You are on page 1of 4

Jurnal Fasa 3, Minggu 2 2013

JURNAL MINGGU KEDUA Murid Pasif Semasa Aktiviti Pengajaran Masalah Bagi subjek Pengurusan Diri, saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas Melor. Melor merupakan kelas kedua daripada empat kelas yang terdapat dalam Program Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Haji Abdul Rahman. Semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran murid-murid tahun 1 lebih banyak mendiamkan diri dan guru lebih banyak bercakap berbanding murid-murid. Mereka hanya bercakap apabila guru bertanyakan soalan kepada mereka itu pum setelah dirangsang dengan pelbagai soalan. Menurut Noriah Kamaruddin (1996), penyertaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang paling penting bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai kemahiran yang ingin disampaikan oleh guru. Penyertaan kelas juga merupakan alat pembelajaran yang sangat bernilai bagi guru. Situasi ini menyebabkan saya sendiri kurang pasti adakah mereka faham apa yang saya ajarkan kepada mereka atau tidak. Ini kerana saya tidak tidak dapat mengagak respon daripada mereka kerana sikap mereka yang mendiamkan diri itu. Saya kerap kali juga bertanyakan soalan kepada murid-murid yang pasif, namun hasilnya tidak memberangsangkan. Mereka gagal menjawab dengan tepat. Berdasarkan Fatimah Husin (2000), orang dewasa sendiri berasa sukar untuk bercakap di hadapan sekumpulan pendengar, apatah lagi kanak-kanak yang cuba bercakap di hadapan rakan-rakannya di dalam kelas. Tidak semua pelajar dapat memberikan pandangan, pendapat atau bertanyakan soalan. Namun begitu, murid-murid ini akan menjadi lebih aktif semasa aktiviti pengukuhan dan latihan bertulis. Mereka akan lebih kerap mengajukan soalan kepada saya sehinggakan

Jurnal Fasa 3, Minggu 2 2013

saya tidak tahu untuk memberikan tumpuan kepada siapa terlebih dahulu. Sehinggakan perkara yang remeh juga dimaklumkan kepada saya. Ini membuatkan saya berfikir, apakah yang menyebabkan keadaan sebegini berlaku. Analisis masalah Situasi yang saya hadapai ini menyebabkan saya sentiasa berfikir apakah yang menyebabkan mereka memberi reaksi sebegitu. Antara yang bermain di fikiran saya adalah : 1. Adakah mereka berfikir saya akan marah sekiranya mereka memberikan jawapan yang salah apabila disoal? 2. Adakah mereka sebenarnya seorang yang pemalu dan sememangnya pasif? 3. Adakah mereka tidak memahami apa yang saya ajarkan? 4. Adakah mereka malu apabila berhadapan dengan rakan-rakan sekelas? Tetapi saya tidak pernah memarahi mereka sepanjang mengajar kelas mereka sekiranya mereka memberikan jawapan yang salah. Saya lebih banyak mendengar jawapan mereka dan selepas itu saya akan memberikan ruang untuk mereka berfikir kembali jawapan yang sebetulnya. Sekiranya mereka masih lagi memberikan jawapan yang salah saya akan memperbetulkan kembali jawapan mereka. pastilah faktor takut adalah bukan punca utama. Saya dapat merasakan sebenarnya mereka banyak mendiamkan diri daripada proses pengajaran yang berlangsung adalah disebabkan oleh kelemahan mereka sendiri. Hal ini adalah kerana mereka terdiri daripada kumpulan yang lemah. Ini mungkin akan menyebabkan mereka tidak memahami apa yang diajarkan kepada mereka dan fokus tumpuan mereka kepada proses pengajaran dan pembelajaran menjadi terganggu menyebabkan mereka lebih selesa mendiamkan diri. Ini menyebabkan mereka Justeru sudah

Jurnal Fasa 3, Minggu 2 2013

membataskan pergerakan mereka dalam konteks pernyertaan kelas semasa aktiviti pengajaran berlangsung. Cadangan Antara cadangan yang dapat dikenal pasti untuk mengatasi masalah ini ialah: Mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar untuk bertanyakan soalan : Menjelaskan kepada murid-murid bahawa saya suka mereka bertanyakan soalan. Memberi perhatian yang serius terhadap soalan: Murid-murid mungkin berasa malu untuk bertanya atau menjawab soalan kerana mereka kurang yakin dengan diri sendiri. Jadi saya harus membantu dengan menghormati pandangan dan sentiasa memberi respon yang positif. Bersabar menunggu respons Memberi masa kepada murid-murid untuk menyusun idea sebelum memberikan respons. Membantu tingkatkan keyakinan untuk menjawab soalan. Mengajukan soalan yang saya tahu murid dapat menjawabnya. Sekiranya murid tidak dapat menjawab, tukar bentuk soalan itu kepda ya atau pun tidak. Tempoh penyelesaian 3 Feb 2013-7 Feb 2013 ( 1 Minggu)

Jurnal Fasa 3, Minggu 2 2013

Kesimpulan Mengggalakkan penyertaan kelas adalah salah satu aspek penting yang memerlukan perhatian rapi oleh guru. Melalui penyertaan kelas, guru akan tahu apa yang kurang difahami oleh pelajar dan dengan itu dapat melakukan pengubahsuaian dalam pengajaran. Oleh yang demikian, setiap cadangan yang telah diberikan perlu dilaksanakan sebaik mungkin agar dapat mengatasi masalah yang berlaku terhadap segelintir murid-murid tahun 1.

You might also like