annie": Competing Expressions

of Ethnic Identity in thePortuguese Settlement, Melaka, Malaysia, in Asian Music, Vol.

27, No. 1 (Autumn, 1995 - Winter, 1996), pp. 37-62, University of Texas Press.

15

Nunes, Mario. 2001. Portuguese folklore sung by Malaccan kristang groups and the issue of decreolization, in Jurnal Bahasa Moden, Volume 13.

Rujukan Akhbar

New Straits Time: Julai 2007

16

Lampiran 1

Senarai kata bahasa Kristang dalam bahasa Melayu mengikut golongan kata

Kata nama

ama hama amoku amok ampas hampas

ampeh ampai-ampai bakah baka bangsal bangsal bndi bendi bibingka bingka bisol bisul

blacan belacan blakas belangkas bokaras buah keras botor kacang botor buya buyong

caci cacing

chakol cangkul

cica cicak

cincaloh cencalok

cincaw cincau

cinchorot cencurut

cubeh cubit

17

cupa cupak dabi dawai dagu dagu damar damar

daya dayah inang/pengasuh dodol dodol

duyo duyung gala galah ganta gantang gayo gayung gla gelang goni guni gragoh geragau gudang gudang

guru-guru guruh sabung menyabung ikal ikal

inci inci jambu jambu

jantung jantung pisang kaca kacang

kaja kajang (tikar) kaladi keladi kanda kandang kati kati

18

kra kerang

ktiah ketiak

kuwaci kuaci

kudidi kedidi

kuta kutang

laba-laba labah-labah

la helang

laoh lauk

laras laras

lkuwas lengkuas

maga mangga

masa-masa masak-masak, bermain masak-masak pagar pagar

para parang piga

pinggang piri piring praw perahu pulut pulut rabana rebana rba reban saro sarung sat sengat sreh serai siku siku

19

siput siput siseh sisir suwasa suasa suku suku surami serambi tkoh tengkuk tete tetek

to tong tokah tongkat

toka tongkang tonto tuntung

Kata sifat

amis hamis

brani berani

jinadu jinak

kacah kacak

koso kosong

tompol tumpul

Kata kerja

aluh halau (menghalau)

cakol mencangkul

cubah cuba (mencuba)

20

cubeh cubit (mencubit) elah elak (mengelak) iris hiris (menghiris) jadi jadi (menjadi) kacoh kacau (mengacau) ktoh ketuk (mengetuk) koreh korek (mengorek) kukus kukus (mengukus)

kunyal kunyah (mengunyah) lagah langgar (melanggar) latah latah

le eh lenyek (melenyek) rabah raba (meraba) tampal tampal (menampal) tolah tolak (menolak)

Kata partikel

lah lah

Kata supraayat

pon pun

seja sahaja

Lampiran 2

21

Jingkli-nona, Jingkli-nona

Jingkli-nona, Jingkli-nona yo kereh kazah (2x)

Kaza nteh porta

nteh kai logu pasah. (2x)

Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

Jingkli-nona, Jingkli-nona yo kereh andah, (2x) Raskundeh o mia nona

pra mandah kung yo santah. (2x)

Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

Jingkli-nona, Jingkli-nona yo podi saportah, (2x) Kontu bibeh kung lembransa fasal bida logu pasah. (2x)

Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

Jingkli-nona, Jingkli-nona nang fikah midu, (2x)

Yo kuntenti mutu

nang podi fikah saltadu. (2x)

Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

22

You might also like