You are on page 1of 2

Unsur pengajaran dalam novel Renyah.

PERNYATAAN Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran supaya jalan penyelesaian dapat difikirkan dengan mudah. HURAIAN Datuk Dolhi tabah mengharungi cabaran yang berlaku dalam keluarganya sehingga nama baiknya tercemar gara-gara perbuatan anak-anaknya yang menconteng arang ke muka, tetapi akhirnya dia berjaya mengharunginya dan berharap anak-anaknya mampu menebus kesalahan yang lalu dan berharap masa depan anak-anaknya kembali cerah. Datuk Dolhi sangat mengharapkan anak-anaknya mewarisi perniagaan yang dibina selama ini sehingga memiliki syarikat Dolhi-Albert Holding supaya perniagaan tersebut tidak diambil alih oleh orang lain kerana sayangkan hak warisan tersebut. Datuk Dolhi gigih memperluas perniagaannya sehingga ke luar negara dengan mengikut rombongan perniagaan untuk meneliti peluang-peluang yang boleh diteroka bagi melebarkan sayap perniagaannya walaupun usianya sudah meningkat dan menghadapi masalah kesihatan Hasnol tetap dengan keputusannya tidak akan melepaskan jawatan PTD walaupun dipujuk oleh ayahnya berkali-kali untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan kerana memikirkan pekerjaanya mempunyai masa depan yang cerah. Datuk Dolhi menikahi Mastura yang dikenalinya sejak belajar di universiti selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah kerana rasa sayang dan tanggungjawab kepada Mastura Datuk Dolhi meminta pendapat setiausahanya, Rozie tentang KMM dan cara terbaik untuk dilaksanakan di syarikat mereka tanpa meninggalkan identiti sendiri. Datuk Dolhi menyara Wahi sejak dilahirkan sehingga bekerja dengannya kerana perasaan simpatan kepada anaknya itu yang tidak mendapat kemewahan berbanding dengan anak-anaknya yang lain

Kita hendaklah mempertahankan hak warisan keluarga supaya tidak jatuh ke tangan orang lain. Kita hendaklah gigih melaksanakan sesuatu tugasan supaya hasil yang memuaskan dapat diperoleh. Kita harus teguh pendirian dalam membuat keputusan agar keputusan yang diambil tidak mendatangkan kesan buruk. Kita harus menyayangi seseorang dengan sepenuh hati agar kehidupannya tidak merana. Kita harus menghormati pekerja bawahan supaya hubungan mesra dapat diwujudkan. Kita mesti bersimpati terhadap penderitaan orang lain agar beban mereka dapat diringankan. Kita mesti bertanggungjawab membina sebuah keluarga yang bahagia supaya masa depan anak-anak gemilang. Kita hendaklah mencintai alam sekitar supaya pencemaran dapat dielakkan. Kita hendaklah bersemangat untuk mengubah nasib bangsa sendiri supaya tidak mudah ditindas oleh orang lain suatu hari nanti. Kita hendaklah menggunakan barangan buatan tempatan kerana mutu barangan tempatan juga setanding dengan barangan luar negara.

Datuk Dolhi berusaha membina empayar perniagaannya semata-mata untuk anak-anaknya pada masa hadapan.

Ilham berjuang supaya hutan tidak ditebang agar generasi akan datang dapat menikmati sumber hutan sebagai khazanah negara walaupun ayahnya terlibat dalam bidang pembalakan

Datuk Dolhi mahu orang Melayu mengubah sikap supaya tidak cepat berpuas hati dengan apa yang dimiliki dan mengambil sikap seperti orang Cina yang mendidik keluarga mereka dalam suasana berniaga

Datuk Dolhi lebih suka menggunakan kereka saga limosin barunya buatan Malaysia ke majlis-majlis rasmi kerana dia lebih mengutamakan barangan buatan tempatan. Dalam hal berpakaian, dia lebih suka menggunakan batik Kelantan kerana buatannya juga bermutu tinggi.

