3.0Merisik Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis,ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai
berbunga-bunga
atau
berjarum-jarum.
Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukantermasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.4.0Meminang dan bertunangRombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masaitu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau maskahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan
lapit
atau ikat pinggang perak atau sebilah pedangsebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincangtentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak bolehlagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudianwakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepadasaudara-mara dan jiran tetangga.3