You are on page 1of 1

9.

0 KESIMPULAN
Dalam tugasan Gerko Permainan Bola Tampar ini, banyak perkara yang berkaitan dengan permainan bola tampar yang sebelum ini pelajar tidak mengetahui dan diperoleh maklumat mengenainya. Pelajar dapat mengetahui sejarah permainan bola tampar atau asal usul permainan bola tamapr yang wujud. Selain itu, pelajar dapat mengetahui nama-nama lain bagi permainan bola tampar yang lebih khusus dari Negara lain kerana setiap negara mempunyai nama yang berlainan.

Disamping itu, pelajar dapat mengetahui persatuan yang pertama ditubuhkan dalam permainan hoki dan mengendalikan permainan bola tampar di seluruh dunia.. Peraturan-peraturan permainan bola tampar yang perlu diketahui dan dipatuhi oleh semua pemain bagi memudahkan ketika bermain. Pelajar turut dapat mengetahui mengenai peraturan yang telah ditetapkan oleh persatuan dan diseragamkan bagi memudahkan perlawanan.

Pelajar dapat mengetahui kemahiran asas yang perlu ada pada pemain dan pelajar dapat mempelajari kemahiran tersebut untuk memudahkan ketika bermain bola tampar. Banyak kemahiran yang dapat diketahui dan dipraktikkan. Antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain itu adalah seperti mengga, merejam, menghadang dan membuat servis ketika bermain bola tampar. Pelajar dapat mengetahui cara-cara bermain atau mempelajari kemahiran asas permainan bola tampar dengan lebih muda kerana dalam tugasan permainan bola tampar ini telah disediakan dengan gambar rajah cara bermainnya.

44

You might also like