You are on page 1of 9

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI

MALAYSIA

KONSEP MODENISASI & PEMBANGUNAN POLITIK

• Modenisasi ada dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi &


pembangunan politik.
• Merupakan perubahan berencana yg melibatkan perubahan dlm aspek2
tertentu yg membawa kpd peralihan drpd bentuk ekonomi & politik yg
lama (tradisional) kpd moden.
• Matlamat pembangunan ekonomi ialah masyarakat perindustrian.
• Matlamat pembangunan politik ialah pembinaan negara bangsa.
• Negara bangsa ialah suatu wilayah yg mempunyai sempadan,
pemerintahan atau kerajaan dan warganegara atau bangsa.
• Negara yg ada pelbagai etnik di dlmnya spt Malaysia, sasaran
pembangunan politik ialah pembinaan negara bangsa.
• Dicapai melalui beberapa kaedah bersifat top-down spt phayatan ideologi
negara, penerapan dasar-dasar awam yg ditentukan pihak kerajaan dan
pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol-simbol dan ritual
negara.
• Pembangunan politik turut melibatkan perubahan dlm aspek struktural dan
budaya sehingga membawa kpd perubahan sistem politik masyarakat.
• Pembangunan politik melalui tiga proses utama: perbezaan struktur
politik, sekularasi budaya politik dan penyertaan politik yg besar
oleh rakyat.
• Perbezaan struktur politik ialah perubahan drpd struktur politik yg
bersifat feudal @ autoritarian kpd struktur politik yg berpegang kpd prinsip
trias politica yg membahagikan kuasa pemerintahan dgn jelas antara tiga
badan (pengasingan kuasa).
• Sekularasi budaya politik ialah perubahan budaya politik drpd budaya
politik feudal dan tidak memisahkan antara agama dgn negara kpd budaya
politik yg memisahkan kedua-dua unsur tersebut.
• Perubahan budaya politik membawa kpd proses partisipasi politik yg besar
oleh rakyat (rakyat menentukan pemimpin mereka).
• Pembangunan politik dlm konteks amalan demokrasi dianggap tercapai
jika wujud kompenan2 berikut:
i. Parti-parti politik
ii. Majlis perwakilan rakyat atau Parlimen
iii. Perlembagaan Negara
iv. Pilihan raya

PELAKSANAAN MODENISASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA


• Usaha Malaysia mencapai pembinaan negara bangsa spt top-down.

1
• Program spt ideologi Rukun Negara, dasar-dasar awam spt Dasar Ekonomi
Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pembangunan Wawasan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.
• Antara usaha yg telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.

KEMAJMUKAN ETNIK DALAM PROSES POLITIK DI MALAYSIA


• Aspek demografi penting dlm mencorakkan kemajmukan masy Malaysia.
• Memperlihatkan unik Malaysia dr segi komposisi etnik, sosiobudaya,
demografi politik dan proses politik di Malaysia.
• Malaysia negara pluralistik dgn jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta
org (2006).
• Etnik Melayu kelompok majoriti di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di
setiap wilayah atau negeri spt di Pulau Pinang (etnik Melayu dan Cina
hampir sama jumlahnya).
• Kelantan, Terengganu dan Perlis, etnik Melayu ialah pdk majoriti.
• Melaka, Johor dan Selangor, etnik Melayu hanya 51% drpd keseluruhan
jumlah pdk.
• Umumnya Malaysia negara yg kaya dgn kepelbagaian budaya.
• Di Semenanjung wujud budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India, Baba-
Nyonya, Portugis, Serani dan Thai.
• Di Sabah ada 32 gol etnik dan Sarawak terdapat lebih 20 gol etnik.
• Perayaan spt Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak,
Gawai, Pesta Keamatan dan Krimas.
• Org Melayu beragama Islam.
• Sejak tahun 1970-an ramai yg berhijrah ke bandar.
• Yg masih tinggal di luar Bandar terlibat dlm aktiviti ekonomi pertanian &
perikanan dlm skala kecil atau komersial.
• Di kwsn bandar terlibat dlm sektor perkhidmatan awam, sektor swasta,
perdagagan dan perniagaan.
• Org Cina etnik kedua terbesar di Semenanjung.
• Masa lalu sebahagian besar bekerja dan menetap di estet.
• Kini ada klgn mereka berpindah ke bandar-bandar dan menerokai
pekerjaan di sektor perdagagan atau perkhidmatan dan menjalani
kehidupan di bandar.
• Sub-etnik India spt Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala.
• Penganut pelbagai agama spt Hindu, Sikhisme dan Islam.
• Gol etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dlm kajian antropologi
ialah Org Asli.
• Pdk kwsan pdlmn di beberapa negeri Semenanjung.
• Menganut kepercayaan tradisional, anisme, Kristian dan Islam.
• Kelompok2 kecil lain spt Baba-Nyonya, Portugis dan Thai (beberapa negeri
utara).
• Di Sarawak, Org Dayak penganut kepercayaan tradisional dan Kristian
dan sebilangan kecil menganut agama lain spt Islam.
• Org Dayak pdk luar Bandar tetapi sejak thn 1970-an keadaan mula
berubah.

