You are on page 1of 26

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL.

1)
BULETIN KPKK
YANG SALAH Y.B. YANG BETUL YB CATATAN Tidak perlu tanda noktah. Contoh lain: YAM, YAA, DYMM, YBhg.

Y.Bhg.

YBhg

Rujuk penjelasan di atas.

Di antaranya, Pengurus

Antaranya, Pengurus

Frasa sendi di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: Anak itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. Lif itu terhenti di antara tingkat tiga dengan tingkat empat. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura

NOTA: Padanan di antara/ antara ialah dengan bukan dan.

Di antara buku yang telah

Antara buku yang telah

Rujuk penjelasan di atas.

Urusetia

Urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.


1

di atas pelantikan

atas pelantikan

Kata sendi di atas digunakan untuk perkara yang boleh dipegang atau nampak fizikalnya. Contohnya: di atas meja di atas pokok di atas bumbung di atas jalan di atas bahu

bekerja sama

bekerjasama

Kerjasama, antara beberapa kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan.

Selain daripada penganjuran Selain penganjuran

Tidak perlu ada kata sendi, dari atau daripada selepas selain.

ke-Sepuluh

kesepuluh, ke-10

Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang. Contoh lain: Keempat, ke-4 Kelapan, ke-8 Keseratus, ke-100

mensasarkan

menyasarkan

S-a-s-a-r bermula dengan konsonan s, dengan demikian menerima awalan meny dan konsonan s gugur. Contoh lain: Suka jadi menyukai Salah jadi menyalahi/kan Suci jadi menyuci Satu jadi menyatukan
2

Pra Sekolah

prasekolah

Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, multi dan sub - apabila bertemu dengan kata nama umum, dieja sebagai satu perkataan, tanpa tanda sempang. Contohnya: antidadah antikomunis dwibahasa dwicabang ekafungsi ekawarna juruaudit juruukur pascaijazah pascapenerbitan prasejarah pramoden proaktif prokemerdekaan sosiobudaya sosioekonomi subkontraktor substandard tatanama tatarias Namun apabila awalan ini bertemu dengan kata nama khas, kita tulis dengan tanda sempang. Contohnya: Anti-Rusia Pro-Barisan Nasional

Terdiri di kalangan

Terdiri daripada kalangan

Daripada, kata sendi yang lebih tepat.


3

Intan

INTAN

Akronim kepada Institut Tadbiran Awam Negara, dieja dengan huruf besar.

Yang Dipertuan Agong di wakili

Yang di-Pertuan Agong diwakili

Ejaan yang digazetkan. Imbuhan awalan di dan ke hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja. Contohnya: dipenjarakan dipecat dimarahi diisi dilaporkan Awalan ke bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Contohnya: kehendak keluar pintu kerangka kesemua ketua Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya: di angkasa di antara di atas di Johor di udara
4

digunapakai

diguna pakai

Kata majmuk dieja terpisah, kecuali beberapa perkataan yang ditetapkan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, seperti tanggungjawab, pesuruhjaya, olahraga, tandatangan, warganegara, antarabangsa, jawatankuasa, matahari, kerjasama dan beritahu. Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran. Contohnya: Kuat kuasa Penguat kuasa Menguatkuasakan Penguatkuasaan Ambil alih Mengambil alih Pengambilan Latar belakang Berlatar belakang Berlatarbelakangkan Naik taraf Menaik taraf Menaiktarafkan

Ke 20

Ke-20

Rujuk penjelasan di muka surat 2. Kata akarnya, ketengah menerima awalan meng, hanya konsonan k yang gugur. Konsonan t, kekal.
5

mengenengahkan

mengetengahkan

beserta

berserta

Awalan ber bukan be.

ialah untuk

adalah untuk

Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja. Contohnya: Kursus ini adalah untuk Tarikh tutup kursus adalah pada 31 Ogos 2009.

Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. Contohnya: Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan..

