1.0 PENDAHULUAN
Sesungguhnya penciptaaan manusia adalah lengkap dan sempurna sebagaimafirman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Sesungguhnya aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu,sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan)dari setengahnya yang lain..” Surah Al-Imran ,ayat 195.
Prinsip menghormati dan mengangkat hak serta martabat wanita telah dinyatakan didalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjelaskanbahawa:
“Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang “.
Jelas Perlembagaan Malaysia mengiktiraf semua golongan di Malaysia dan mendapatperlindungan yang sama rata tanpa membezakan antara agama,bangsa dan jantinaseseorang. Di sudut Islam,martabat kaum wanita tidak pernah dipandang rendah tetapi tidakpula menyamakan antara lelaki dan perempuan. Apa yang penting Isalam menghormati kaumwanita dan mengangkatnya kepada darjat yang tinggi mengikut lunas-lunas Islam.Pembangunan berasal dari perkataan ‘bangun’ iaitu bererti bangkit atau berubahkedudukan ataupun berlakunya transformasi. Proses transformasi ini melibatkan individuataupun masyarakat secara progresif. Perkataan transformasi ini juga merujuk kepadamanusia dan perubahan yang dialaminya secara berperingkat-peringkat ke arah kemajuan.Dalam memastikan pembangunan berjalan dengan lancar, maka peranan wanita tidakboleh diketepikan. Sumbangan wanita dari pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosialdan politik di kebanyakan negara-negara di dunia begitu dominan sekali. Nama-nama sepertiMagaret Thatcher, Indra Ghandi, Benazir Bhutto, Corazon Aquino, Sirimavo Bandaranaike, danlain-lain sudah menjadi sinonim kepada pemimpin-pemimpin dunia. Senario kepimpinan wanitadalam sesebuah negara telah merebak ke dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Kaum wanitatelah diberi peluang dalam memegang beberapa portfolio dalam kabinet seperti Datin PadukaRafidah Aziz, Datin Paduka Zaleha Ismail, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan Datuk SeriShahrizat Abdul Jalil.
1