You are on page 1of 36

GGGB6012 PENULISAN AKADEMIK 1 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH

DR. JAMALUDDIN HJ. BADUSHAH


DISEDIAKAN OLEH : AHMAD TARMIZI BIN ABU BAKAR SYED KHALID BIN SYED AKHIR SALWA BINTI AWANG SITI KHADIJAH BINTI AHMAD JANTAN (P66287) (P66533) (P66504) (P66514)

TOPIK PEMBENTANGAN
ABSTRAK PENGENALAN DEFINISI ISTILAH METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH S.A.W. 1- KAEDAH CONTOH TELADAN 2- KAEDAH PAMERAN BAHAN SEBAGAI PENEGASAN PENGHARAMAN 3- KAEDAH PENYAMPAIAN ILMU MELALUI KEPERIBADIAN DIRI BAGINDA SENDIRI 4- KAEDAH SOAL JAWAB 5- KAEDAH PERUMPAMAAN 6- KAEDAH GURAUAN 7- KAEDAH PENDEKATAN PENYAYANG 8- KAEDAH LAKARAN 9- KAEDAH TUNJUK CARA 10- KAEDAH PERBANDINGAN CADANGAN KESIMPULAN RUJUKAN

ABSTRAK
Kajian ini membincangkan tentang metodologi pendidikan Rasulullah s.a.w., iaitu aspek-aspek yang berkaitan dengan kaedah-kaedah yang digunakan oleh Baginda dalam menjayakan proses pendidikan. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah dalam proses pendidikan. Secara dasarnya, kajian ini berbentuk penyelidikan perpustakaan. Pencarian maklumat berkaitan dengan kaedahkaedah pendidikan Rasulullah ini adalah merujuk kepada beberapa bahan penulisan termasuk pelbagai jenis artikel seperti jurnal dan prosiding. Kaedah-kaedah yang diutarakan ini hanya berdasarkan kepada bukti yang kukuh daripada al-Quran dan Hadith sahaja. Penulis hanya memfokuskan kepada sepuluh kaedah pendidikan Rasulullah sahaja. Menerusi kaedah-kaedah yang dikemukakan ini, penulis dapat memaparkan kaedah pendidikan sebenar yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam proses mendidik para sahabat untuk dijadikan panduan dan diguna pakai oleh para pendidik pada masa kini ketika mereka mempraktikkan sesuatu proses pengajaran. Melalui kaedah-kaedah yang dikemukakan ini dapatlah guru-guru mempraktikkannya dalam proses pengajaran mereka agar

PENGENALAN

Rasulullah s.a.w. adalah merupakan manusia agung pilihan Allah s.w.t. sebagai utusan-Nya dalam menyeru manusia ke arah mentauhidkan-Nya dan menunjuk jalan kebenaran. Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib. Anak kelahiran Mekah dan berketurunan bangsawan Arab Quraisy. Baginda seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai pengajian yang formal, namun baginda mampu menjadi seorang pendidik teragung di dunia melalui kaedahkaedah pendidikan yang hebat lagi berkesan. Rasulullah memang diakui sejak berkurun lamanya sehinggakan para orientalis Barat telah menerima dan mengiktiraf bahawa baginda menduduki ranking utama di dalam kepimpinan dunia kerana baginda telah mendapat pendidikan secara langsung dari Allah (Abdul Fatah, 2001) .

Sambungan...

Bukti Rasulullah sebagai pendidik dari al-Quran:

Dialah (Allah) yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (Al-Sunnah). Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. ( Surah al-Jumuah : 2 )

Sambungan

Bukti Rasulullah sebagai pendidik dari hadis :

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar dari bilik dan masuk ke dalam masjid. Di dalamnya terdapat dua kumpulan sahabat. Satu kumpulan sedang membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah, manakala satu kumpulan yang lain pula sedang berada di dalam majlis ilmu,iaitu mengajar dan belajar. Lalu baginda pun bersabda: Kedua-dua kumpulan ini adalah baik. Golongan pertama membaca al-Quran dan berdoa kepada Allah s.w.t, dan sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya akan dikabulkan doa-doa mereka atau tidak mengkabulkannya. Manakala golongan kedua pula mengajar dan belajar, dan bahawasanya daku diutuskan sebagai guru yang mendidik. Lantas baginda duduk bersama mereka ( golongan majlis ilmu ).

