You are on page 1of 2

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

Memilih Teman yang Soleh Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat-menasihati antara satu dengan lain Lukman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama dengan orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah S.W.T. menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Di samping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini akan mematangkan lagi diri kita di samping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Banyakkan Zikrullah Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama sufi begitu menitikberatkan perkara ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengan zikrullah akan sentiasa diberkati dan diredai oleh Allah S.W.T. dan makhluk-Nya. Menjaga Kehormatan Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutuplah segala keaiban diri dan orang lain kerana ia membawa keredaan Allah S.W.T. Hanya orang yang kehidupannya dicucuri dengan keredaan dan rahmat Allah S.W.T. sahaja yang mampu merasakan kebahagiaan dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah S.W.T., hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita.

Doa dan Keredaan Ibu Bapa Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Ingatlah bahawa keredaan Allah S.W.T. bergantung kepada keredaan ibu bapa terhadap kita. Beramal dengan Segala Ilmu yang Diperoleh Kita hendaklah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah ilmu sebagai senjata dalam mematahkan serangan musuh Islam.

You might also like