GEMA MERDEKA

YANG SALAH perlantikan

YANG BETUL pelantikan

CATATAN Pelantikan daripada proses melantik bukan berlantik. Contohnya: Pelepasan daripada perbuatan melepaskan Perlepasan daripada perbuatan berlepas

Perdana Menteri Malaysia keVI

Perdana Menteri Malaysia VI atau Perdana Menteri Malaysia Keenam atau Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Tidak perlu tanda sempang. Keenam, dieja sebagai satu perkataan. Dieja dengan tanda sempang

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

tauladan

teladan

Ejaan yang tepat ialah teladan.

dayafikir

daya fikir

Daya fikir, kata majmuk yang dieja terpisah.

jayadiri

jaya diri

Jaya diri, kata majmuk yang dieja terpisah.

teguhdiri

teguh diri

Teguh diri, kata majmuk yang dieja terpisah.


7

ulangtahun

ulang tahun

Ulang tahun, kata majmuk yang dieja terpisah.

jesteru

justeru

Ejaan yang tepat justeru.

mengenepikan

mengetepikan

Kata akar ketepi, jadi menerima awalan meng. Yang gugur hanya konsonan k. konsonan t kekal.

sosio ekonomi

sosioekonomi

Rujuk penjelasan di muka surat 3.

mengisahkan tentang kehidupan.

mengisahkan kehidupan

Mengisahkan, kata kerja transitif mesti terus menerima objek, kehidupan (kata nama atau frasa nama) dan tidak boleh disisipkan dengan kata sendi tentang.

terlibat di dalam pelbagai program

terlibat dalam pelbagai program

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: di atas di Perlis di sana Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal,
8

urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya: dalam hal ini dalam bidang penyiaran dalam konteks ini, Kata sendi nama di dalam digunakan untuk yang ada ruang. Contohnya: di dalam bilik di dalam hutan di dalam kotak di dalam dewan

Benson Adversiting

Benson Advertising

Kesilapan menaip.

Lintas Adversiting

Lintas Advertising

Kesilapan menaip.

Ramai aktivitis-aktivitis

Ramai aktivis

Ramai, kata jamak tidak perlu digandakan Contoh kata-kata lain yang membawa pengertian jamak: Orang, rakyat, mereka, maklumat, banyak, semua, senarai, pertubuhan, persatuan, kumpulan, gabungan

Dato Rahim Razali adalah seorang insan

Dato Rahim Razali, insan atau Dato Rahim Razali ialah insan

Tidak perlu ada kata pemeri adalah.

atau Dato Rahim Razali ialah seorang insan

Di dalam dunia seni

Dalam dunia seni

Rujuk penjelasan di muka surat 8.

Tub Abdul Razak (2 kali)

Tun Abdul Razak

Kesilapan menaip.

Membincangkan mengenai isu

Membincangkan isu

Membincangkan, kata kerja transitif terus menerima objek,( isu), dan tidak boleh disisip dengan kata-kata lain (mengenai).

pilihanraya

pilihan raya

Pilihan raya, kata majmuk yang dieja terpisah.

disamping

di samping

Rujuk penjelasan di muka surat 8.

Sumbangan di dalam pembangunan

Sumbangan dalam pembangunan

Rujuk penjelasan di muka surat 8.

di mana tarikh tutup

yang tarikh tutup

di mana ialah kata tanya, dan tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

Selain daripada memperkasakan

Selain memperkasakan

Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain.

di atur

diatur

Diatur, kata kerja. Dengan demikian dieja sebagai satu perkataan.


10

Bandar DiRaja

Bandar Diraja

Ejaan yang tepat Diraja.

koreograger

koreografer

Kesilapan menaip.

Muzik Tun Razak

Muzikal Tun Razak

Kesilapan menaip.

DOKUMEN MESYUARAT JKPA PADA 3 OGOS

YANG SALAH Y.Bhg.

YANG BETUL YBhg

CATATAN Tidak perlu tanda noktah.

Y.M.

YM

Tidak perlu tanda noktah.

urusetia

urus setia

Kesalahan lazim, terutama sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

minima

minimum

Ejaan yang tepat minimum.

disemua peringkat

di semua peringkat

Rujuk penjelasan di muka surat 8.

efisen

efisien

Ejaan yang tepat efisien.

ePerolehan

e-Perolehan

Dieja dengan tanda sempang.