DEFINISI ISTILAH
METODOLOGI - Berasal daripada perkataan Greek - Metha : melalui. Hodos : jalan @ cara - Logos : ilmu pengetahuan - Ilmu pengetahuan yang membahaskan tentang cara atau jalan yang harus dilalui. PENGAJARAN RASULULLAH

METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH


Kaedah (1) Kaedah syarahan - Kemahiran Rasulullah SAW dlm menyampaikan syarahan atau kuliah sesuai digunakan bagi pengajaran akidah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2007)

Contoh
Rasulullah

menggunakan kaedah ini ketika diperintahkan oleh Allah untuk berdakwah secara terangterangan. Baginda meminta kaum Quraisy berkumpul di Bukit Safa dan disitulah baginda berdakwah dlm bentuk kulkiah/ syarahan yang ringkas

KAEDAH ( 2 ) : CONTOH TELADAN

Kaedah ini merupakan kaedah utama dalam pendidikan dan merupakan pendekatan terbaik yang digunakan oleh Rasulullah untuk mengubah tingkah laku individu dan kumpulan, khususnya dalam pendidikan akhlak (Ab. Halim et al, 2011) . Rasulullah s.a.w. berperanan penting dalam menunjukkan contoh teladan yang baik kepada para sahabat sama ada melalui perbuatan, perkataan dan sifat yang ditonjolkan.

BUKTI KAEDAH ( 2 ) : CONTOH TELADAN DALAM IBADAT SOLAT


Saidina Sahl bin Saad as-Saidie meriwayatkan sebuah hadis, katanya : Daku melihat Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar, lalu baginda menghadap ke arah kiblat dan mengangkat takbir ( takbiratul ihram ). Para makmum telah berdiri di belakang baginda. Baginda membaca al-Quran kemudian rukuk. Para makmum turut rukuk. Kemudian baginda mengangkat kepalanya ( iktidal ). Selepas itu baginda mengundur perlahanlahan ke belakang ( bagi memastikan tidak berpaling dari arah kiblat ) lalu sujud di atas tanah. Selepas itu, baginda kembali semula ke mimbar dan mengulangi perbuatan yang telah dilakukan pada rakaat pertama ( membaca ayat al-Quran, rukuk, iktidal dan turun semula ke tanah untuk sujud), dan beginilah baginda mengulangi perbuatannya sebanyak tiga kali. Setelah selesai solat, baginda menghadap kepada makmum, lalu bersabda : Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku lakukan begini agar kalian dapat mengikutiku dan mempelajari solatku .

KAEDAH (3) : KAEDAH PAMERAN BAHAN (BBM) SEBAGAI PENEGASAN PENGHARAMAN

Kaedah dengan cara membawa sesuatu benda yang diharamkan penggunaannya, lalu ditunjukkan kepada para sahabat. Tujuan: untuk membuktikan dan menegaskan lagi bahawa sesuatu bahan itu diharamkan penggunaannya oleh Allah s.w.t. Menggunakan dua pendekatan yang berkesan secara serentak, iaitu (1) penerangan tentang hukum penggunaan sesuatu bahan yang diharamkan dan (2) pameran bahan tersebut sebagai tanda penegasan terhadap hukum itu ( Abdul Fattah, 2001).

BUKTI KAEDAH ( 3 ): PENGHARAMAN KAIN SUTERA DAN EMAS BAGI KAUM LELAKI

Satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib, yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w. telah mengangkat sehelai kain sutera di sebelah tangan kiri baginda, dan emas di tangan kanannya. Kemudian baginda mengangkat kedua-duanya ke atas, lalu bersabda: Sesungguhnya kedua-dua benda ini diharamkan ke atas umatku yang lelaki dan dihalalkan bagi umatku yang perempuan.

KAEDAH (4): KAEDAH PENYAMPAIAN ILMU MELALUI KEPERIBADIAN DIRI BAGINDA SENDIRI

Baginda adalah seorang pendidik yang dipilih oleh Allah S.W.T. untuk mengajar seluruh manusia mengenai Islam dan syariat Allah S.W.T. yang terakhir dan bersifat kekal. Baginda juga merupakan seorang guru yang mengajar melalui sikap zahir, suasana, perkataan dan seluruh keadaan Baginda.

