You are on page 1of 1

Rangkaian komputer merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara

satu sama lain melalui sistem pengoperasian seperti berkongsi aturcara, data dan perkakasan walaupun berada dalam kedudukan yang berbeza. Kepentingan rangkaian computer 1. Perkongsian Melalui perkongsian pengguna boleh mendapatkan pelbagai manfaat untuk memudahkan kerja seharian. Pengguna boleh melakukan perkongsian data, penyalinan dan penghantaran perisian serta fail dapat dilaksnakan secara talian. Perkongsian juga membolehkan beberapa komputer menggunakan perkakasan yang sama seperti pencetak, faks dan pengimbas. 2. Komunikasi Memudahkan para pengguna untuk berhubung antara satu sama lain seperti penggunaan telefon, e-mail, chat dan sebagainya. Komunikasi antara pengguna dapat dilakukan tanpa sempadan walaupun berada di tempat-tempat yang berlainan. 3. Internet Penggunaan internet berupaya untuk menghubungkan pengguna komputer dari merata pelusuk dunia seperti laman web social. Dengan hanya melayari internet masyarakat boleh mendapatkan pelbagai maklumat sama ada dalam atau luar Negara. Selain itu, turut digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada seluruh masyarakat di dunia dan segala maklumat yang mereka inginkan dapat diperolehi dalam jangka masa yang singkat. 4. Permainan Penggunaan rangkaian komputer membolehkan pengguna bermain bersama rakan-rakan walaupun berada di tempat yang berbeza.

You might also like