Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jerebu

Jerebu

Ratings:

4.75

(4)
|Views: 5,138 |Likes:
Published by nurreyes
menerangkan mengenai jerebu,punca dan kesan-kesan daripada jerebu secara ringkas.juga dilengkapi dengan kajian kes.harap dapat membantu!!
menerangkan mengenai jerebu,punca dan kesan-kesan daripada jerebu secara ringkas.juga dilengkapi dengan kajian kes.harap dapat membantu!!

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: nurreyes on Mar 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/12/2013

pdf

text

original

 
 Jerebu
 Jerebu merupakan fenomenaatmosferayang berlaku apabila debu, asapdan zarahpencemaranlain mengaburi pemandangan langit. Jerebuadalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadiataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Apabilazarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburandan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahayamatahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannyaakan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.danmenyumbang kepada masalah pernafasan. Jerebu tebal dikenali sebagaiasbut. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan padasatu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepadaindividu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasanbandar. Dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu biasanyakelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putihsepertiasap.Jerebu merupakan satu masalah biasa diAsia Tenggara  akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal.
Punca
Kebakaran hutanKebakaran gambutPembakaran terbukaAsap perindustrianAsap kenderaan
Kesan-Kesan Jerebu
Kesihatan
Karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habukdan logam mengancam kesihatan manusia terutamanya golongankanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapipenyakit-penyakit tertentu seperti asthma, alahan, pneumonia dan
 
penyakit paru-paru. Namun begitu,individu yang sihat turutberpotensi untuk medapat penyakit berpunca daripada jerebu.
Aktiviti Harian
Aktiviti seharian manusia tersekat,begitu juga dengan aktiviti luarseperti sukan olahraga dan pertanian.
Sektor Ekonomi
Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia turut menjejaskansektor ekonomi negara terutamanya industri pelancongan yangmerupakan antara punca pendapatan yang berpotensi di Malaysia.Industri ini terjejas teruk kerana para pelancong bimbang dengankeselamatan mereka dalam keadaan jerebu.
Alam sekitar 
 Jerebu yang teruk boleh menjejaskan pemandangan alamsekitar.Akibat daripada habuk-habuk yang menutupi daun dan dahanpokok, proses fotosintesis tersekat sekaligus membantutkanpertumbuhan pokok.
Keselamatan
 Jerebu yang tebal juga mengancam keselamatan terutamanya kepadapemandu kenderaan di mana tahap penglihatan yang terhadmenyukarkan pemandu memandu kenderaan yang mana keadaan iniberpotensi untuk menyebabkan kemalangan.
Kajian kes
 Jerebu yang melanda Asia Tenggara pada Jun-Oktober 1997 merupakan jerebu paling teruk pernah di alami di kawasan ini dalam sejarah.Iameninggalkan kesan buruk terbesar dalam sejarah pencemaran alamsekitar. Jerebu 1997 ini berpunca daripada pembakaran hutan diKalimantan dan Sumatera, Indonesia.Dianggarkan 750,000 hektar hutan terbakar. Kerugian ekonomi baginegara-negara terbabit seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei,sebahagian Thailand dan Filipina bukannya sedikit. Semua sektorpengangkutan udara, darat dan air, pembinaan, pelancongan,perhutanan dan pertanian telah terjejas teruk.Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak 34 bilion ringgit dari sektorpertanian dan perlancongan sahaja. Ini tidak termasuk lain-lain sektor.Kesihatan manusia juga telah terjejas, dianggarkan lebih 20 juta
 
penduduk di rantau ini dikatakan mengalami penyakit berkaitanpernafasan sepanjang kejadian itu.Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya semuapusat perubatan bersiap sedia berikutan ramai penduduk datangmendapatkan rawatan. Fenomena ini telah berlanjutan beberapa lamasehinggalah usaha pembenihan awan terpaksa di lakukan bagimengurangkan partikel jerebu dari udara. 
Langkah mengatasi
Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulangsemula, kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskanbeberapa peraturan yang harus diikuti oleh semua warganegara Malaysia.
Larangan Pembakaran Terbuka
Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbangutama kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka jugaboleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.
Pembenihan Awan
Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telahmelanda negara. Kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untukmendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi,titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupunais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Aiskristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti,ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cairakibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantukeadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi
.
Kempen Hijau
Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakanpenanaman pokok di rumah, pejabat, sekolah mahupun di tempatmembelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbondioksida di udara.
Perjanjian antara negara
Akibat jerebu yang teruk pada September1997, 7 anggota ASEANtelah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu MerentasSempadan (
ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution 
) padatahun 2002.

Activity (1)

You've already reviewed this. Edit your review.
maddison12 liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Nik Norlizaini liked this
Mike Toyman added this note
terima kasih utk maklumat ini....
Muhammad Afiq Akram added this note
thank you f0r the 'maklumat'!!!!!!!!!!1huhuhuu
q i n t h liked this
Munirah Ila liked this
q i n t h liked this
q i n t h liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->