You are on page 1of 2

Laporan Majlis Penyampaian Hadiah Larian Ria 2013

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah mengadakan acara Larian Ria pada hari Rabu, 6 Mac 2013. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian. PISMP TESL P5L telah ditugaskan mengendali hadiah dan cenderahati kepada para pemenang dan tetamu jemputan. Majlis penutupan dimulakan dengan ucapan Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Encik Nazri bin Bedin. Dalam teks ucapan beliau, beliau menyatakn rasa gembira kerana telah menjayakan program tersebut. Walaupun ramai yang tewas, tetapi semangat kesukan amatlah penting. Kesihatan adalah penting untuk melakukan tugas harian. Beliau juga mengharapakan program seterusnya iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan mendapat sambutan yang sama seperti yang diberikan pada hari tersebut. Banyak nasihat yang diberikan oleh beliau buat pewaris negara pada masa akan datang.

Selesai ucapan yang diberikan oleh Ketua Unit Kokurikulum, majlis diteruskan lagi dengan penyampaikan hadiah. Penyampaian hadiah diberikan mengikut empat ketagori iaitu kategori perempuan, kategori lelaki, kategori pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan. Setiap kategori disediakan 20 medal dan sijil untuk para pemenang dan juga tiga pemenang terpantas bagi setiap kategori mendapat satu tin milo sebagai hadiah saguhati dari pihak penganjur. Selepas upacara penyampaian hadiah dijalankan, majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah dimana sepuluh hamper disediakan untuk pemenang yang bertuah. Sebanyak sepuluh nombor cabutan

dicabut oleh Tuan Timbalan Pengarah dan juga Ketua Unit Kokurikulum. Semua pensyarah dan pelajar berdebar-debar menunggu nombor mereka dipanggil. Seterusnya, majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Tuan Haji Shobri bin Saad. Pengumuman pemenang bagi johan kesuluruhan bagi rumah sukan menutup tirai majlis. Tempat Pertama dimenangi oleh juara bertahan, rumah Ria, diikuti dengan rumah Malinja, Mahsuri dan Bahagia. Para pelajar menyorak kegembiran selepas pengerusi majlis mengumumkan bahawa majlis bersurai. Para pelajar juga diberikan perlepaskan pulang awal pada pukul 10.30 pagi. Majlis berakhir dengan jayanya.

You might also like