You are on page 1of 20

1.

KEMAHIRAN MENDENGAR Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting. Aktiviti ini dijalankan atau dilakukan pada peringkat kanak-kanak dan juga pada peringkat orang dewasa. Proses mendengar menjadi perkara utama dalam pengajaran dan pembelajaran.Keadaan ini menggambarkan betapa perlunya seseorang pelajar mendengar bersungguh-sungguh ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan.

2.0

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR Proses mendengar adalah satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa. Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang didengar dan melakukan tindakbalas yang sesuai. Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati, mendengar dengan menjiwai apa yang didengar kerana daripada situlah timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran. Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ bersamasama dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan

bunyi-bunyi yang hampir sama. Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kemahiran mendengar merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan diingati.

Kemahiran mendengar melatih seseorang individu untuk mendengar, mengenal bunyi bahasa, urutan seterusnya berupaya untuk memahami. Kemahiran mendengar melatih seseorang untuk mendengar sekaligus mamahami pertuturan penutur dengan baik. Hal ini secara tidak langsung dapat menjadikan komunikasi berlaku dengan berkesan.

3.0 TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR Terdapat beberapa tujuan kemahiran mendengar. Antaranya ialah : Mendengar untuk mendapatkan maklumat, seperti untuk pengetahuan. Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik. dalam puisi. itu Misalnya Bahasa yang dapat fakta, data dan pengetahuan. mendengar Contohnya ceramah mendapatkan

digunakan begitu puitis, dengan pendengar menghayatinya melalui proses

pendengaran Manakala muzik pula

yang

baik. untuk untuk

mendengar bertujuan

tujuan menghayati keindahan menghayati lirik-lirik lagu yang didendangkan.

Untuk semasa. penting

mengetahui Tujuan supaya

keadaan ini kita amat tidak

ketinggalan mengetahui Kita dapat

daripada perkara-perkara mendengar semasa ini

yang berlaku di sekeliling kita. perkembangan

melalui media elektronik seperti radio dan televisyen. Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu. Tujuan ini amat penting bagi pelajar dan penuntut-penuntut di institut pengajian tinggi. Mereka perlu mendengar dengan teliti setiap input yang diberikan oleh guru mahupun pensyarah seperti penerangan tugasan mahupun ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.

4.0

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR Tedapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran. Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya. Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang

keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar. Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya. Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran

mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar. 5.0 HALANGAN DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar. Halangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Antara halangan dalam menguasai kemahiran mendengar ialah kekeliruan dalam membezakan bunyi. Murid-murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar dan seterusnya dapat memberi makna terhadap apa yang didengar. Kekeliruan dalam membezakan bunyi akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenar tentang apa yang terkandung dalam ayat. Halangan yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang didengar. Jika seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini akan menyukarkannya untuk membuat tindakan terhadap perkara tersebut. Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak memahami penggunaan penanda wacana yang menjadi wahana penting dalam membentuk kesinambungan ayat akan menghadapi masalah untuk mengaitkan apa yang didengar dengan makna keseluruhan ayat. Halangan yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat. Pendengar yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Maklumat yang didengar akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali. Contohnya seperti semasa murid-murid mendengar pesanan guru supaya pesanan tersebut disampaikan kembali kepada beberapa orang kawan mereka yang tidak datang ke sekolah. Halangan yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat. Pertuturan yang terlalu cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan makna dan maklumat yang hendak disampaikan. Komplikasi ini menyebabkan murid-murid sukar untuk memahami sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang didengar.

Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya pertuturan juga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan intonasi. Penggunaan ciri-ciri suprasegmental yang kurang jelas semasa pembelajaran juga boleh mempengaruhi gaya pertuturan seseorang. Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan bahasa Melayu baku ketika bertutur. Selain itu para penyampai maklumat terutamanya guru wajar merancang langkah-langkah yang sesuai bagi mengatasi kemungkinan masalah kemahiran mendengar. ialah pemilihan bahan. Antara perancangan yang harus dibuat

6.0

PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR Proses mendengar ialah satu proses fisiologi yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi-bunyi bahasa. Sungguhpun telinga merupakan alat asas dalam proses mendengar, proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran. Selain itu, kefahaman mendengar juga akan dipengaruhi oleh minat dan tumpuan yang ada pada seseorang pendengar. Sebagaimana kita semua sedia maklum, proses mendengar dan memahami secara berkesan bukanlah satu tugas yang mudah. Ini adalah kerana proses tersebut memerlukan tumpuan dan penglibatan mental yang aktif daripada pendengar. . Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu mendengar deretan bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menguasai makna beberapa deretan bunyi dan bertindak terhadap bunyi.

