You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR JALAN TANJUNG SEKAKAP, , 86800 MERSING, JOHOR No tel: 07-7998550 No Fax: 07-799848

KERTAS KERJA HARI PENCEGAHAN JENAYAH SK KEM ISKANDAR


TARIKH PERLAKSANAAN 26 SEPTEMBER 2012 SASARAN: CERAMAH: SEMUA MURID TAHAP 2 ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS DAN 3K/KESELAMATAN DENGAN KERJASAMA KELAB CEGAH JENAYAH

PENGENALAN PENCEGAHAN JENAYAH Kejadian jenayah merupakan ancaman yang menggugat keselamatan pelajar dan warga sekolah. Pelajar tidak seharusnya terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlu diberi penerangan sewajarnya mengenai jenayah. Kejadian jenayah boleh menyebabkan kematian, kecederaan atau hilang fungsi anggota badan atau gangguan emosi yang berat. PENCEGAHAN MASALAH PONTENG Ponteng adalah di antara musuh utama kemerosotan prestasi akademik murid. Kesan dan pengaruh negatif ponteng perlu didedahkan kepada murid sekolah rendah sejak awal lagi. Ini kerana murid-murid sekolah rendah masih belum matang mempunyai naluri ingin tahu dan sikap terikut-terikut serta terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Senario ini tidak selamat dan ada kemungkinan untuk terjebak dalam amalan negatif yang lain seperti kejadian merokok, pengaruh buruk rakan, merosakkan harta benda awam dan kes-kes buli serta lain-lain lagi . MATLAMAT Pelajar perlu mengenalpasti keadaan , tanda-tanda dan orang yang terlibat dengan jenayah .Jenayah yang berlaku secara langsung dan tidak langsung perlu diberi perhatian supaya pelajar terselamat dari menjadi mangsa jenayah.

Diharapkan murid-murid sekolah rendah sekolah ini memahami risiko dan bahaya ponteng, buli, rokok dan semua aktiviti yang tidak sihat . Semoga dengan ini mereka tidak akan tertarik untuk mendekati amalan merokok yang membawa kepada penyalahgunaan dadah. Dengan itu dadah akan menjadi musuh dan perkara yang paling digeruni serta murid-murid ini tiada kemungkinan langsung untuk dpengaruhi dan didekati oleh amalan penyalahgunaan dadah.

OBJEKTIF 1. Menyemai sahsiah terpuji dengan menjauhi amalan berunsur jenayah. 2. Mengenalpasti jenis-jenis jenayah , individu dan persekitaran yang terlibat. 3. Mengenalpasti perkara yang berlaku semasa kegiatan jenayah serta pencegahannya. 4. Penyediaan jenayah. 5. Mendedahkan bahaya dan risiko amalan penyalahgunaan yang merosakkan gaya hidup. 6. Memberi input jenis-jenis dadah dan kesan-kesannya kepada tubuh badan. 7. Menanamkan sikap sentiasa bertingkahlaku baik dan berwaspada supaya tidak terjebak dengan najis dadah. 8. Memberi kerjasama kepada masyarakat untuk membenteras amalan penyalahgunaan dadah. diri untuk membenteras dan mengelakkan amalan

Tarikh Perlaksanaan:26 September 2012 Sasaran: Murid-murid tahun 4-6 SK Kem Iskandar (245 orang)

Tema: Hidup Cemerlang Tanpa Jenayah dan Dadah

ATURCARA PROGRAM SEPANJANG HARI SEKOLAH SELAMAT Isnin * 26 September 2012 7.30 pagi 8.20 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi - Perasmian Hari Sekolah Selamat - Ucapan Pendahuluan - Ceramah Katakan Tidak Pada Buli Oleh Guru Bimbingan - Rehat

10.30-11.30 - Ceramah Jenayah (Gejala Ponteng) oleh pegawai Polis 11.30 pagi - Penyampaian cenderamata - Pameran Polis (bergilir mengikut kelas) - Penyampaian cenderamata

ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Makan & Minum pelajar RM1.50 X 245 orang = RM367.50 (Sumber kewangan Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar) 2. Makan & Minum Penceramah (RM 4 x 5 orang) = RM 20.00 (Sumber PIBG SK Kem Iskandar) 3. Cenderhati kepada Penceramah (RM50 X 2 orang ) = RM 100.00 (Sumber PIBG SK Kem Iskandar) JUMLAH: RM487.50 Sumber : Peruntukan Kewangan Sekolah Kebangsaan SK Kem Iskandar Jumlah Perbelanjaan: RM 367.50