Kesempurnaan syakhsiah Baginda yang mulia merupakan salah satu method yang digunakan oleh Baginda sebagai seorang pendidik agar para penuntut dapat mencontohi diri Baginda yang terpuji dan juga menurut petunjuk Baginda yang unggul. Ciri-ciri utama yang ada pada baginda sebagai seorang pendidik yang unggul ialah kesempurnaan pada dirinya sendiri sama ada dari sudut kepintaran, kelebihan ilmu, hikmah, rupa paras, pergerakan, diam, pertuturan, bau yang wangi, pakaian yang bersih, kata-kata yang menarik, tindakan yang wajar dan pengurusan yang cekap.

Sambungan

Baginda sememangnya seorang pendidik yang mendasarkan pendidikan melalui keperibadian diri Baginda yang unggul dan mithali bagi setiap pelajar dan yang ingin menjadikan sifat tersebut sebagai role model dalam diri sendiri. Melalui sifat keperibadian Rasulullah ini juga terhasil kemuncak pengajaran melalui pelbagai kaedah dan method kerana sesungguhnya setiap wasilah dan uslub tersebut terarah kepada melahirkan seorang mukmin yang menghayatinya. Sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah alQalam, 68: 4 bermaksud: Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat baik.

Kaedah (5):

KAEDAH SOAL JAWAB

Metod soal jawab yang berlaku antara dua orang atau lebih, dalam pembicaraan tersebut mempunyai tujuan dan topik tertentu. Metod dialog berusaha menghubungkan pemikiran seseorang dengan orang lain, serta mempunyai manfaat bagi pelaku dan pendengarnya (AnNahlawi, 1996: 205). Dalam al-Quran banyak memberi maklumat tentang dialog, di antara bentuk-bentuk dialog tersebut adalah dialog khitbi, taabbudi, deskritif, naratif, serta dialog berbentuk nabawiyyah. Kaedah soal jawab ini sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam mendidik akhlak para sahabat. Melalui kaedah dialog ini juga akan memberi kesempatan kepada orang yang dididik untuk bertanya tentang sesuatu yang tidak mereka fahami. Dalam penggunaan metod ini, Rasulullah s.a.w. menanyakan kepada para sahabat tentang penguasaan terhadap suatu masalah.

Kaedah (6): KAEDAH PERUMPAMAAN


Kaedah

pendekatan sesuatu masalah dengan membuat perumpamaan yang menggambarkan sesuatu situasi tertentu ini dilakukan dengan cara menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain, mendekatkan sesuatu yang abstrak dengan yang lebih konkrit atau menjadikan sesuatu yang masih samar menjadi sesuatu yang sangat jelas agar sesuatu itu lebih mudah difahami oleh pendengar.

Strategi

Bukti Kaedah ( 6 ):

PERUMPAMAAN DALAM PERSAHABATAN

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Dari Abu Musa r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Perumpamaan berkawan dengan kawan yang baik dibandingkan dengan berkawan dengan kawan yang jahat, bagaikan pemilik minyak wangi dengan tukang besi. Engkau pasti akan memilik minyak wangi, adakalanya engkau membeli minyak wangi itu atau sekurang-kurangnya mencium baunya. Sedangkan tukang besi akan membakar tubuhmu melalui percikan api atau sekurangkurangnya engkau mencium bau yang busuk Baginda mengumpamakan bahawa bergaul dengan orang soleh seperti orang yang membawa minyak wangi. Maksudnya orang ini akan selalu wangi, iaitu bagi orang yang bergaul dengan orang yang soleh akan terikut dengan akhlaknya yang baik. Sedangkan orang yang jahat diumpamakan dengan tukang besi . Jika tidak mempengaruhi kejahatannya kepada kawannya, paling tidak akan terikut-ikut dengan keperibadian yang buruk.

Kaedah ( 7 ): KAEDAH GURAUAN


Gurauan adalah perbuatan, perkataan dan sebagainya yang dapat mencuit dan menggelikan hati orang lain. Senda gurau baginda bukanlah sekadar gurauan yang boleh menyebabkan pendengarnya tertawa terbahak bahak, namun terdapat mesej yang ingin disampaikan dan gurauan itu juga merupakan satu kebenaran.