11

ianya

ia

Tidak ada kata ganti nama ianya dalam bahasa Melayu. Sekiranya ianya dianggap betul, maka kita juga harus menerima kata ganti nama akuku, kamumu sebagai betul.

adalah seperti berikut

adalah seperti yang berikut

Lebih tepat jika ada yang.

cop rasmi

cap rasmi

Ejaan yang tepat cap.

sepertimana

seperti mana

Lebih tepat sebagaimana atau seperti.

maklumbalas

maklum balas

Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.

dari jumlah tersebut

daripada jumlah tersebut

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa. Contoh yang menyatakan tempat atau arah: Awak datang dari mana? Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi. Lori itu datang dari arah kiri. Mereka baru sampai dari Kuching.

12

Contoh yang menyatakan waktu atau masa: Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari. Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18. Perkara itu diketahui dari waktu subuh lagi. Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut: Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak); Sumber atau asal kejadian sesuatu benda; Perbezaan atau perbandingan; dan Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.

Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur mujarad Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.

13

Cadangan daripada persatuan telah kami terima. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. Encik Karim baru sahaja menerima arahan daripada ketuanya. Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak kerajaan.

Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda Ahli persatuan terdiri daripada pelajar sekolah. Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen. Benang berasal daripada kapas. Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya. Saya sedia untuk meminta maaf sekiranya kesilapan itu berpunca daripada saya.

Menyatakan sebahagian daripada semua Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

14

Kebanyakan daripada rumah di kampung itu musnah dipukul ribut. Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masingmasing. Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.

Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan Ali lebih tinggi daripada Ahmad. Kami tiba lewat daripada mereka. Membaca buku ilmiah lebih baik daripada membaca majalah hiburan. Perangainya lain daripada yang lain.

rendah dari 24.4%

rendah daripada 24.4%

Kata sendi dari untuk masa dan tempat. Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian atau sumber.

berpuashati

berpuas hati

Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah.

dibawah

di bawah

Kata sendi di, dieja terpisah.

15

mengambil maklum perkara-perkara berikut:

mengambil maklum akan perkara-perkara yang berikut:

Perlu ada kata sendi akan.

diatas kerjasama

atas kerjasama

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

maklumbalas

maklum balas

Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.

minima

minimum

Ejaan yang tepat minimum.

Y. Bhg

YBhg

Tidak perlu ada tanda noktah.

tengahari

tengah hari

Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.

ePerolehan

e-Perolehan

Perlu ada tanda sempang.

ianya

ia

Ianya tidak boleh dianggap sebagai kata ganti diri.

di antara terma rujukan

antara terma rujukan

Rujuk penjelasan di muka surat 1.

mempastikan

memastikan

Pasti, menerima awalan mem dan konsonan p digugurkan.

perolehi

peroleh

Perkataan yang tepat ialah peroleh

16

tv1

TV1

TV1, dieja dengan huruf besar.

tv2

TV2

TV2, dieja dengan huruf besar.

sebutharga

sebut harga

Sebut harga, kata majmuk yang dieja terpisah.

professional

profesional

Profesional, dieja dengan satu s. Jarang sekali terdapat gugusan konsonan dalam perkataan BM. Contoh lain: Misi bukan missi Majalah bukan majallah Muhibah bukan muhibbah Sesi bukan sessi Hajah bukan hajjah Gosip bukan gossip Kecuali media massa untuk membezakannya daripada masa.

dari masa ke semasa

dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa

Gunakan perkataan yang sama, jangan disilangkan.

Laporan Tindakan ke atas kesalahan

Laporan Tindakan tentang /akan kesalahan

Kata sendi yang tepat ialah akan atau tentang.

hukuman ke atas kakitangan

hukuman kepada /terhadap kakitangan

Kata sendi yang tepat ialah kepada atau terhadap.


