You are on page 1of 3

BAHAGIAN 5 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

Dalam kemahiran asas permainan bola baling, secara umumnya dibahagikan kepada sembilan aktiviti yang terdiri daripada:1. berlari, 2. melompat, 3. membuat hantaran dan tangkapan, 4. menangkap, 5. menggelecek, 6. menghadang, 7. menjaringkan gol, 8. mengacah, 9. menjaga gol.

Kemahiran asas 1:- Berlari Kemahiran berlari melibatkan banyak teknik dan latihan larian untuk meningkatkan kepantasan dari semasa ke semasa seperti ketika berlari secara perlahan atau ketika berhenti. Dalam sesuatu perlawanan juga, pemain perlu melakukan larian pantas atau pecutan dan bijak mengawal larianmengikut arah dan situasi permainan.

Kemahiran asas 2:- Melompat Kemahiran ini amat penting dalam permainan ini terutama sekali ketika melakukan jaringan gol dan membuat tangkapan. Strategi menyerang dan bertahan memerlukan kemahiran melompat untuk memberikan keyakinan kepada pemain juga kepada pasukannya.

Rajah 7 Melompat dengan bola, membuat hantaran atau jaringan dan mendarat.

Rajah 8 Melompat dengan dua kaki dan mendarat.

Kedua-dua rajah di atas digunakan dalam latihan yang melibatkan pegangan bola dalam situasi menangkap atau membuat hantaran agar lebih berkemahiran untuk membuat lompatan bagi menyerang dan pertahanan. Latihan ini amat berguna untuk kekuatan kaki termasuk lutut.

Kemahiran asas 3:- Membuat hantaran dan Tangkapan

You might also like