Bukti Kaedah ( 7 ): KAEDAH GURAUAN

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi dari Hasan al-Basri, dia berkata :

Pada suatu hari ada seorang perempuan tua datang menghadap kepada baginda lalu berkata; Ya Rasulullah, mohonkanlah kepada Allah, supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.. Mendengar permohonan itu, baginda bersabda: Hai Ummu Fulan, sesungguhnya syurga itu tidak akan dimasuki oleh perempuan tua . Perempuan itu lalu berpaling dan menangis. Baginda mengerti bahawa perempuan tadi salah faham terhadap perkataan baginda, lalu baginda memerintahkan kepada para sahabat (yang kebetulan ada waktu itu): Beritahulah pada perempuan itu, sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga, kerana dia seorang perempuan tua. Allah s.w.t. berfirman: Bahawasanya Kami menjadikan mereka (para perempuan) itu dengan kejadian yang baru ; maka Kami menjadikan mereka itu gadis-gadis remaja, berkasih-kasihan dengan suami serta sama dengan usianya.

Kaedah ( 8 ):
KAEDAH PENDEKATAN PENYAYANG Rasulullah bertindak sebagai guru murabbi iaitu menyayangi pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri. Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk pelajar sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling mempercayai (Noraziah et.al, 2010). Dengan wujudnya perasaan kasih sayang antara guru dan murid, proses pendidikan seperti memberi nasihat dan peringatan akan menjadi mudah.

Bukti Kaedah ( 8 ): KAEDAH PENDEKATAN PENYAYANG

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan amalan penyayang kepada kanak-kanak melalui kisah baginda mengucup cucunya Hassan bin Ali r.a. Peristiwa ini telah disaksikan oleh al-Aqra bin Jabis at Tamimi. Al- Aqra mempunyai sepuluh orang anak, namun tidak seorangpun yang pernah dikucupnya. Rasulullah s.a.w membalas kenyataan alAqra dengan sabdanya:

Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak dikasihi (Riwayat Abu Hurairah, Sahih Al-Bukhari).

Kaedah ( 9 ): KAEDAH LAKARAN GAMBAR


Rasululullah menggunakan teknik melukis atau kaedah grafik ketika baginda ingin memberi sesuatu kefahaman kepada para sahabat. Penggunaan kaedah ini sangat berkesan kerana ia berjaya menggabungkan kaedah pendengaran dan penglihatan (Che Noraini,2008). Guru boleh mengaplikasikan kaedah ini dengan menggunakan peralatan elektronik seperti power point, e-bahan dan edu web tv. Bagi menerangkan dengan jelas sesuatu konsep yang abstrak dan konkrit guru disarankan supaya melakarkannya dalam bentuk tulisan, gambar rajah atau carta (Noraziah et.al, 2010).

Bukti Kaedah ( 9 ): KAEDAH LAKARAN GAMBAR

Rasululullah menggunakan teknik melukis atau kaedah grafik ketika baginda memberi kefahaman dalam mentafsirkan ayat 53 dari surah al -Anam kepada para sahabat dengan cara melukis rajah tersebut di atas pasir berkaitan dengan jalan menuju Allah (garis lurus) dan jalan menuju syaitan (garisan yang bengkok) kemudian baginda memperdengarkan wahyu berikut yang bermaksud :

Bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam) kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Anam, 6: 1543)

Kaedah (10) TUNJUK CARA

Tunjuk cara ialah teknik mengajar yang memberi peluang kepada pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti. (Rahil, Habibah & Kamariah, 2009). Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim Al-Ansariy r.a. beliau telah di tanya: Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah s.a.w. berwuduk. (Riwayat Imam Bukhari)

Sambungan

membasuhnya sebanyak tiga kali, kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku tiga kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu sebahagian kepala. Kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah Rasulullah s.a.w berwuduk. (Riwayat Imam Muslim)

Sambungan

Pelaksanaan kaedah ini boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:


Guru merancang bagaimana dan di mana hendak mengadakan tunjuk cara ini Pastikan semua pelajar dapat melihat pertunjukan itu dengan jelas. Jika pelajar ramai, pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil seupaya semuanya dapat melihat dengan jelas Guru tunjuk atau lakonkan dengan betul supaya dapat dilihat dan difahami oleh pelajar Bertanya jika ada yang kurang jelas atau tidak faham, jika perlu tunjuk semula Minta beberapa orang pelajar melakonkan semula untuk menguji kefahaman mereka.