JAWATAN KUASA PENASIHAT En Zulkefli bin Mohd Amin (Guru Besar) PENGERUSI Pn Yuzani bt Abd.Khalid (GPK HEM) NAIB PENGERUSI En Ahmad Tahshim bihn Salle(GPK 1) SETIAUSAHA En A.Murat bin Abd.Rani PENOLONG SETIAUSAHA Pn Zanariah bt Mohd Said Penyelaras / Juruacara En Mohd Haza bin Hamsi

KAWALAN MURID Guru Tahun 4,5,6 yang terlibat pada waktu P&P PERSIAPAN TEMPAT En Khairul Asmadi bin Abu Bakar En Abd.Razak bin Hussien SIARAYA/LCD En Mohd Sallehuddin b. Ramli CENDERAMATA Pn Siti Fatimah bt Mahmud JAMUAN Pn Siti Sara bt Mustafa

PENUTUP Diharapkan dengan aktiviti ini dapat menyedarkan murid tentang keburukan melakukan jenayah dan kesan najis dadah kepada diri sendiri, masyarakat dan keluarga. DISEDIAKAN OLEH,

________________________________________ (A.MUART BIN ABD.RANI) GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK KEM ISKANDAR

DISAHKAN OLEH

______________________________________ (ZULKEFLI BIN MOHD AMIN) GURU BESAR SK KEM ISKANDAR

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR JALAN TANJUNG SEKAKAP, 86800 MERSING JOHOR DARUL TAKZIM No Tel/Fax : 077998550 ______________________________________________________________________ Ruj. Tuan : Ruj. Kami : JBA4032/100-19/6/1 Tarikh : 27 Ogos 2012 Kepada: KETUA BALAI POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH MERSING Tuan, JEMPUTAN CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH SEMPENA HARI CEGAH JENAYAH SKKI 2012 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah: i) Ceramah mengenai pencegahan jenayah. ii) Pameran iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut cegah jenayah iv) Cenderamata untuk murid-murid v) 3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada: Tarikh : 26 September 2012 (Rabu) Masa : 8 pagi Tempat: Dewan Sri Perkasa Sasaran: Tahun 4 hingga 6 (245 org) Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Saya yang menurut perintah, . ZULKEFLI BIN MOHD AMIN Guru Besar SK Kem Iskandar.

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR JALAN TANJUNG SEKAKAP, 86800 MERSING JOHOR DARUL TAKZIM No Tel/Fax : 077998550 ______________________________________________________________________ Ruj. Tuan : Ruj. Kami : JBA4032/100-19/6/1 Tarikh 27 Ogos 2012 Kepada: Kaunselor Pentadbir Pejabat Pelajaran Daerah Mersing Tuan, Ceramah Katakan TIDAK pada Buli Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah: i) Ceramah mengenai bahayanya Buli. ii) Pameran Pencegahan Jenayah iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut anti Cegah Jenayah 3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada: Tarikh : 26 September (Rabu) Masa : 8.00 pagi Tempat: Dewan Dewan Sri Perkasa Sasaran: Tahun 4 -6 (245 org)

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, . ZULKEFLI BIN MOHD AMIN Guru Besar SK Kem Iskandar.

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR JALAN TANJUNG SEKAKAP, 86800 MERSING JOHOR DARUL TAKZIM No Tel/Fax : 077998550 ______________________________________________________________________ Ruj. Tuan : Ruj. Kami : JBA4032/100-19/6/1 Tarikh : 27 Ogos 2012 Kepada: KETUA BALAI POLIS IBU PEJABAT POLIS DAERAH MERSING Tuan, KEMPEN CEGAH JENAYAH (OPS PONTENG) Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini adalah: i) Ceramah mengenai Ponteng ii) Pameran Jenayah iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut Kelab Cegah Jenayah iv) Cenderamata untuk murid-murid v) 3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada: Tarikh : 26 September 2012 (Rabu) Masa : 8.10.00-11.00 pagi Tempat: Dewan Sri Perkasa Sasaran: Tahun 4-6 (245 org) Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ........ ZULKEFLI BIN MOHD AMIN Guru Besar SK Kem Iskandar.

You might also like