2
• Yg tinggal di kwsn luar bandar, aktiviti utama ialah pertanian. Ada yg
menjadi buruh upahan dlm sektor pembalakan.
• Ada juga yg menerokai bidang baru spt perdagagan atau sektor komersial
di bandar-bandar utama.
• Org Melayu juga peghuni luar Bandar dan tinggal di perkampungan
terutama pinggir Bandar Kuching, Kota Samarahan dan Sibu.
• Aktiviti utama pertanian. Yg tinggal di bandar tertumpu di sector
perkhidmatanawm.
• Org Melanau pdk pantai Sarawak yg menganut agama Islam, Kristian dan
tradisional.
• Yg masih tinggal di luar Bandar bekerja sebagai nelayan, petani dan
pengusaha sagu.
• Kebanyakkan org Cina Sarawak menetap di bandar dan sebilangan kecil
tinggal kwsn luar bandar.
• Aktiviti ekonomi tertumpu pd perdagagan terutama bandar-bandar utama.
• Menganut pelbagai agama.
• Di Sabah, bumiputera Kadazandusun menganut agama asal mereka dan
Kristian (ada yg menganut Islam terutama di Ranau).
• Etnik Bajau, Murut dan pribumi lain menganut Islam di samping ada juga
beragama asal dan Kristian.
• Purata bil pdk yg menganut Islam dan Kristian dlm etnik Bumiputera
hampir sama jumlahnya.
• Kebanyakkan mereka tinggal di luar bandar dan terlibat dlm pertanian sara
diri di samping mencari hasil hutan.
• Di bandar-bandar, tertumpu kpd sektor perkhidmatan awam w/pun bil dan
peratusan antara etnik berbeza-beza serta berubah-ubah dr semasa ke
semasa.
• Masyarakat Cina di Sabah tertumpu di pusat-pusat bandar utama.
• Ramai terlibat dlm aktiviti perdagagan dan sektor komersial dan menganut
pelbagai agama.
• Di Sarawak juga wujud pluraliti dlm klgn pdk.
• Secara umum tidak terdapat satu kelompok etnik yg majoriti secara
mutlak di Sarawak.
• Perangkaan thn 2004 (Jbtn Perangkaan Malaysia) pdk Sarawak berjumlah
2.181 juta org meliputi:
i. Dayak – 44.3%
ii. Melayu – 23.2%
iii. Melanau – 5.7%
iv. Cina – 26.5%
v. India – 0.2%
• Dlm etnik Dayak wujud sub-etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
• Orang Ulu merupakan kategori yg mewakili kira-kira 20 kelompok peribumi
kecil spt Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan/Penan dll.
• Di Sabah tidak terdapat kelompok yg terbesar drpd segi saiz pdknya.
• Bancian thn 2004:
i. Kadazan Dusun – 24.8%
ii. Peribumi lain – 20.6%

3
iii. Bajau – 18.5%
iv. Melayu – 18.5%
• Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut peribumi lain pdk luar bandar
dan persisiran sementara etnik Cina menduduki bandar-bandar utama.
• Aspek demografi mempunyai pengaruh terhadp demografi politik dan
proses politik negara. Cthnya jumlah pengundi di kwsn tertentu dan jumlah
pdk yg menganggotai sesuatu parti politik.
• Dominasi etnik Melayu dlm politik negara jelas.
• Dewan Rakyat kini ada 219 wakil/kerusi.
i. Melayu & Bumiputera - 156
ii. Cina - 30
iii. Lain-lain (plural) - 33
• Dlm perjalanan sej pembentukan negara bangsa Malaysia, amalan
kerjasama politik dan perkongsian kuasa sudah lama diamalkan dan masih
diteruskan sehingga kini.

KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK

• Dlm era penjajahan, penglibatan rakyat tmptn dlm proses politik &
pentadbiran terhad.
• Saat akhir era p’jajahan, rakyat mula dlibatkan dlm politik & p’tadbiran
dperingkat paling bawah sbg pgw rendah ekoran drpd sistem pendidikan
Inggeris kpd anak2 pembesar tempatan.
• Plibatan rakyat tmptn dlm politik meluas apabila pihak British
memperkenalkan Malayan Union.
• Pglmn drpd pjajahan Jepun tlh mengajar pdk TM betapa pentingnya
kerjasama antara gol etnik utk capai objektif politik.
• Kerjasama politik antara AMCJA-PUTERA, UMNO-MCA-MIC.
• Kerjasama ini adakalanya terganggu jika terdpt niat yg didasari oleh
ketamakan & kenaifan dlm memahami perasaan gol lain.
• Hal ini berlaku sewaktu Inggeris memperkenalkan Malayan Union pada
1946.
• Ciri penting Malayan Union:
i. Pemusatan kuasa di tangan kerajaan pusat.
ii. Raja-raja Melayu hilang kuasa kecuali ke atas hal berkaitan Islam
dan adat istiadat Melayu.
iii. Hak kerakyatan yg bebas berdasarkan prinsip jus soli.
• Malayan Union bersifat unitary, memberi pengakuan kesaksamaan kpd
semua pdk sbg rakyat atau bangsa berdasarkan prinsip jus soli.
• Mendpt tentangan hebat di bwh pimpinan Dato’ Onn Jaafar.
• Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pd 11 Mei
1946.
• Tujuan utama pejuangan parti ini ialah memelihara kepentingan org
Melayu serta mengukuhkan kuasa politik mereka.
• Parti-parti lain juga ditubuhkan.

4
• Kongres India Malaya (Malayan Indian Congress) @ MIC ditubuhkan pd
Ogos 1946. John Thivy sbg presiden.
• Matlamat utamanya menjaga kepentingan dan kebajikan org India di Tnh
Melayu.
• Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan pd Februari 1949 dgn Tan Cheng
Lock sbg Presiden.
• Tujuan utama penubuhan MCA ialah melindungi kepentingan dan kebajikan
org Cina di Tanah Melayu.
• Penubuhan kedua-dua parti ini bertujuan membuktikan kpd British bahawa
org Cina & India bersedia bekerjasama dgn Org Melayu utk membentuk
negara Tanah Melayu yg bersatu.
• Kerjasama etnik yg erat antara UMNO, MCA dan MIC membawa kejayaan
besar dlm proses politik awal Persekutuan Tanah Melayu.
• Cthnya Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952. Pakatan UMNO-
MCA telah memenangi 9 drpd 12 kerusi.
• Parti PERIKATAN (UMNO-MCA-MIC) berjaya memenangi 51 drpd 52 kerusi
Majlis Perundangan Persekutuan dlm Pilihan Raya Persekutuan 1955.
• Ini asas yg kuat bg Tunku Abdul Rahman yg mengetuai UMNO dan Parti
Perikatan utk menunjukkan kpd British bahawa wujud kerjasama erat
antara etnik di Tanah Melayu.
• Dato’ Onn Jaafar yg keluar dr UMNO, tlh menubuhkan Independence of
Malaya Party (IMP).
• 1972 Perikatan bertukar nama kpd Barisan Nasional.
• Penyertaan parti baru iaitu PAS, Gerakan dan Sarawak United People’s
Party (SUPP).
• Sejak Pilihan Raya Umum 1974 hingga kini, BN di peringkat Parlimen terus
menerajui negara kerana meneruskan tradisi kerjasama etnik dlm pelbagai
bidang utk mencapai Wawasan 2020.
• Pola yg sama berlaku di Sabah & Sarawak.
• Pelbagai parti plitik ditubuhkan dan sebahagian besarnya menjadi anggota
BN.
• Parti terawal di Sarawak ialah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 1959.
• SUPP mendpt galakan drpd kolonial kerana penubuhannya dianggap sbg
persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri.
• SUPP bersifat multi-etnik tetapi pucuk pimpinan dimonopoli etnik Cina iaitu
Ong Kee Hui dan Stephen Yong.
• Bagaimanapun sifat multi-etnik hilang bila calon-calon bukan Cina kalah
dlm pilihan raya kerajaan tempatan 1963.
• Cadangan penubuhan Malaysia tlh mendorong etnik peribumi menubuhkan
parti masing-masing kerana beranggapan parti sedia ada tidak mewakili
kepentingan mereka.
• Etnik Dayak khasnya dr kwsn Skrang-Saribas yg dipimpin oleh Stephen
Kalong Ningkan tlh tubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak @ Sarawak
National Party (SNAP) pd 1961.
• Temenggung Jugah wakil etnik Dayak dr Rejang telah tubuhkan Parti
Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) kerana mendakwa tidak mendapat tempat
dlm SNAP.