Mendengar deretan bunyi bahasa ialah apabila seorang individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arahnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu dapat didengar secara keseluruhan. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera yang normal. Proses yang kedua ialah memahami bunyi tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi tersebut didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu daripada penutur, pendengar akan menghubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi yang didengar olehnya. Dalam erti kata lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berulangkali dilakukan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar. Pada peringkat ketiga, pendengar perlu atau mesti menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan perbezaan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Kesimpulannya, pendengar yang baik akan memahami dan mengerti maksud setiap ujaran yang dilafazkan. Mereka bukan sahaja boleh memahami malahan boleh juga membuat interpretasi daripadanya. Peringkat yang terakhir ialah bertindak terhadap bunyi. Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui peringkat-peringkat yang terdahulu iaitu mendengar deretan bunyi, memahami bunyi tersebut dan menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia berlaku apabila pendengar

hendak membuat rumusan dan keputusan. Pendengar akan bertindak untuk melakukan sesuatu yang wajar setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan. 7.0 JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua iaitu mendengar secara intensif dan mendengar secara ekstensif. 7.1 MENDENGAR SECARA INTENSIF Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilakukan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci.Jenis yang kedua pula menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan. Latihan Berpusatkan Kepada Kefahaman Makna Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah : 1. Mendengar arahan Murid-murid atau para pelajar mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. rakan mereka sendiri. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakanBiasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dengan cepat dan dapat bertindak terhadapnya dengan segera. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah dengan melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan sesebuah bandar pada peta dan lain-lain.

2. Menjawab soalan kefahaman Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential dan memberi komen. 3. Mendengar untuk mendapatkan maklumat Dalam latihan ini perhatian murid-murid lebih ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumatmaklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh muridmurid. Antaranya ialah mendengar tentang rahsia kejayaan pelajar cemerlang, mendengar daripada seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli dan mendengar arahan serta teknik-teknik yang diberikan oleh seorang jurulatih bola sepak serta mendengar dan mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang tertentu dalam seminggu. 4. Membuat ringkasan Murid-murid mendengar petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakan terlebih dahulu. Muridmurid diminta mencatat isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.

5. Menyelesaikan masalah Murid-murid mendengar sesuatu masalah dan kemudian diminta berbincang dengan rakan-rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Pada mulanya, mereka diminta untuk mendengar masalah itu dengan teliti. Kemudian, merka perlu memahami maksudnya dan mencari punca masalah tersebut. Selepas itu, murid-murid diminta untuk membuat cadangan mengenai langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Kadangkala, murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya 50 Tahun Malaysia Merdeka, Terbilangkah Kita?. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif. 2. Latihan Mendengar Bahasa Yang Dituturkan

Setelah murid-murid memahami dan boleh membuat andaian terhadap apa yang didengarnya, guru boleh meneruskan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat memperincikan bahasa. yang belum dipermudahkan. Pada peringkat awal atau permulaan, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa Tujuannya adalah untuk meberitahu mereka bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besar ciri-ciri bahasa walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar pelbagai bentuk bahasa. Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru juga boleh membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam bahasa ketika bahasa itu dituturkan. Guru boleh menarik perhatian perhatian murid-murid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan, intonasi, jeda, nada, tekanan, gaya, bentuk dan struktur. Kesalahan-kesalahan seperti ini

secra tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan muridmurid. 7.2 MENDENGAR SECARA EKSTENSIF Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperoleh. 8.0 BENTUK-BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah : a) rendah. Mendengar Secara Pasif Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya

Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarangjarang dapat memahami dan mengingati serta menyebut semula perkaraperkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka. b) Mendengar Secara Bertelau-telau

Mendengar secara bertelau-telau berlaku dalam kalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar

secara pasif.

Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu Mereka tidak biasa mendengar dan bertutur atau

mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. berkomunikasi dalam bahasa itu. c) Mendengar Tanpa Tindak Balas Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna di antara katakata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya. d) Mendengar Secara Menebuk-nebuk Hal ini berlaku dalam kalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar bagi pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah. Kemahiran mendengar secara menebuk-nebuk ini juga berlaku dalam kalangan pelahar bahasa ibunda. Hal ini terjadi kerana mereka cukup pasti bahawa mereka berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah. e) Mendengar Dengan Beremosi Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Hal ini kerana pendengar dapat merasakan Mereka sudah boleh sesuatu hingga memberangsangkan emosinya.

mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran tersebut. f) Mendengar Secara Berhati-hati

Pada peringkat ini, seseorang itu perlu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Si pendengar harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan adalah untuk menentukan supaya setiap butir perkataan yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul. g) Mendengar Secara Kritikal Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini, kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya. h) Mendengar Dengan Pengamatan Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku dalam kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar dengan cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Hal ini membawa makna si pendengar akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya. I) Mendengar Secara Kreatif Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan menjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Hal ini membawa maksud ia dapat memahami ujaran-ujaran Ia juga boleh membuat yang dikemukakan kepadanya dengan baik. jitu. Mendengar secara ekstensif lebih menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logik. Murid-murid boleh menggunakan buah

interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas serta

fikiran

mereka

untuk

memperdebatkan

apa

yang

didengarnya

itu.

Kemungkinan besar murid-murid boleh memberi komen daripada apa yang didengarnya atau melengkapkan sebuah cerita atau mungkin juga mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini dapat membantu murid-murid memberi pandangan yang baik mengenai sesuatu perkara dan sekaligus dapat menjadi pendebat yang baik dengan mengeluarkan huja-hujah yang bernas.

9.0

PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR Terdapat tiga peringkat kemahiran mendengar iaitu kemahiran permulaan, kemahiran pertengahan dan kemahiran peringkat maju.

KEMAHIRAN PERMULAAN Kemahiran-kemahiran permulaan peringkat kemahiran mendengar ialah mengecam bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi yang kasar atau bunyi yang indah, mendengar dan menyebut perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam makna perkataan, melakukan sesuatu yang diminta atau disuruh, menjalankan perintah dan permintaan, bertindak terhadap soalan yang mudah, memadankan perkataan dan ayat dan mengingati perkataan dan ayat yang mudah secara tepat. KEMAHIRAN PERTENGAHAN Kemahiran mendengar peringkat pertengahan meliputi kemahiran-kemahiran mengecam dan mengingati fakta dan butiran secara terperinci, mengenal maklumat khusus, mengenal urutan, mengenal sebab-sebab dan akibat, mengenal situasi ( perhubungan orang yang berinteraksi )dan mengenal sikap dan perasaan oang yang bercakap dan sebagainya.

KEMAHIRAN PERINGKAT MAJU Kemahiran-kemahiran peringkat maju ialah mengenal isi-isi penting, mengetahui fungsi-fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar, mengikuti aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan tujuan penutur dan menggunakan pelbagai struktur nahu. 10.0 PEMILIHAN BAHAN KEMAHIRAN MENDENGAR Pemilihan bahan yang bersesuaian dalam proses merangsang kemahiran mendengar pengajaran dalam dan kalangan murid-murid sedang terutamanya ketika proses penting. pembelajaran berlangsung amatlah

Pemilihan bahan yang sesuai akan merangsang pendengaran murid untuk mendengar secara ekstensif. Antara bahan yang boleh digunakan untuk merangsang pendengaran ialah penggunaan media elektronik. Pemilihan bahan berkomputer dan media elektronik yang lain seperti radio, televisyen, perakam video dan kaset boleh membantu proses ulang tayang untuk tujuan mendengar kenyataan atau maklumat penting yang berkaitan dengan isi pembelajaran. Mendengar dan melihat boleh meningkatkan pemahaman pelajar dalam menghubungkannya dengan makna dan isi. Selain itu guru perlu menggunakan bahan-bahan rangsangan pembelajaran yang bersesuaian. Contohnya seperti menggunakan bahan berbentuk prosa sama ada prosa tradisional ataupun prosa moden, bahan berbentuk puisi dan menggunakan bahan grafik seperti kad-kad bergambar. 11.0 AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR Aktiviti adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan murid-murid telah dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa dengan baik. Dalam kemahiran mendengar juga terdapat beberapa aktiviti untuk menguji atau meningkatkan tahap kemahiran mendengar setiap pelajar. Antara contoh aktiviti yang dilakukan ialah mendengar dan menyebut perkataan. Pelajar mendengar guru menyebut perkataan. Seterusnya pelajar

