Buku Kaedah Pancaragam ZaharulLailiddin Saidon
lebih bermasalah sekiranya kurang mahir dalam membuat gubahan untuk tujuanlatihan dan persembahan.Bagi memastikan program latihan yang berkesan, sesebuah pancaragam amatmemerlukan bahan-bahan latihan dalam pelbagai bentuk dengan aras kesukaranyang berbeza. Tanpa bahan-bahan asas ini, guru pancaragam khususnya yang baru terlibat dalam bidang kejurulatihan pancaragam sering kali gagalmembimbing pancaragam sekolahnya ke tahap yang dapat dibanggakan. Salahsatu cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan
buku kaedah pancaragam
(band method book).Berasaskan penggunaan yang begitu popular di kalangan jurulatih dan ahlipancaragam sekolah di negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat dan Jepun, boleh diandaikan bahawa buku kaedah pancaragam merupakan bahanpengajaran dan pembelajaran pancaragam yang agak berkesan. Di Malaysia, buku-buku ini sememangnya terdapat dalam pasaran tetapi kegunaannya masih belum begitu meluas. Rata-rata jurulatih pancaragam di negara inimenggunakan bahan latihan yang mereka sediakan sendiri. Walau bagaimanapun, bahan-bahan yang disediakan seringkali tidak lengkap.Artikel ini bertujuan untuk memperkenalkan dan seterusnya memberi panduankhususnya kepada bakal guru pancaragam dalam memilih dan menggunakanBuku Kaedah Pancaragam (BKP) bagi mendapatkan kesan pangajaran yangterbaik. Terdapat beberapa faktor yang perlu dikaji serta pertimbangan yangseharusnya dibuat oleh guru pancaragam yang bercadang untuk menggunakanmana-mana Buku Kaedah Pancaragam. Sebagaimana yang dinasihatkan oleh Janzen (1985), terdapat banyak BKP yang baik dan mana-mana satu bolehdigunakan dengan berkesan dengan syarat guru memahami batasan kandungandi dalamnya.
APAKAH BUKU KAEDAH PANCARAGAM?
Buku Kaedah Pancaragam (
BKP
) merupakan satu bentuk bahan pengajaran danpembelajaran permainan alat pancaragam yang begitu popular penggunaannyadi sekolah-sekolah negara barat. Namun demikian, BKP bukan sekadar bahan bantuan mengajar atau bahan bantuan belajar yang biasa digunakan olehkebanyakkan guru untuk mengajar mata pelajaran seperti matematik atau bahasa. Sesuai dengan namanya, BKP memberi panduan yang agak lengkap
2
Leave a Comment