5
• Bg Melayu dan Melanau, parti ditubuhkan berasaskan etnik & kwsn.
• Parti Negara Sarawak (PANAS) 1960 dipimpin oleh Abang Haji Mustapha.
• Melayu dan Melanau dr Lembah Bujang menubuhkan Barisan Rakyat Jati
Sarawak (BERJASA) 1961. Ini ekoran dakwaan mereka tidak diwakili dlm
PANAS.
• BERJASA dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang (Melayu), Abdul Rahman
Ya’akub dan Abdul Taib Mahmud (Melanau Islam).
• Sarawak Chinese Association (SCA) ditubuhkan pd 1962.
• SCA dilihat oleh pihak kolonial sbg parti yg berpandangan sederhana tlh
diterima masuk ke dlm kerajaan pertama yg dibentuk berdasarkan pilihan
raya 1963.
• Sebelum Malaysia ditubuhkan, semua parti di atas kecuali SUPP bergabung
membentuk parti Perikatan utk tubuhkan kerajaan pertama di bwh seliaan
kolonial British.
• Diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan (SNAP)
• Wujud persaingan dlm Perikatan. Etnik Dayak berpecah antara Snap dan
PESAKA. Melayu dan Melanau berpecah antara BERJASA dan PANAS.
• SUPP mdpt sokongan majoriti etnik Cina manakala SCA mendapat
sokongan segelintir org Cina.
• Selepas thn 1970, berlaku perubahan dlm pola proses politik Sarawak.
• Popularity SUPP meningkat. menjadi jentera utama kpd etnik Cina dan
menjadi pilihan bg etnik Melayu dan Melanau utk tubuhkan kerajaan
campuran selepas pilihan raya umum 1969/71.
• Akhir 1970-an, Democratic Action Party (DAP) muncul di Sarawak sbg
pesaing SUPP utk dptkan sokongan org Cina.
• Kejayaan DAP di Sarawak hanya terhad di kwsn majoriti Cina dan tidak
sampai menjejaskan kedudukan SUPP dan pakatan BN.
• Perpaduan politik antara etnik Melayu dan Melanau semakin kukuh sejak
penubuhan BERJASA dan PANAS dlm Parti Bumiputera yg dipimpin oleh
Abdul Rahman Ya’kub dan Abdul Taib Mahmud pd 1966.
• Parti Bumiputera berjaya menyatukan Melayu dan Melanau serta
mendominasi politik dan kerajaan sejak tahun 1970.
• Kekuatan politik Melayu & Melanau meningkat apabila Temenggung Jugah
membawa PESAKA bergabung dgn Parti Bumiputera utk membentuk Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 1973.
• Kepimpinan PBB di bwh Abdul Rahman Ya’akub dan Abdul Taib Mahmud
sering menghadapi cabaran khasnya gol Melayu yg mendakwa
kepentingan mereka di ketepikan dlm parti.
• Ini melahirkan Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) pd 1987.
Dipimpin tokoh2 Melayu dan Melanau spt Abdul Rahman Ya’kub, Salleh
Jafarudin, Sharifah Habsah dan Bujang Ulis.
• Dlm pilihan raya umum 1987, pakatan PERMAS dan Parti Bansa Dayak
Sarawak (PBDS) hampir berjaya tumbangkan kerajaan pimpinan Abdul Taib
Mahmud.
• Bagi etnik Dayak, SNAP dan PESAKA berpecah sebelum penubuhan
Malaysia.