dikehendaki mengulangi perkataan yang disebut oleh guru berulang kali. Misalnya jika guru menyebut perkataan ladang, padang, lantai, pantai, lali, lori, galah atau kalah, pelajar juga perlu mengulang dan menyebut perkataan yang sama dengan guru. Hanya pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dengan baik dapat mengulangi perkataan yang disebut oleh guru. Aktiviti latih tubi pemintal lidah juga boleh dilakukan kepada para pelajar. Pelajar diuji untuk menyebut perkataan yang hampir sama Contohsebutannya berulang-ulang kali. Ayat yang dibentuk berasaskan perkataan tersebut mestilah bermakna untuk memaksimumkan kesannya. contoh ayat pemintal lidah ialah pandang tandan depan padang, dari darah dan nanah yang hanyir tumpah ke tanah, berat beras dua belas kilo dan tulang temulang di atas belulang. Aktiviti yang lain ialah memadankan perkataan dengan gambar. Murid diberi kertas edaran yang mengandungi beberapa set perkataan yang mempunyai sedikit perbezaan bunyi dalam suatu set perkataan. berkenaan. Contoh aktiviti tersebut adalah seperti berikut : Arahan kepada murid : perkataan. gambar yang sesuai. Soalan 1 : A = buku B = kuku C = duku Bagi tiap-tiap soalan kamu akan mendengar tiga C dalam ruangan di bawah Guru menyebut perkataan itu dan murid diminta memadankannya dengan gambar

Tuliskan huruf-huruf A, B atau

Disamping itu, aktiviti mendengar untuk memahami dan melakukan tindak balas juga boleh dilaksanakan. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan dengan , antaranya ialah : I. II. yang lebih lama. III. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas

12.0

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR Terdapat pelbagai kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Tujuan kaedah pengajaran kemahiran mendengar adalah untuk menarik Minat murid, mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu. Antara kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam kemahiran mendengar ialah kaedah permainan bahasa, kaedah bercerita, kaedah kuiz dan kaedah soal jawab. Permainan bahasa adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar.Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kaedah ini juga banyak menggunakan kemahiran mendengar para pelajar. Hal ini kerana kaedah ini melibatkan interaksi antara pelajar dan guru yang memerlukan kepekaan pelajar untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa selain daripada kemahiran mendengar iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan. Selain itu, kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran mendengar kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Kaedah ini juga memerlukan pelajar mendengar dengan teliti cerita yang sedang atau yang akan disampaikan oleh guru. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa juga dapat disampaikan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan sekaligus menghilangkan minat pelajar untuk mendengar. Langkah-langkah yang boleh digunakan dalam persediaan teknik bercerita ialah memiilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, disesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Frasa atau ayat-ayat penting dihafaz. Guru perlu berlatih bercerita seolaholah berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. selesa. Guru hendaklah bercerita dalam keadaan yang Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau

alat bantuan mengajar yang lain. Kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-

ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan juga perlu disediakan. Kaedah kuiz telah diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini Tujuannya ialah setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolahsekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar juga dapat mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki dan dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Selain itu, ia juga membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz juga dijadikan sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. Pelajar perlu mendengar dengan teliti soalan yang dikemukakan oleh guru yang bertindak sebagai pengacara supaya mereka dapat menjawab soalan dengan baik sekaligus memerlukan mereka menguasai kemahiran mendengar. Disamping itu, kaedah soal jawab juga boleh digunakan dalam kaedah pengajaran kemahiran mendengar. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan kaedah ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran mendengar pelajar. Kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalansoalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi

tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar serta memerlukan ketajaman mendengar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis, untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar serta meningkatkan kemahiran mendengar para pelajar. dapat membantu menajamkan Soalan yang terancang dan bermutu pelajar di samping dapat pemikiran

mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

You might also like