Kita harus memikirkan semasakmasaknya sebelum membuat keputusan supaya keputusan yang diambil tidak merugikan kita nanti. Kita hendaklah menerima kenyataan atas apa yang berlaku kerana ada hikmah di sebaliknya. Kita harus amanah terhadap apa yang dipertanggungjawabkan terhadap kita supaya kita akan dipercayai orang lain. Kita mesti berterus terang menceritakan masalah yang dialami supaya hidup menjadi lebih tenang. Kita hendaklah bersikap sabar atas perbuatan orang lain supaya jiwa kita tidak merana.

Datuk Dolhi meminta isterinya memikirkan semasak-masaknya sebelum bersetuju membuka butik untuk mengelakkan kerugian pada akan datang. Padanya daripada rugi, lebih baik wang tersebut dibelanjakan untuk membela anak yatim Datuk Dolhi reda dengan tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap Ilham kerana masalah yang dicetuskannya dan akan bercuti untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tanpa perlu menghormatinya sebagai ahli perniagaan terkenal. Datuk Dolhi tidak memberi wang syarikat kepada Hasnol dan Mukhlis walaupun syarikat tersebut adalah kepunyaannya kerana beberapa prosedur perlu diikuti dan tidak boleh mengeluarkan wang sewenang-wenangnya Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah bapa kandung Wahi semasa bercuti di Jepun. Datuk Dolhi juga memberitahu Datin Tominah dan anakanaknya yang lain bahawa Wahi adalah anak kandungnya bersama isteri kedua yang dinikahinya 28 tahun yang lalu. Datin Tominah sabar dengan tingkah laku anaknya, Hasnol yang bersikap angkuh semasa memulangkan hutangnya sebanyak sepuluh ribu. Dia juga sabar dengan perbuatan Hasnol yang meletakkan gagang telefon dengan kuat setelah ibunya tidak mampu memberikan wang kepadanya. Tengku Munir mengancam akan membuatkan kehidupan Hasnol menjadi susah jika dia tidak membantu meluluskan semua tender yang dipohonnya tetapi telah ditendang sebelum ini oleh lembaga tender. Tengku Munir juga sanggup untuk merasuah Hasnol sebanyak tiga ratus ribu jika Hasnol membuat apa yang diarahkannya. Albert Lee beria-ia untuk menjodohkan anaknya. Robert Lee dengan Amera walaupun Robert terpaksa memeluk agama Islam dan terpaksa mengorbankan identiti Cina mereka demi menguasai syarikat Dolhi-Albert Holding yang dikongsi bersama-sama dengan datuk Dolhi. Albert Lee ingin mengambil kesempatan atas masalah keluarga yang dihadapi oleh Datuk Dolhi pada masa sekarang. Sebab itulah dia mahu Robert terus memikat Amera. Hasnol bersikap angkuh terhadap ibunya apabila memiliki wang yang banyak hasil daripada perbuatan rasuahnya menyebabkan dia ditangkap oleh pihak berkuasa. Anak-anak Datuk Dolhi telah melakukan perkara-perkara yang telah menyebabkan Datin Tominah mencadangkan supaya mereka lari ke tempat lain untuk mengelakkan daripada masalah yang dihadapi kerana sangat kecewa dengan anak-anaknya. Ilham menghasut orang Asli supaya membina benteng manusia supaya pembalakan tidak dapat dilakukan di kawasan tersebut, sedangkan orang yang terlibat dalam pembalakan itu sebenarnya ayahnya sendiri sehingga memaksa ayahnya bercuti untuk menenangkan fikirannya akibat kecewa dengan sikap Ilham.

Jangan kita mengamalkan rasuah kerana amalan tersebut adalah salah di sisi undang-undang.

Jangan kita bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri kerana amalan sedemikian akan menyebabkan kita kerugian nanti. Jangan kita bersikap ego dan angkuh dengan kekayaan yang dimiliki kerana sikap sedemikian akan memakan diri kita nanti. Jangan kita mengecewakan ibu bapa kita kerana amalan sedemikian tidak mendatangkan keberkatan dalam hidup. Jangan kita melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan hidup orang lain sengsara demi perjuangan kerana perbuatan itu sebenarnya boleh mengecewakan orang lain.

You might also like