• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 2
    CommentGo Back
Download
 
1)Tamadun Islam dan peradaban manusia1.1 Peranan manusia sebagai pemulihara alam
Kamus dewan edisi baharu telah mendefinisikan manusia sebagai makhluk yangberakal, berfikiran, berperasaan, bernaluri, bernafsu serta beremosi dan mempunyaiperilaku tersendiri mengikut budaya setempat. Kesemua sifat ini telah menjadikanmanusia mempunyai banyak peranan untuk wujud di muka bumi ini. Salah satuperanan manusia ialah sebagai pemulihara alam. Allah SWT telah memperundangkanatucara bagaimana manusia harus bertingkah laku apabila berhubungan dengan alamsekitarnya. Hal ini penting kerana segala yang berada di lautan dan di daratansemuanya dijadikan untuk kepentingan dan kebahagian manusia sejagat.Dengan penganugerahan akal pula, manusia di galakkan oleh Allah SWT untukmenguasai dan menerokai angkasa lepas, menyelami dasar lautan dalam dan mencarigali di perut bumi untuk mengambil faedah, dan mengetahui rahsia alam. Hal ini semuaadalah ke arah peningkatan keimanan kepada Allah SWT, dan tamadun manusia untukkepentingan kehidupan manusia sejagat. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT didalamayatnya:
“Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan Ia menurunkan dari langit akan air, maka Ia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Dan Ia memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut dengan ketentuan daripada-Nya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai,disediakan malam dan siang dan Ia membawa datang untuk kamu akan segalasesuatu yang kamu bermohon daripada-Nya”.
Perundangan yang digubal oleh Allah SWT di dalam hal hubungan manusiadengan alam sekitarnya mempengaruhi atau memberi kesan kepada manusia dalamdua hal:a)Supaya manusia sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah SWT apabilaia dikurniakan pangkat, kebesaran dan harta kekayaanb)Supaya kesemuanya dipergunakan sebail mungkin bagi memperolehkeredhaan Allah SWTDari segi pelaksanaannya, sejarah telah membuktikan tamadun Islam telahmenyempurnakan keperluan masyarakat manusia untuk mencapai kebahagian.
 
Keadilan meluas di dalam semua bidang tidak kira di dalam bidang politik, ekonomi,pentadbiran, pendidikan, kebudayaan, dan sebagainya. Contohnya pada zaman Umar bin al-khattab dan Umar bin Aziz, tidak ada fakir miskin yang dapat diberikan wangzakat dari Baitulmal. Interaksi seorang manusia dengan alam sehingga mencetuskannilai-nilai spritual terhadapa alam dan pengalaman (peng+alam+an) kepada diri sendiritidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain. Walau sekuat mana sekalipunketahanan diri seorang manusia, paling minimum dia memerlukan ibu dan bapa, atauseorang teman.Interaksi dengan alam mestilah dimasyarakatkan dan dibudayakan secarakolektif kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar dan terlalu luas unrukdinisbahkan kepada sebuah masyarakat apalagi kepada tubuh badan seorangmanusia. Justeru pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha, danpengalaman yang terhasil daripada interaksi dengan alam akhirnya akan membawamanusia semakin memahami tentang kelahiran tamadun.
1.2 Asal usul kejadian manusia
Manusia adalah punca penciptaan alam ini sama ada alam nyata, atau ghaib.Dalam erti kata lain kerana Allah s.w.t hendak menjadikan manusialah sekalian alam inidijadiakan. Bagi membolehkan manusia yang begitu mulia ini hidup aman bahagia danselamat sejehtera, Allah s.w.t telah menjadikan segala sesuatu yang dapatmenyempurnakan keperluan manusia. Sebab itulah bumi dijadikan sebagai planet yangpaling sempurna dan terbaik sehingga mengandungi serba-serbi yang dapat digunakanoleh manusia untuk kesempurnaan hidup mereka.
 
Al-Quran sebagai sumber wahyu ada menjelaskan tentang kejadian manusia.Manusia adalah istilah bahasa Melayu yang menyamai istilah yang disebutkan dalam
al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan
,
al-Nas
dan
al-Basyar 
. Nama-nama yang diberikan olehAllah s.w.t kepada manusia membawa erti sebagai makhluk yang menjadi khalifah Allahs.w.t di atas muka bumi ini yang sekaligus menjdi tuan pemerintah, pemilik danpengguna segala yang dijadikan oleh Allah s.w.t sama ada yang berada di lautan, didaratan atau di udara.Al-Quran menjelaskan bahawa asal kejadianmanusia adalah daripada keturunanNabi Adam a.s sebagaimana firman Allah s.w.t Suarah al-Nisa’,1 yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu (Allah) yang telahmenciptakan kamu seorang diri (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakanisterinya (Hawa), daripada kedua-duanya Allah membiakkan lelaki dan perempuanyang banyak.” 
Allah s.w.t menjadikan Nabi Adam a.s daripada tanah seperti yang disebutkandalam al-Quran sebagai al-tin, al-turab, al-hama dan al-salsal. Nama istilah-istilahberkenaan dapat dirujuk dalam Surah al-Sajadah,7 yang bermaksud:
“Dialah yang meciptakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya dan memulaknciptaan manusia daripada tanah (al-tin).
Surah al-Hijr 15,28, yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada salsal(tanahliat kering yang berasal daripada hama lumpur hitam yang diberi bentuk).” 
Surah al-Rum,20,yang bermaksud:
“Antara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan kamu daripda tanah(al-turab).
Para ulama bersepakat bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan Nabi Adam a.s pada hariJumaat. Terdapat empat peringkat proses mencipta Nabi Adam a.s, iaitu:1.Allah s.w.t. menghimpunkan semua unsur untuk menjadikan Nabi Adam a.s.2.Semua himpunan itu di adun untuk menjadi sejenis tanah atau al-tin. Kemudiantanah ini di biarkan kering dan bertukar warnanya.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

syukurlah kalu anda faham..:)

baik....dgan mudah fham.......

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...