Justeru, satu lagi model pengurusan moden sudah dibentuk ke arah mementingkan kesejahteraan pekerja. Pengurusan moden juga memberi penekanan kepada nilai sejagat atau pandanganmeluas dalam mengutamakan nilai murni dianggap sebagai nilai positif. Jepun memperkenalkan pendekatan pengurusan seperti Just-In-Time, Quality Control Circles (QCC), dan Tota; QualityManagement (TQM). Negara Barat memperkenalkan konsep Management by Objectives(MBO), Management By Walking Around (MBWA) dan Management By Walking Outside(MBWO).Jepun, dalam pendekatan pengurusannya memberi penekanan kepada pengurusan pekerja denganmelihat sikap, ketaatan kepada organisasi, mementingkan kualiti, peningkatan teknologi dankepuasan pelanggan. Ini bermakna pendekatan pengurusan Jepun dan Barat mementingkan pengamalan nilai murni.Model pengurusan saintifik diperkenalkan Taylor dan model pengurusan yang mementingkankesejahteraan pekerja mempunyai persamaan dengan konsep Pengurusan Islam. KonsepPengurusan Islam merangkumkan kedua-dua pendekatan di mana pekerja harus mengikut hukumsyarak yang ditetapkan Allah, dan sebaliknya manusia tidak perlu pengawalan rapi. Pekerjadiamanahkan melaksanakan tugas masing-masing dan berdasarkan amanah itu, mereka perlumemberi perkhidmatan yang baik tanpa perlu diawasi atau dipaksa.Sistem pengurusan Barat kini menekankan konsep nilai bersama sebagai asas untuk maju kedepan dalam organisasi. Tom Peters dalam bukunya In Search Of Excellence menekankan nilai bersama akan mengawal kemahiran, strategi, struktur, sistem dan gaya pengurusan. Di Jepun, pegangan Zen Buddhism menjadi teras syarikat seperti Matsushita kerana pengasasnya percayamoral dan agama memainkan peranan penting dalam organisasi.Penekanan kepada sistem nilai dalam konsep pengurusan moden adalah sama dengan konsepPengurusan Islam. Dalam konsep pengurusan moden, sistem nilai yang diterima oleh satumasyarakat berbeza dengan masyarakat lain. Sistem nilai diamalkan dalam pengurusan modenadalah sistem nilai yang boleh berubah mengikut keadaan semasa. Krisis nilai timbul dan bertapak dalam kehidupan manusia apabila kemahuan hawa nafsu dan pengaruh syaitan menjadi pegangan dan manusia tunduk kepada keduanya dalam membuat keputusan serta peri laku.
Leave a Comment