Kaedah (11) KAEDAH PERBANDINGAN

Perbandingan bermaksud membuat sesuatu perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain, dengan maksud untuk memberi pengajaran yang bermakna kepada pelajar. (As-Syeikh Abdul Fatah Abd Ghuddah, 2001). Teknik perbandingan amat sesuai bagi memudahkan pelajar untuk membezakan antara satu perkara dengan perkara yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w. menggunakannya kepada sahabat apabila ingin membezakan antara dua golongan manusia di sisi Allah s.w.t. (

Bukti kaedah (11)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Mukmin yang mencampuri manusia (bermasyarakat) dan bersabar atas penyeksaan mereka adalah lebih mulia daripada Mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar atas penyeksaan mereka.

Sambungan

Guru juga boleh membuat perbandingan dengan tujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar agar prestasi mereka akan terus meningkat dan sentiasa fokus pada pelajaran. Contohnya guru ingin mengingatkan tentang masa kepada para pelajar dengan mengatakan hari ini adalah sebaik-baik kesempatan, maka janganlah disiasiakannya. Semalam adalah kenangan, maka jadikan sempadan buat diri kamu dan hari esok adalah sesuatu yang belum pasti maka janganlah dirisaukan tentangnya. Contoh tersebut ingin menjelaskan kepada pelajar bahawa jangan membuang masa terhadap apa yang telah berlalu. Apa yang penting sekarang ialah apa yang akan dilalui. Gunakanlah masa kini dengan sebaik mungkin sebagai jalan menuju kecemerlangan untuk hari esok.

Kaedah (12)
Kaedah bercerita - Merupakan satu cara menyampaikan kandungan pengajaran yang bertujuan memberi iktibar dan melibatkan itonasi suara, mimik muka, gaya tubuh, imaginasi dan peralatan tambahan (Shabuddin Hashim et. al. 2003) - Dalam konteks Pendidikan Islam kaedah bercerita boleh digunakan bagi pengajaran sirah dan akhlak (Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2007)

contoh

Rasulullah telah menceritakan kepada para sahabat tentang penzina wanita yang telah diampunkan Allah kerana perbuatannya memberikan air kepada anjing yang sedang kehausan. Cerita tersebut telah digambarkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh AlBukhari (1987, no. hadis 3280)

CADANGAN

Setelah kita mempelajari banyak pengajaran daripada kejayaan Rasulullah dalam mendidik umat Islam ke arah menjadi masyarakat yang maju dan cemerlang, langkah berikutnya adalah mencari penyelesaian ataupun kaedah terbaik untuk melaksanakan metod tersebut dalam kehidupan kita hari ini. Zaman berubah, teknologi semakin canggih tetapi konsep dan modul pendidikan dalam kehidupan kita hari ini. Dalam zaman teknologi semakin canggih, tetapi konsep dan modul pendidikan rabbani yang dianjurkan oleh Rasulullah tidak pernah lapuk, malah ia diiktiraf sebagai modul yang disahkan dengan fakta kejayaan umat Islam yang cukup kuat.

Sebagai pemimpin keluarga, pemimpin di tempat kerja, pemimpin masyarakat dan sebagainya, malah juga sebagai ahli keluarga, kumpulan, komuniti dan warga negara serta ahli kepada umat seluruhnya amat memerlukan metod ini dilaksanakan segera dalam pendekatan yang lebih relevan dengan suasana semasa. Atas kesedaran bahawa metod Rasulullah yang mendidik umat Islam sejak dulu dengan mengutamakan penerapan akidah, disokong pengamalan syariat telah melahirkan masyarakat yang mempunyai akhlak dan nilai yang berkualiti tinggi

Penghuraian secara lebih terperinci dan praktrikal perlulah difahami dan dipraktiskan dalam realiti kehidupan kita hari ini dalam kadar yang segera.

KESIMPULAN

Inilah antara metod-metod pendidikan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., sebagai pendidik terulung di dunia kepada umat baginda ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti untuk kehidupan dunia dan akhirat. Para guru boleh mempraktikkan kaedah-kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ini dengan melakukan pengubahsuaian berdasarkan situasi atau keadaan yang dihadapi oleh mereka semasa proses pendidikan. Melalui kaedah-kaedah yang dipaparkan ini dapatlah dijadikan panduan untuk melahirkan pendidik berkualiti yang dapat menjana pelajar cemerlang menerusi pendidikan yang berkesan.

You might also like