17

dikemaskini

dikemas kini

Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.

mengambil tindakan di atas perkara ini

mengambil tindakan atas perkara ini

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

menaiktaraf

menaik taraf

Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah.

kesemua 51 lokasi

ke semua 51 lokasi

Kata sendi ke, dieja terpisah.

pemerksaan

pemeriksaan

Kesilapan menaip.

utnuk

untuk

Kesilapan menaip.

sepertimana

Seperti mana

Lebih tepat sebagaimana atau seperti.

kraftangan

Kraf tangan

Kraf tangan, kata majmuk yang dieja terpisah. (kecuali kata nama khas yang digazetkan)

berpuashati

berpuas hati

Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah.

pernelanjaan

perbelanjaan

Kesilapan menaip

18

adalah sebanyak

ialah sebanyak

Rujuk penjelasan tentang kata pemeri ialah dan adalah

dari jumlah peruntukan yang diterima

daripada jumlah peruntukan yang diterima

Rujuk penjelasan di muka surat 10 13.

Y.B.

YB

Tidak perlu tanda noktah.

di atas nama

atas nama

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

telepon

telefon

Ejaan yang tepat ialah telefon.

sepertimana

Seperti mana

Lebih tepat seperti atau sebagaimana

e-mail

e-mel

Ejaan yang tepat ialah e-mel.

fax

faks

Ejaan penuh ialah faksimile dan singkatannya ialah faks.

Dewan Cendiakawan

Dewan Cendekiawan

Ejaan yang tepat ialah cendekiawan.

merekabentuk

mereka bentuk

Reka bentuk, kata majmuk yang dieja terpisah.

siaraya

siar raya

Siar raya, kata majmuk yang dieja terpisah.

19

Institut Penyiaran & penerangan

Institut Penyiaran dan Penerangan

Ejaan yang tepat ialah perkataan dan dieja, dan konsonan p dieja dengan huruf besar. Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah.

menaiktaraf

menaik taraf

Komputer HP Laser Jet Dan samsung

Computer HP Laser Jet dan Samsung

Nama khas

perlanjutan

pelanjutan

Pelanjutan, daripada proses melanjutkan.

halatuju

hala tuju

Hala tuju, kata majmuk yang dieja terpisah.

Juru Perunding

Juruperunding

Juruperunding, dieja satu perkataan.

perlantikan

pelantikan

Pelantikan, daripada proses melantik.

BAKI BAWA KEHADAPAN

BAKI BAWA KE HADAPAN

Kata sendi ke, dieja terpisah.

HAPUSKIRA

HAPUS KIRA

Hapus kira, kata majmuk yang dieja terpisah.

DIKEMASKINI

DIKEMAS KINI

Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.

PANTRY

PANTRI

Ejaan dalam BM, dieja dengan vokal i.


20

diperolehi

diperoleh

Kata yang tepat ialah diperoleh.

senireka

seni reka

Seni reka, kata majmuk yang dieja terpisah.

BUKU KECIL 1MALAYSIA

YANG SALAH berdasarkan atas prinsipprinsip

YANG BETUL berdasarkan prinsipprinsip

CATATAN Kata kerja transitif terus menerima objek, tidak boleh disisip dengan kata sendi atas.

e-mail

e-mel

Ejaan yang tepat ialah e-mel.

SURAT RASMI

YANG SALAH Institut Penyiaran Tun Razak

YANG BETUL Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak

CATATAN IPPTAR Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak

Faks No.

No. Faks

Hukum D M Yang diterangkan mendahului yang menerangkan.


21

Contoh lain: Pisang goreng Studio mini Hal-hal lain Kedai pajak gadai Kompleks sukan

Y.Bhg.

YBhg

(7 kali) Tidak perlu tanda noktah.

tengahari

tengah hari

(5 kali) Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.

Dewan Banquet

Dewan Bankuet

(2 kali) Bankuet, dieja dengan konsonan k.

maklumbalas

maklum balas

(2 kali) maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.

urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah.

faksemili

faksimile

Ejaan yang tepat ialah faksimile.

