Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
121Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
laporan penyelidikan

laporan penyelidikan

Ratings: (0)|Views: 11,344|Likes:
Published by Aniza Malik

More info:

Published by: Aniza Malik on Mar 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/29/2014

pdf

text

original

 
Bab 1PENDAHULUANPengenalan
Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Justeru itu, dalam bab ini pengkaji menghuraikan serba sedikit tentang latar belakang kajian, penyataan masalah,tujuan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian.
Latar belakang
Kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Maka,kurikulum yang digubal untuk kanak-kanak pada peringkat awal perlulah seimbang danmenyeluruh. Justeru itu, matlamat pendidikan awal kanak-kanak sesungguhnya bertujuanuntuk memenuhi hak dan keperluan mereka. Sejak berdekad yang lalu hinggalah ke saatini, pendidikan awal kanak-kanak sering diberi perhatian dan menjadi satu topi perbincangan. Pelbagai usaha dicurahkan sama ada dari segi kewangan mahupun tenagauntuk memastikan usaha memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak serta pembangunan modal insan pada tahap yang membanggakan.Pengetahuan berkenaan perkembangan kanak-kanak dapat memberi panduankepada para pendidik bagi mengetahui tingkah laku dan sifat-sifat yang dapat dijangkadalam diri kanak-kanak. Maklumat ini amat penting bagi membantu para pendidimenyediakan peluang-peluang pembelajaran yang dapat membantu penyuburan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, semua prasekolah wajib berpegang pada garis panduan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. KurikulumKebangsaan Prasekolah (2001) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negaramembolehkan kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dankemahiran lain yang positif seperti fizikal, intelektual, emosi, rohani dan nilai estetikasebagai persediaan awal sebelum melangkahkan kaki ke alam sekolah rendah.1
 
Penyataan Masalah Kajian
Bermain adalah naluri semulajadi kanak-kanak, sama seperti makan dan tidur. Inikerana dalam aktiviti bermain, kanak-kanak prasekolah dapat diasuh secara langsung dantidak langsung bagi mengembangkan kesuburan diri yang menyeluruh dan seimbang dariaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Apabila bermain, kanak-kanak menggunakanseluruh anggota deria mereka seperti mata, telinga, hidung dan kulit mereka. Oleh itu,semasa kanak-kanak bermain menggunakan alat permainan luar khususnya mereka dapatmeneroka, menyiasat benda-benda di persekitarannya sambil mencipta, menjelajah,membina dan sebagainya. Namun begitu, sejauh manakah fungsi alat permainan luar prasekolah ini dapatmembantu guru dalam proses perkembangan kanak-kanak ? Adakah kondisi alat permainan luar yang disediakan mematuhi piawaian dan benar-benar selamat digunakanseperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Adakah kemudahanyang disediakan dapat dinikmati sepenuhnya oleh guru dan kanak-kanak prasekolah?Pengkaji tertarik untuk mengkaji masalah ini, berasaskan peristiwa yang dialami olehsekolah pengkaji sediri. Terdapat sejumlah 39 orang kanak-kanak prasekolah yangmelibatkan dua buah kelas prsekolah di tempat pengkaji berkhidmat tidak dapatmenikmati kemudahan untuk bermain alat permainan luar sejak tahun 2005 sehinggakini. Hampir dua tahun kanak-kanak prasekolah ini tidak mendapat hak mereka sepertikanak-kanak prasekolah yang lain. Masalah timbul apabila beberapa orang kanak-kanak  prasekolah tercedera ketika menggunakan ‘monkey bar’ dan buaian. Kecederaan inidisebabkan oleh kondisi alat permainan luar tersebut yang telah berkarat dan kurangselamat digunakan. Justeru itu, pihak pentadbir telah mengarahkan agar taman permainan prasekolah ini ditutup sehingga usaha untuk menggantikan alat permainan luar yang baru. Justeru itu, pengkaji ingin meninjau dan menyelidik tentang penggunaan alat permainan luar terhadap perkembangan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berpeluangmenikmati kemudahan tersebut dan sebaliknya.2
 
Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Kanak-kanak dapat merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan motor halus, menggunakan daya kreatif, mempertingkatkan kemahiran sosial dan berdisiplinapabila mereka bermain. Di samping itu, dapat membantu kanak-kanak melahirkan perasaan mereka apabila bermain. Bermain merupakan asas program amalan bersesuaian perkembangan (
 Developmentally Appropriate Practice
).
 Robinson & Schwartz 
(1972), berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak dapat diperkukuhkan melalui aktivititertentu iaitu :
The natural form of activity for the young child is usually referred to as play. Very earlyin life, a child begins learning through play. He engages extensively in numerous types of  play activities through which he develops most of his acquired skills and understanding 
”.(h:113)Menseimbangkan bermain dan belajar ataupun membuat kerja menjadi rangkakerja yang penting bagi membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Pemahaman guru berkenaan teori-teori perkembangan serta interaksi kanak-kanak dengan guru dan rakan dapat membantu guru merancang pembelajaran melalui bermaindengan lebih efisen. Mengikut pakar perkembangan otak (neurologist), bahagian atau selotak (neuron) yang dirangsang dari awal lagi akan berkembang dengan pesat danmembentuk sinaps yang kompleks. Peringkat awal perkembangan kanak-kanak merupakan masa yang terbaik untuk berlakunya proses perubahan-perubahan yang penting dalam diri kanak-kanak. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh persekitaran yang positif ataupun negatif.Memandangkan penggunaan alat permainan luar adalah sebahagian daripadakurikulum prasekolah, maka pengkaji ingin mengkaji penggunaa alat ini sebagai pemangkin yang membantu guru prasekolah dalam usaha memperkembangkan potensikanak-kanak secara menyeluruh.3

Activity (121)

You've already reviewed this. Edit your review.
Naszmie Hamzah liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Stella Teo liked this
cekgu syida liked this
I-shah Sabri liked this
Junaidah Noh Noh liked this
Denny James liked this
ilikevolkswagen liked this
Ummu Sarah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->