6
• SNAP dirobohkan dgn penajaan PBDS pd 1983 yg ditubuhkan oleh Leo
Moggie (bekas pemimpin SNAP).
• Sejak itu etnik Dayak berpecah antara PBB, SNAP dan PBDS termasuk
segelintir yg menyokong SUPP.
• SNAP yg mengalami masalah dlmn melahirkan parti serpihan, Sarawak
People’s Democratic Party (SPDP) yg dipimpin Wiliam Mawan (bekas
pemimpin SNAP).
• W/pun kelihatan masyarakat Sarawak terpisah-pisah kpd beberapa parti
politik yg berbeza-beza, namun semangat menjalin dan memupuk
kerjasama antara kelompok etnik masih tetap berlangsung.
• Barisan Nasional menjadi wadah bagi menampung perbezaan pendapat
dan pemangkin kerjasama yg erat.
• Perkembangan politik di Sabah menunjukkan pola yg hampir sama spt
negeri-negeri lain.
• Etnik Bumiputera Sabah spt Kadazan Dusun, Bajau, Murut dll terpisahkan
berasaskan etnik dan agama (Islam dan bukan Islam).
• Sejak pembentukan Malaysia, wujud kerjasama antara kelompok etnik di
Sabah.
• Donald Stephens menubuhkan parti utk menyatupadukan Kadazan Dusun
dan Bumiputera bukan Islam.
• Beliau mengetuai United Kadazan National Organization (UNKO) yg
ditubuhkan pd Ogos 1961.
• Bagi etnik Bajau, Suluk dan etnik lain, Tun Dato’ Mustapha Dato’ Harun
menubuhkan United Sabah National Organisation (USNO) pd Disember
1961.
• Org Cina bernaung di bawah Sabah Chinese Association (SCA).
• UNKO, USNO dan SCA bergabung membentuk parti Perikatan Sabah.
• G.S. Sundang menubuhkan Pasok Momogun pd 1962.
• Etnik Cina juga menubuhkan United Party (UP) dan Democratic Party tetapi
tidak bertahan lama. Kemudian bergabung menjadi Parti Kebangsaan
Borneu Utara.
• Kabinet Sabah yg pertama diketuai oleh Donald Stephens (UNKO) dan
Gabenor ialah Mustapha Harun.
• Masalah pergelutan kuasa antara Stephen dan Mustpha menyebabkan
perancangan peralihan kuasa yg melibatkan Lo Su Yin dilantik sbg Ketua
Menteri bagi suatu tempoh.
• Mustapha Harun dan USNO mengetuai pemerintahan Parti Perikatan lebih
kurang 10 tahun yg berakhir pertengahan 1970-an.
• Kemudian diambil alih oleh Tun Fuad Stephens dan kemudian Harris Salleh
selepas parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) menang pilihan raya
1976.
• BERJAYA ditubuhkan pd Julai 1975 ialah parti berbilang etnik yg dianggotai
Bumiputera Islam dan bukan Islam.
• Harris Salleh hilang sokongan kerana beliau dianggap keras.
• Tentangan terhdp beliau melahirkan Parti Bersatu Sabah (PBS) yg
ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan.

7
• PBS ialah parti multietnik w/pun pemimpinnya dimonopoli Bumiputera
bukan Islam.
• PBS memerintah lebih kurang 10 thn sebelum BN ambil alih yg diketuai
oleh UMNO.
• Pilihan raya 1994, PBS menang tipis iaitu mdpt 25 drpd 48 kerusi dan BN
23 kerusi.
• Beberapa hari selepas pilihan raya, 12 ADUN PBS telah keluar parti dan
menubuhkan parti baru dan diterima menyertai BN.
• 17 Mac 1994, Datuk Joseph Pairin Kitingan terpaksa membubarkan
kerajaan dan memberi laluan kpd BN menerajui Kerajaan Negeri Sabah.
• kejatuhannPBS membawa perubahan besar kpd proses politik di Sabah.
• Pertama, UMNO berjanji jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran
antara Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina.
• Kedua, telah lahir parti-parti baru spt Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
pimpinan Joseph Kurup dan Parti Demokratik Sabah (PDS) pimpinan
Bernard Dompok..
• Etnik Bajau, Suluk, Melayu Brunei dan Bumiputera lain yg beragama Islam
disatukan di bawh UMNO yg mula bertapak di Sabah awal tahun 1990-an.
• Pada tahun 2003, PBS masuk ke dlm BN.

PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK SECARA FORMAL


• Suruhanjaya Reid dibentuk utk merangka perlembagaan persekutuan utk
dptkan kemerdekaan.
• Mencari jalan penyelesaian melalui ‘kontrak sosial’ atau ‘pakatan murni’.
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 tlh dicapai dan berkait dgn
unsur-unsur tradisional:
i. Kedudukan, kedaulatan dan kemulian Raja-raja Melayu tidak boleh
dipersoalkan. Konsep Raja Berperlembagaan.
ii. Kedudukan istimewa org Melayu tidak boleh dipersoalkan.
iii. Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli melalui kuat kuasa
undang-undang. Hak kerakyatan juga boleh dipohon melalui
permohonan atau naturalisasi.
iv. Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan tanpa sekatan.
v. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain
tidak dihalang penggunaan, pengajaran dan pembelajarannya.
• Perjanjian Malaysia 1963 satu lagi persetujuan yg tlh dicapai antara
pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan SIngapura.
• Perjanjian Malaysia dlm Perkara 165 Perlembagaan Malaysia memasukkan
20 tuntutan Sabah. Antaranya 20 perkara itu ialah:
i. Agama – Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan
suatu agama sebagai agama rasmi negeri.
ii. Bahasa – Sabah bersetuju bahasa Melayu sbg bhs rasmi/kebangsaan
tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan
tanpa had masa.

8
iii. Perlembagaan – Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi
asas Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut
melibatkan semua negeri.
iv. Imigresen – bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat,
tetapi soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal
oleh Sabah sendiri.
v. Kewangan – Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.
vi. Bumiputera Sabah – Mendapat hak istimewa spt org Melayu
(Persekutuan Tanah Melayu) tetepi formula berkenaan harus
disesuaikan dgn keadaan (sifat demografi) Sabah.
• Utk mengetahui perkara yg dipersetujui dan dimaktubkan dlm
Perlembagaan Malaysia utk Sabah & Sarawak hasil rundingan Malaysia,
beberapa perkara harus dirujuk. Antaranya:
i. Senarai Tambahan kpd Sabah dan Sarawak, dlm Senarai 2 (Senarai
Negeri), Jadual ke-9..
ii. Senarai Tambahan kepada Sabah & Sarawak, dlm Senarai 3 (Senarai
Bersama), Jadual ke-9
iii. Perlindungan-perlindungan khas bagi Sabah dan Sarawak
iv. Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak (dalam peruntukan
kewangan).
• Perkara di atas dilihat bersama kerangka utama negara yg berpandukan
prinsip DEB bg menggalakkan perhubungan antara etnik dan wilayah.

HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA


• Dlm negara kita, proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan
langsung kerajaan dgn dasar-dasar bersifat top-down.
• Wujud dasar-dasar spt:
i. Dasar Pembangunan Nasional
ii. Dasar Ekonomi Baru
iii. Dasar Wawasan Negara
iv. Dasar Pelajaran Kebangsaan

You might also like

  • Pusatdannegeri
    Pusatdannegeri
    Document38 pages
    Pusatdannegeri
    rozaidamohamad
    No ratings yet
  • Kerajaan Tempatan
    Kerajaan Tempatan
    Document23 pages
    Kerajaan Tempatan
    rozaidamohamad
    100% (2)
  • Kehakiman
    Kehakiman
    Document13 pages
    Kehakiman
    rozaidamohamad
    No ratings yet
  • Raja
    Raja
    Document14 pages
    Raja
    rozaidamohamad
    No ratings yet
  • Prasejarah 2
    Prasejarah 2
    Document5 pages
    Prasejarah 2
    rozaidamohamad
    100% (1)
  • Malaysia
    Malaysia
    Document8 pages
    Malaysia
    rozaidamohamad
    No ratings yet
  • Perl em Bag A An
    Perl em Bag A An
    Document19 pages
    Perl em Bag A An
    rozaidamohamad
    100% (1)
  • Demokrasi
    Demokrasi
    Document37 pages
    Demokrasi
    rozaidamohamad
    100% (1)
  • Perjuangan
    Perjuangan
    Document21 pages
    Perjuangan
    rozaidamohamad
    100% (2)
  • Sejarah Awal
    Sejarah Awal
    Document22 pages
    Sejarah Awal
    rozaidamohamad
    No ratings yet
  • Bab 7
    Bab 7
    Document3 pages
    Bab 7
    rozaidamohamad
    100% (1)
  • Bab 6
    Bab 6
    Document6 pages
    Bab 6
    rozaidamohamad
    No ratings yet
  • Semkedua 0607 (DP2)
    Semkedua 0607 (DP2)
    Document8 pages
    Semkedua 0607 (DP2)
    rozaidamohamad
    No ratings yet
  • Bab 9
    Bab 9
    Document3 pages
    Bab 9
    rozaidamohamad
    No ratings yet
  • Bab 3
    Bab 3
    Document5 pages
    Bab 3
    rozaidamohamad
    100% (1)
  • Bab 2
    Bab 2
    Document5 pages
    Bab 2
    rozaidamohamad
    100% (1)