Sesungguhnya dengan kehadiran Tuan akan menyerikan majlis ini

Sesungguhnya kehadiran Tuan Ayat asal tidak gramatis. akan menyerikan majlis ini

ATURCARA

ATUR CARA

Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.

22

diatas

di atas

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

Adalah dimaklumkan

Dengan ini dimaklumkan

Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.

disepanjang tempoh diatas staff

sepanjang tempoh di atas

Ayat asal tidak gramatis.

staf

Perkataan BM ialah staf.

Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah dihargai.

Kerjasama tuan dalam menjayakan acara ini amat dihargai.

Ayat asal tidak gramatis.

aturcara

atur cara

Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.

Check in

Daftar masuk

Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.

vocal

vokal

Vokal, dieja dengan konsonan k.

tengahari

tengah hari

Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah.

Check out

Daftar keluar

Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya.

perkara diatas.

perkara di atas.

Kata sendi di, dieja terpisah. Rujuk penjelasan di muka surat 2.


23

berkuatkuasa

berkuat kuasa

Kuat kuasa, kata majmuk yang dieja terpisah.

Disamping itu,

Di samping itu,

Kata sendi di, dieja terpisah.

di arahkan

diarahkan

Awalan di, dieja satu perkataan.

di sifatkan

disifatkan

Awalan di, dieja satu perkataan.

S.K

s.k.

Huruf kecil dan ada tanda noktah.

Y.Bhg.

YBhg

Tidak perlu tanda noktah.

Adalah saya dengan hormatnya merujuk

Dengan hormatnya saya merujuk

Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.

Diangkakan seramai 250 orang

Dijangkakan seramai 250 orang

Lebih tepat dijangkakan.

Hajjah Bilik-bilik yang diacadangkan adalah Bilik Cabaran

Hajah Bilik-bilik yang dicadangkan ialah Bilik Cabaran

Ejaan yang tepat ialah hajah. Rujuk penjelasan di muka surat 6.

Jalan Pantai Baru

Jalan Pantai Baharu

Ejaan yang tepat ialah baharu. Urus setia, kata majmuk yang dijea terpisah.

Urusetia

Urus setia

24

BOLASEPAK

BOLA SEPAK

Bola sepak, kata majmuk yang dieja terpisah.

Di atas kerjasama tuan

Atas kerjasama tuan

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Ayat asal tidak gramatis. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

keatas

ke atas

Kata sendi ke, dieja terpisah.

BUKU PROGRAM MALAM JASAMU DIKENANG

YANG SALAH Y.B.

YANG BETUL YB

CATATAN Tidak perlu tanda noktah.

Berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut: Allah S.W.T.

Berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Allah SWT

Tidak perlu kata sendi atas.

Tidak perlu tanda noktah.

limpahNya

limpah-Nya

Konsonan N dieja dengan huruf besar kerana Nya merujuk kepada Allah. Perkataan dieja dengan tanda sempang.

Pada Kesempatan ini

Pada kesempatan ini

Kesilapan menaip.
25

berjaya di dalam apa jua bidang di atas persaraan mereka

berjaya dalam apa jua bidang atas persaraan mereka

Rujuk penjelasan di muka surat 8. Rujuk penjelasan di muka surat 2. Rujuk penjelasan di muka surat 2. Mu tidak perlu dieja dengan huraf besar kerana bukan merujuk kepada Allah. Perkataan Jasamu dieja rapat.

di atas sumbangan

atas sumbangan

Jasa Mu Dikenang

Jasamu Dikenang

Selain daripada menjadi medan

Selain menjadi medan

Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain.

bertukar-tukar pengalaman di antara pesara dan warga Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan

bertukar-tukar pengalaman antara pesara dengan warga Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Rujuk penjelasan di muka surat 1.

Dan, d dieja dengan huruf kecil.

NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan bahasa yang masih berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat saya untuk mengaibkan pesalah bahasa. Harapan saya, teguran ini boleh dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di pejabat. Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Sama-samalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Dipantau tegur oleh: Dato Adilah binti Shek Omar Pengarah IPPTAR Tarikh: Dikemaskinikan pada 25 Julai 2010

26

You might also like