Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Pendahuluan
Persoalan wira dalam kesusasteraan Melayu kerap dibincangkan oleh para pengkaji kesusasteraan. Wira ialah manusia yang dikenali gagah perkasa dan berwibawa.Menurut Kamus Dewan (1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1465)mendefinisikan wira itu pahlawan dan lelaki. Manakala Glosori Istilah Kesusasteraan(1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 359) pula mentafsirkan wirasebagai watak lelaki atau perempuan yang menjadi tumpuan dalam sebuah karyakesusasteraan. Istilah ini digunakan pada watak-watak yang menjadi perhatian utama para pembaca dan penonton.Istilah wira ini juga dapat dianggap sebagai suatu keunggulan sejarah. MenurutHuzainga, “…a historical life-ideal maybe defined as any concept of excellence man projects into the past”. Beberapa istilah wira telah digunakan dalam kesusasteraan sepertisateria, pahlawan, pendekar, pejuang, tokoh dan srikandi. Menurut Shaharuddin, terdapatdua jenis manusia yang disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu iaitu wira-wira feudaldan wira-wira jenis kebendaan. Kedua-dua konsep wira ini bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan sejagat tetapi diagung-agungkan oleh golongan elit danterdidik Melayu sebagai contoh-contoh yang elok ditiru oleh orang-orang Melayu.Penelitian pada buku-buku kesusasteraan ini menunjukkan bahawa tokoh-tokoh feudalyang itu telah diangkat sebagai wira. Tokoh-tokoh zaman kesultanan Melaka sepertiHang Tuah, Hang Jebat, Tun Fatimah, dan Bendahara Tun Perak mendapat perhatiandalam kesusasteraan ini, dan diketengahkan sebagai watak-watak ideal atau taraf kecemerlangan yang dianggap tinggi dan terpuji.
 
Terdapat beberapa aspek pemikiran yang disampaikan oleh pengarang untuk menghasilkan sesuatu karya. Seperti Usman Awang sebagai contoh, bahasa yangdigunakan beliau penuh dengan tanda-tanda bertujuan untuk mengajak peminat mencarimakna-makna tersirat, disamping memahami budaya sosial. Ia menggunakan pendekatansemiotik iaitu sebagai salah satu syarat untuk memahami budaya dan mengkajinya bagimempertingkatkan angapan sistem makna sosial yang dikongsi bersama (Barley 1983:398; Mana Sikana 1990: 23-4). Selain itu, idea-idea dalam sastera yang disampaikan oleh pengarang secara implisit menerusi penggunaan simbol, bahasa taip atau bentuk drama,alirannya, perwatakannya dan upacara-upacara tertentu. Drama yang menggunakan banyak dialog atau bahasa juga dikaji melalui pendekatan semiotik. Ini kerana pendekatan semiotik begitu peka dengan kehidupan manusia seharian yang kaya dengan pelbagai sistem perlambangan sama ada sahih atau kabur. Para pengkaji membuat penelitian dengan menjadikan Untuk melihat sesebuah karya, semiotik perlu dijadikanalat kerana kemungkinan adanya sistem yang tersendiri melalui penggunaan sistem tandaatau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya berkenaan. Cara yang paling baik untuk menganalisis sesebuah karya melalui pendekatan semiotik adalah dengan berlandaskankepada konteks adanya sistem tersebut dalam setiap karya yang ingin dikaji (ManaSikana 1990 : 28). Kita akan melihat hal-hal yang paradoks dan kontradiksi serta stail pengarang yang tersendiri. Hal-hal ini hampir sejajar dengan teori Emberto Eko yangmeletakkan lambang sebagai subtance-effect, hasil mainan dua sistem perbezaan yang berlainan ataupun sebagai alat untuk berdusta (Emberto Eco 1980). Melalui semiotik  juga, kita dapat melihat cara pengarang mengaitkan sesuatu konsep dengan pemkiran ataugagasan idea pengarangnya. Di sinilah kepentingan semiotik digunakan untuk 
 
menentukan stail pengarang memaparkan realiti dalam sesebuah teks danmeghubungkannya dengan persoalan budaya dan masyarakat di mana ruang dan dunia pengarang yang berada.Objektif kajian ini akan membincangkan tentang cara pengarang mentafsir sesuatu ikon dan pola masyarakat, sesuai dengan struktur dan bahasa drama yang puitik dan moden. Selain itu, ia mengkaji bagaimana cara sesuatu cerita itu disampaikankepada orang Melayu pada waktu itu supaya dapat diterima dengan sepenuhnya. Disamping itu, kita dapat menambah ilmu pengetahuan serta mengenalpasti ciri-ciri wirayang terdapat dalam drama ini.Batasan kajian adalah pengkaji ingin mendekati sesuatu teks sastera denganmenggunakan pendekatan semiotik. Ia membincangkan tentang usaha pengarang yangmahu mentafsir sesuatu ikon dan pola masyarakat, sesuai dengan struktur dan bahasadrama yang puitik dan moden. Dalam hal ini, pengkaji akan menggunakan tiga buahdrama iaitu ‘
Matinya Seorang Pahlawan, Tamu di Bukit Kenny
dan,
Uda dan Dara’ 
olehUsman Awang sebagai bahan rujukan.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more